KE ARAH KECEMERLANGAN
KEPIMPINAN MAHASISWA ISLAM



لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) ALlah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut ALlah". (Surah Al-Ahzab: ayat 21)

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا(103)الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا(104)أُولَئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا(105)

"Katakanlah: apakah kamu pernahll Kami jelaskan kepada kamu tentang orang-orang yang pekerjaan mereka di dunia ini ialah (pekerjaan) yang sia-sia, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah bekerja dengan sebaik-baiknya".

"Mereka itu ialah orang-orang kufur terhadap ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap pertemuan dengan Allah. Sebab itu (nilai) pekerjaan mereka jatuh hapus) dan Kami pun tidak akan memberikan apa-apa pertimbangan nilai terhadap (usaha) mereka pada hari kiamat kelak". (Surah Al-Kahfi: ayat 103-105)

Muqaddimah

Kecemerlangan (excellence) merupakan suatu aras pencapaian khidmat, kualiti pengeluaran dan sebagainya yang mencecah piawaian tertentu, samada kepuasan pelanggan, pengikut, orang ramai, rakan sekerja, mahupun majikan. Kecemerlangan selalunya dihubungkaitkan dengan nilai-nilai atau traits keperibadian tertentu, atau malah mutu perlaksanaan kerja tertentu yang terbaik dan memuaskan ALlah atau manusia pada masa yang tertentu. Pendekata ia merangkumi sejumlah ciri-ciri keunggulan yang mampu dimiliki oleh seseorang, kumpulan atau organisasi. Semua orang ingin memiliki sesuatu yang dapat dibanggakan. Mereka ingin menjadi unggul dalam serba-serbi. Manusia memang makhluk yang ingin mencapai self-actualisation membuktikan kewujudan diri). Ia mahu mendapatkan satu macam kepuasan batin dan penerimaan masyarakat terhadap dirinya. Ini dianggap sebagai salah satu keperluan asas manusia mengikut huraian Maslow tentang theory of basic need.

Di antara yang dicita-citakan oleh manusia ialah suatu keperibadian yang terbaik, terpuji, sempurna dan cemerlang bagi dirinya sendiri. Mereka merasakan keperibadian yang baik dapat membekalkan diri mereka dengan persyaratan-persyaratan kejayaan dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup. Peribadi menentukan nilai diri. Ia lebih penting daripada keturunan, pangkat, dan harta benda. Manusia disanjung lantaran peribadinya yang mulia dan cemerlang bukannya kerana pangkat atau keturunannya semata-mata.

Kecemerlangan, jika dihubungkaitkan dengan kepirnpinan mahasiswa, ia bermakna wujudnya beberapa ‘figure’ pemimpin dan kualiti kepimpinan organisasi mahasiswa yang mampu mencapai serta memenuhi piawai atau standard yang terbaik dan memuaskan para pengikut atau malah umat yang menyaksikan agenda bertindak dan operasi organisasi yang berkenaan.
Ada beberapa faktor yang menentukan kecemerlangan kepimpinan mahasiswa. Fakto-faktor tersebut antara lain ialah:


1. Dasar perjuangan yang diredhai Allah

Dasar perjuangan mahasiswa mestilah berlandaskan nilai-nilai Islam Mahasiswa sebagai kumpulan manusia berilmu dan sentiasa mencari ilmu perlu mendampingkan keilmuan mereka dengan irnan, Islarn dan ihsan. Mereka perlu konsisten memperjuangkan Islam serta mendukung kepimpinan Islam yang menyanjung kepimpinan para pewaris nabi atau para alim ulama'.

Allah berfirman"Hai orang-orang yang beriman, janganlah lwn mengkhianati ALlah, Rasul dan apa yang telah diamanahkan kepada kamu; padahal kamu mengetahuinya"(Surah al-Anfal: ayat 27)

2. Strategi operasi serta gerak kerja yang berkesan.

Perlaksanaan gerak kerja berharakah memerlukan strategi bertindak yang rapi dan teratur Tanpa strategi yang sesuai dengan fiqh al-Muwazanat serta fiqh al-Awlawiyat maka organisasi mahasiswa sukar meraih kecemerlangan seperti yang diidamkan.

Fiqh al-Muwazanat bermakna keupayaan untuk menilai mana yang lebih penting diutamakan antara sekian banyak (Masaleh) maslahah (kepentingan), dari sudut kadarnya, pengaruhnya, skop liputannya serta jangka hayatnya

Ia juga bermakna keupayaan untuk menilai mana yang lebih buruk padahnya dari sekian banyak keburukan yang ada, mana yang paling mustahak dihindari terlebih dahulu dan mana pula yang boleh dibiarkan seketika. Ia juga bermakna keupayaan membuat tarjihat antara maslahah dan mafsadah apabila kedua-duanya tampil serentak dalam sesuatu isu atau persoalan. Sehinggalah dapat dibuat kesimpulan yang tepat samada diutamakan menghindari mafsadah dari meraih maslahah atau sebaliknya diutamakan meraih maslahah dengan menanggong sedikit kesan dari mafsadah yang berkaitan.

Fiqh al-Aulawiyat bermakna meletakkan sesuatu pada kadar martabatnya. Apa yang patut didahulukan tidak ditangguhkan. Manakala yang patut ditangguhkan tidak didahulukan. Yang besar tidak dianggap kecil, begitu juga sebaliknya.

Amal salih menurut al-Qur'an mempunyai martabat masing-masing. Nilainya tidak semestinya sama. Golongan pemimpin mestilah peka terhadap hal ini.ALlah berfirman:"Adakah kalian menyamatarakan (nilai kebaikan) antara orang yang memberi minum orang-orang haji serta memakrnurkan Masjid al-Haram dengan orang-orang yang beriman dengan ALlah, hari akhirat dan mereka berjihad di jaian ALlah. (Sesungguhnya) tidak sama (nilai antara keduanya) di sisi ALlah. ALlah tidak memberi petunjuk terhadap kaurn yang zalirn. Orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan ALlah dengan harta dan nyawa mereka di sisi ALlah lebih tinggi darjat mereka dari orang lain. Mereka itulah orang-orang yang berjaya"(Surah at-Taubah: ayat 19 - 20)

3. Struktur organisasi serta memiliki perlembagaan yang baik

Kejayaan sesuatu organisasi,banyak bergantung kepada strukturnya yang baik. Perkara seperti ini diatur oleh perlembagaannya yang komprehensif di mana agihan kuasa antara lembaga-lembaga yang ada diwujudkan secara yang terbaik. Tidak terjadi perkara-perkara yang menghalang kerja-kerja organisasi.
Perlembagaannya tidak memungkinkan penyelewengan secara berleluasa Mekanisme untuk memperbaiki kelemahan organisasi sentiasa terbuka.

4. Figure kepimpinan yang cekap serta berketrampilan

Kepimpinan yang terlatih dan berpengalaman dalam menghadapi politik kampus sudah pasti akan lebih berjaya dari kepimpinan yang mentah dan kurang berpengalaman. Lebih jauh kepimpinan yang mempunyai bebagai kemahiran sudah pasti akan menempa kejayaan yang lebih cemerlang.Selain daripada beberapa sifat di atas, kepimpinan mahasiswa hendaklah mempunyai ketrampilannya menggarapi aspek-aspek berikut:

a) wawasan politik yang jelas

Kepimpinan di kampus adalah anak tangga untuk kepimpinan di peringkat yang lebih tinggi. Wawasan politik yang benar seharusnya telah ditemui dan diyakini dari peringkat kampus lagi sehingga ianya semakin kukuh dan bercambah di peringkat nasional dan antarabangsa. Sekiranya perkara ini masih kabur dan tidak mantap di peringkat mahasiswa lagi maka kelewatan menemui wawasan politik Islam yang sebenar merupakan titik kelemahan yang ketara

b) ketrampilan berkomunikasi, mampu menguasai pelbagai bahasa

Kelompok mahasiswa yang dipimpin kini bukan hanya suatu bangsa. Oleh kerana itu para pimpinan organisasi mahasiswa masa kini perlu menguasai bahasa lingua franca; samada Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Arab, selain daripada bahasa ibundanya. Mereka perlu cemerlang dalam penguasaan mereka terhadap bahasa-bahasa ini. Dengan penguasaan yang cemerlang mereka berupaya menyampaikan mesej secara lebih berkesan dan convincing.

c) ketrampilan moniver

Pimpinan organisasi mahasiswa perlu memiliki kemahiran merentasi halangan cita-cita organisasi. Mereka mustahak menguasai seni mengemudikan konflik untuk mencapai tahap perlaksanaan yang lebih tinggi dan maju. Mereka perlu berupaya meraih kemenangan melalui laluan sukar dan halangan yang getir.

d) memiliki keperibadian Islam yang baik

Pimpinan mahasiswa Islam yang baik ialah yang mempunyai ciri-ciri ketaqwaan seperti yang diperincikan oleh Al-Qur'an.

5. Aktivis yang gigih, kreatif serta inovatif

Pemimpin mahasiswa tidak lahir dari kekosongan. Ia lahir dari kalangan massa mahasiswa sendiri. Ia (pemimpin) mencerminkan nilai atau kualiti keunggulan mahasiswa itu sendiri. Pemimpin yang cemerlang lahir dari lautan siswa yang cemerlang, gigih, kreatif dan inovatif. Kejayaan pemimpin bukan mutlak daripada pemimpin tetapi juga kerana adanya kerjasama, sokongan dan sikap kesetiaan terhadap jamaah dan sikap ingin melihat jamaah berjaya.
Hubungan timbal balik yang positif antara pemimpin yang baik dengan para pengikut yang gigih sudah pasti menghasilkan peningkatan dalam mutu kerja aras pencapaian organisasi.

6. Kelengkapan teknologi yang berkesan

Untuk membayangkan organisasi mahasiswa lengkap dan penuh sarat dengan peralatan teknologi canggih seperti yang dimiliki oleh sektor korporat atau awam yang advance sudah pasti suatu igauan yang indah. Apa yang dimaksudkan ialah, organisasi mahasiswa mempunyai peralatan teknologi yang minima untuk membantunya beroperasi secara berkesan. Sekurang-kurangnya alat komputer, mesin cetak, faks, telefon dan lain-lain yang setaraf dengan tuntutan zaman kini. Kekurangan yang terlalu menjolok dalam hal ini menjauhkan organisasi berkenaan dari tahap cemerlang.

7. Program perkaderan (leadership program) yang berkesan

Suatu mekanisme yang penting dalam memastikan kesinambungan wawasan kepimpinan pelajar dan mahasiswa Islam ialah wujudnya sistem perkaderan yang baik untuk menampilkan pemimpin pelapis yang berwibawa. Pemimpin yang berfikiran kreatif, setia dengan prinsip dan dasar organisasi.

Organisasi mahasiswa yang cemerlang adalah organisasi yang mampu menyediakan golongan pelapis yang competent untuk menggarap cabaran zamannya dan zaman-zaman yang akan datang. Mereka harus berupaya menampilkan golongan pernimpin yang lebih bijak, lebih berketrampilan dan canggih daripada yang ada sekarang. Lumrahnya cabaran masa depan lebih sengit dan gawat berbanding dengan masa kini.

8. Taufiq dan inayah Allah

Seandainya segala keperluan dan prasyarat untuk maju dan cemerlang telah dimiliki maka suatu faktor yang tidak boleh tidak mesti diperolehi oleh organisasi mahasiswa Islam ialah taufik dan inayah Ilahi. Barakah dan limpah kurnia Allah perlu ditagih dengan amalan amalan ibadah, do'a, zikir dan munajat. Hanya dengan limpahan kurnia Allah, keampunan dan restu-Nya, kecemerlangan duniawi akan mempunyai makna yang lebih diyakini. Sebab itu, organisasi mahasiswa Islam semestinya tidak lekang dengan program Qiamullail, khemah ibadah, halaqah zikir dan lain-lain.

Kesemua nilai-nilai di atas jika diadun dengan baik akan menghasilkan kecemerlangan. Apatah lagi dalam persaingan masyarakat yang serba rencam ini kualiti dan kecemerlangan mahasiswa tidak lagi merupakan satu pilihan, tetapi sudah menjadi syarat mutlak untuk survival atau meneruskan kelangsungan perjuangan. Mahasiswa tidak bergerak dalam ruang yang kosong. Mereka dilengkari oleh persekitaran yang mempengaruhi sikap, minat dan peribadi tiap-tiap individu. Justeru itu budaya gerak-kerja mahasiswa harus didasari oleh nilai akhlak dan etika pergerakan yang baik serta berkesan. Dalam hal ini jika mahasiswa terus-terusan berada di takuk lama, tanpa mahu merebut semua peluang meningkat diri secara agresif, sudah pasti mereka akan terus terpinggir.

Keselarasan Roh dan Pemikiran Dalam Gerakan Kemahasiswaan

Kecenderungan masyarakat dewasa ini kembali kepada ajaran dan nilai-nilai Islam agak ketara. Ini sejajar dengan proses kematangan pemikiran ummat setelah melalui sekian banyak Peristiwa-peristiwa yang mengandungi suka duka hidup. Sudah pasti keinginan dan keghairahan untuk kembali menghayati Islam sedemikian rupa memerlukan skima pemikiran yang mantap, jelas dan kaya dengan inspirasi, modal dan gagasan baru dalam berbagai aspek. Islam yang hendak dihayati itu tentulah Islam dalam bentuk yang setaraf dengan cabaran, wawasan dan tuntutan masa kini. Ia perlu segar dan mempunyai unsur tajdid.

Dalam menangani situasi begini, gerakan mahasiswa harus sedar bahawa kehadiran serta peranan mereka akan menjadi lebih dominan serta bersemarak, kiranya mereka dapat memastikan bahawa keghairahan untuk menghayati Islam tersebut memerlukan mereka sendiri bahkan setiap aktivis yang dididik memiliki roh dan pemikiran Islam. Roh dan pemikiran Islam terjunam kukuh serta dapat diselaraskan di semua peringkat pengikut serta penggerak organisasi. Keselarasan ini harus merangkumi kesedaran tentang:

1. Islam ialah suatu Manhajul Hayah (sistem hidup) yang sepatutnya menjadi dasar negara dan budaya ummah
2. Kesempurnaan Islam (syumuliyatu 'I-Islam) dan ajarannya perlu berfungsi dalam masyarakat
3. Keperluan bergerak dalam satu rangka pemikiran yang selaras, searah dan dalam satu wadah pergerakan dengan fiqh prioritas syara' yang mu'tabar
4. Kemestian menolak aspek-aspek salbiah (negatif), ittikaliah (tawakal yang tidak bertempat), pessimistik dan faham sekularisme dalam amalan dan pemikiran
5. Kemestian mengasaskan ilmu atas dasar yang integrated (sepadu), sempuma dan selaras dengan nilai-nilai rabbaniah
6. Kemestian menuju ke arah kepimpinan yang mempunyai ilmu yang mutakamil (sepadu) dan memililci ciri-ciri warathatun-Nubuwah (pewaris ciri-ciri kenabian) untuk mengurangkan berlakunya kemungkinan-kemungkinan negatif
7. Keperluan menghargai wadah-wadah Islam yang lain serta sumbangan masing-masing dalam membawa ummah ke arah peningkatan hidup secara Islam
8. Peningkatan kesedaran sosio-politik untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam segenap peringkat dan bidang, sama ada peringkat pasca komunisme, mahupun peringkat New World Order
9. Penggarapan apa yang boleh dicapai dalam batas kemampuan dan kesempatan masa kini.
10. Kepentingan meningkatkan akhlak dalam konteks pergerakan dan juga berinteraksi dengan individu serta masyarakat.

Gerakan Kemahasiswaan dan Isu-isu Akhlak

Seperti yang telah disebutkan di atas, ternyata kebelakangan ini kita menyaksikan usaha-usaha yang cukup ghairah untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap bidang. Kita juga sedar bahawa kecemerlangan tidak sahaja ditentukan oleh teknik pengurusan serta bantuan alat semata-mata, tetapi lebih dari itu ia ditentukan juga oleh faktor kemanusiaan, atau nilai-nilai insan itu sendiri.

Dalam mencapai aspirasi pembangunan misalnya, manusia adalah unsur yang paling menentukan kejayaannya. Pembangunan tidak bererti jika manusia itu sendiri runtuh. Justeru itu nilai-nilai akhlak amat perlu diberi penekanan dalam gerakan kemahasiswaan agar pembangunan yang ingin digarap seimbang dengan nilai-nilai keislaman. Tidak ada ertinya pembangunan tanpa kesehjahteraan dunia dan akhirat.

Tatacara menangani masalah-masalah masyarakat mesti difahami dengan tepat dan direalisasikan dalam berbagai lapangan hidup. Malah disertai dengan rasa tanggungjawab iaitu dengan menganggap jatuh bangunnya gerakan Islam, nasib ummah adalah di tangan golongan pencinta Islam yang sepatutnya bingkas berbuat bergerak menyusun rancangan dan sebagainya Sikap lemah, acuh tak acuh adalah sikap mukhallafun (golongan yang enggan berjuang) yang dibenci oleh ALlah.Semangat dan usaha menentang setiap yang bemama kemungkaran pula harus berkobar atau dikobarkan. Tanpa semangat ini iman akan menjadi lesu. Tekad jihad akan menjadi lemah dan tidak mampu menampilkan daya juang ke taraf maksikma. Roh yang tidak ada keazaman berjihad adalah roh yang masih bergelumang dengan semangat jahiliah seperti yang pernah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w.

"Barangsiapa yang mati dan tidak berjihad dan tidak pernah bercita-cita untuk berjihad, mati dalam keadaan munafik".

"Mana-mana kaum yang meninggalkan jihad nescaya ALlah akan mengenakan rnereka dengan seksaan yang merata."

Keunggulan, keagungan dan keindahan Islam sudah begitu banyak diperkatakan. Apa yang belum dikotakan dan ditampilkan dengan konkrit untuk zaman ini ialah contoh-contohnya yang nyata dan realisasinya. Setiap aktivis Islam berkewajipan membuktikan ajaran Islam itu dalam diri, keluarga dan wadah pergerakan mereka. Kita sepatutnya menjadi Ummatan Wassatan yang boleh memainkan peranan sebagai syuhada' 'linnas. Ini adalah suatu cabaran dan tanggungjawab yang besar dan berat. Mampukah gerakan mahasiswa memikul beban ini? Apakah kita berdaya atau mampu melaksanakan tugas-tugas Khaira umatun ukhrijat linnas (ummah terbaik) yang ditampilkan kepada manusia? Inilah cabaran yang menunggu jawaban praktikal daripada kita sekalian.

Perlu disedari gerakan kemahasiswaan harus menekan persoalan gerak kerja dakwah yang berkesan, dengan praktik akhlak Islam yang betul dalam konteks haraki Lantaran tanpa akhlak pembelotan, pengkhianatan dan sindrom individu tercicir dari gerakan dakwah akan berlaku. Sejarah telahpun mencatatakan fenomena ini, di mana figure yang 'gagah' dan mantap sekalipun boleh tercicir. Kita khuatir dengan adanya sindrom ini persaudaraan bertukar menjadi permusuhan, idealisme hanyalah ibarat impian di siang hari.

Memang tidak mudah untuk berpaut dengan nilai-nilai murni seperti yang ditegaskan oleh ALlah. Apatah lagi dalam suasana yang penuh dengan ransangan yang menarik manusia supaya melutut kepada tuntutan syahwatnya. Tidak mudah untuk mengamalksn sikap-sikap mulia dan akhlak-akhlak yang luhur dalam kemelut masyarakat yang menghakis segala daya tahan dan daya juang aktivis Islam. Tepat seperti yang ditegaskan oleh ALlah:


"Kalaulah tidak kerana kurnia dan rahmat ALIah nescaya tidak ada seorang pun dari kamu yang disucikan (jiwa dan hati nuraninya) ".

Tidak dapat dibayangkan betapa suramnya gambaran nasib umat sekiranya golongan pendakwah khususnya mahasiswa Islam gagal menghayati nilai warisan ini. Kalau mereka gagal mencapai cita-cita besar yang merujuk kepada pengembalian penghayatan Islam maka ini adalah suatu yang malang. Akan tetapi yang lebih malang ialah apabila nilai-nilai suci dan murni agama ini gagal dihayati dalam peringkat diri, keluarga dan wadah sendiri. Untuk mengelakkan hal ini maka para Dai' harus mengatasi kelemahan diri masing-masing.Abu Nasr As-Saraj menyatakan bahawa dari segi adab manusia terbahagi kepada tiga peringkat:- Ahlu 'd-Dunia: kebanyakan realisasi adabnya ialah dalam bentuk (memperelok) gaya bahasa dan kefasihan, menghafal ilmu dan sya'ir gurindam.-Ahlu 'd-Din: kebanyakan manifestasi adabnya ialah mengasuh diri, mendisiplinkan anggota, menjaga batasan ALlah dan meninggalkan tuntutan syahwat.- Ahlu' I Khususiah : kebanyakan latihan disiplin diri mereka ialah menjernihkan hati, mengelokkan batin, menunaikan janji (antara hamba dan tuhannya), menjaga waktu, kurang melayani perasaan dan lintasan filciran (yang tidak bermakna), sikap dan bicaranya sopan ketika memohon, ketika mendekatkan diri kepada ALlah;

Tanpa bersikap prejudis kita percaya gerakan mahasiswa mampu mencipta budaya kerja serta arus pergerakan yang cemerlang, kiranya mereka dapat memanfaat, menggarapi serta menanamkan roh serta nilai-nilai unggul agama sebagai teras serta arah perjuangam Semangat kecemerlangan mcmang cukup menyerlah dalam pelbagai aspek ajaran Islam. Allah sendiri menyatakan diri-Nya dengan sifat-sifat superlatif seperti Ahsanu 'I-khaliqin (Pencipta yang terbaik), Ahkamu 'I-hakimin (Hakim yang mengungguli segala hakim) dan sebagainya manusia sendiri dinyatakan sebagai makluk yang berkualiti tinggi - ahsani taqwim (ciptaan terbaik).

Penutup

Sudah sekian lama gerakan mahasiswa berperanan di tengah-tengah masyarakat. Malah sudah sekian ramai juga pimpinan serta pengikutnya yang datang dan pergi dengan cita-cita masing-masing. Sejarah kemahasiswaan telah mencatitkan bahawa mereka berkebolehan melahirkan satu force, satu mainstream atau satu tenaga bertindak serta satu kekuatan perubah yang amat dihargai masyarakat.

Gerakan kemahasiswaan, dengan gandingan serta gabungan tenaga cendikiawan dan ulama' seperti yang sedang berlaku ini perlu ditingkatkan dalam kadar kekuatan serta kelemahan masing-masing. Barisan penda'wah mesti diperkukuhkan dengan ukhuwwah, mahabbah dan tajarrud ilaLlah (ketulusan niat dan tekad perjuangan semata-mata kerana ALlah). Kelompok pimpinan mahasiswa serta pengikut yang prihatin amat memerlukan keazaman, kebijaksanaan, kesabaran serta kesungguhan dalam bekerja bagi merealisasikan gerakan mahasiswa yang mantap untuk mencapai cita-cita seperti yang diidam-idamkan.

Terlalu banyak ruang dan bidang yang boleh dihubungkan dengan usaha-usaha mencapai kecemerlangan. Dalam kesempatan yang terbatas ini kita tentu tidak dapat memperincikan semuanya. Gerakan mahasiswa Islam yang peka dan arif dapat merasakan keperluan-keperluan yang mendesak dalam konteks merealisasi kebangunan Islam. Misalnya dalam bidang dakwah, komunikasi, alat-alat bantu yang bercorak Islam dan lain-lain.

Setiap ruang, yang kecil dan besar menunggu dan mengharapkan sumbangan umat Islam yang ikhlas dan bersungguh-sungguh. Tanah-tanah pusara dan tukang belulang yang reput di seluruh dunia menjadi saksi atas pengorbanan sekian banyak pejuang Islam yang tidak kenali yang tidak pernah mendapat apa-apa bintang kehormatan duniawi yang fana. Jika pejuangan bukan kerana ALlah, nescaya hidup dan usaha mereka menjadi sia-sia

.Apa yang dikemukakan di sini ialah beberapa pandangan serta panduan ringkas ke arah mencapai kecemerlangan dalam gerakan kemahasiswaan yang ternyata masih mempunyai jalan yang berliku. Ranjau-ranjau penghalangnya pula masih wujud dari dalam dan luar. Justeru itu usaha GAMIS sebegini merupakan langkah yang perlu didokong oleh seluruh mahasiswa Islam. Persatuan Ulama' Malaysia, melalui Sekretariat Pelajarnya yang telah ditubuhkan pula akan tetap bersedia membimbing, memberi panduan dan menunjuk-ajar, jika perlu, terhadap mana-mana perkara yang dikira sesuai. Hanya kepada Allah kita bertawakkal serta berserah, innahu La haula wala quwwata illa biLlah.


Oleh:Haji Abd. Ghani Haji SamsudinPersatuan Ulama' Malaysia


Seminggu di teluk gorek,benar-banar menenggelamkan ku dari informasi lagi-lagi yang bersumberkan dari web dan blog.Walaupun setiap malam ku tak terlepas dengan berita utama tv3 ketika di sana,namun isu pemakaian ini tak terlihat ku di kaca tv.Cumanya isu perletakkan dari ahli UMNO oleh Tun Tun Mahathir dan penghakiman batu putih mewarnai berita di kaca tv waktu itu.

Apapun yang dapat ku ulas di sini adalah secara peribadinya perkara ini perlu diberi perhatian oleh kementrian yang terlibat dan candangan tentang pemakaian tersebut sebenarnya adalah usaha dalam mengurangkan masalah sosial khususnya dari segi pemakaiaan yang boleh mendatangkan pemandangan kurang enak dari si pelihat.

Katakanlak kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya,dan memelihara kemaluannya:yang demikian itu lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya,Allah MahaMengetahui apa yang mereka perbuat.

An-nur ayat 30.

untuk selanjutnya,lihat ulasan ketua muslimat pas di harakahdaily dan artikel yang di tulis oleh Naib Presiden Helwi PKPIM berkaitan cadangan penambahbaikan tentang pemakaian ini.


Alhamdulillah yg dapat ku panjatkan kerana selesai sudah ku berkampung di teluk gorek,Mersing dalam menjalani kerja ukur goematik.Tak dapat kubayangkan sudah seminggu rupanya ku lelapkan mata di dorm teluk gorek. Teringan waktu zaman-zaman menginap di hostel dulu.Apapun perjalan progran yang ku sangka "ketat" jadualnya rupa-rupanya meleset.hehe jgn marah en.anuar

Ku gunakan sepanjang masa program tersebut untuk menceduk ilmu-ilmu kerja ukur dari sifu-sifu seperti en maisiri,en saifuddin(wak) ngan en Anuar.tak sangka mereka sungguh sporting.Apapun akan ku manfaatkan ilmu yang diturunkan.urm suubjek yang makan masa satu semester (dlm 13 minggu) dalam plan akademik,dapat di sattlekan di teluk Gerok.Tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya memanfaatkan peluang yang ada.

Akhir coret,Kepada 89 orang peserta yang turut sama dalam program tersebut,anda semua memang rakan yang best.Harap tak simpan dalam hati apa-apa teguran dari ku.Almaklumlah amanah penghulu bukan main-main.ku cuba berlaku adil sebaik mungkin dan jika ada teguran itu tandanya sayang dekat hampa semua.

Ops sebelum terlupa,kepada rakan-rakan,jgn lupa buat pembayaran penangguhan.RM155.00 sebelum 21hb 7.Jumpa lagi semester hadapan!

Selamat tinggal teluk gorek,Mersing.


Saturday, May 17, 2008

Sahabatku melewar..





Bila ku belek-belek gambar di folder simpanan ku, tersentuh sedikit hati ku bila melaihat gambar bermusyawarah bersama adik-adik.Mungkin kalian tidak rasa seperti yamg ku rasa,tp semangat ukhwah itu timbul dalam diriku. Kemungkinan semester hadapan kita bukankah jiran bersama. Fahim, zabidi ngan Amin telah bercadang nak belajar berdikari.harap-harap bila duk rumah sewa nanti, jangan lupa kan melewar. Puasa nanti sama-sama kita bergotong royomg menyediakan makanan ye.

Kepada Amin, ku tahu bertapa besarnya sumbangan mu dalam biro kerohanian dan mengharapkan segala sumbanganmu mendapat pembalasan di akhirat kelak.dan yang lain, ku rindu terhapat gelak tawa kalian semua.Moga-moga di panjangkan umur untuk berjumpa lagi pada semester hadapan..aMIN,ZABIDI,FAHIM,SHAHARUN,RAZI dan KHAIRU
L,kalian la pembakar semangat ku dikala ku berada dalam kerungsian..

Hari guru. Itulah yang ku terfikir untuk ku tulis dalam artikal kali ni. Sedar atau tidak,sudah hampir 15tahun ku berada di landasan menuntut ilmu. Mulai ku kenal erti persekolahan seawal usia 5 tahun lagi.Taska abim bt40 menjadi titik permulaan ku melangkah di alam pra persekolahan dan di situlah aku mengenal erti guru. Tidak dapat ku nafikan,aku tidak dapat mengingati tiap-tiap guruku di peringkat pra persekolahan itu,namun jasa mereka semua memang tidak boleh kulupakan. Melangkah ku kealam persekolah benar-benar mengukuhkan ku lg tentang pentingnya ada insan bernama "guru".



ku cuba mengigati kembali insan-insan yang mendidik ku dsi alam persekolahan rendah dulu.Ketegasan cikgu khairuddin, cikgu hairudin masih mengiang-ngiang dalam pemikiran ku.Kelibat cikgu Kosmadi yang memdedahkan ku dalam ilmu sains sedikit sebanyak mengembalikan nostalgia ku.Tidak dilupakan jua kepada ustazah suadah dan ustazah zainon yang memberi pendedah agama dalam pembelajaran ku sepanjang enam tahun di sekolah rendah Tun Dr Ismail. Nama-nama lain seperti cikgu iaishah,cikgu Ambriati, cikgu Haslina, cikgu Zakiah,cikgu Ramli,cikgu Talha dan teacher Amnah sebenarnya terlalu banyak pengorbananku dalam diriku.Mugkin sekadar ni sahaja coretan ku.Ku tumpukan nama-nama yang berlegar di kepalaku ini semua guruku ketika ku dibangku sekolah rendah.Namun ku noktahkan sementara coretanku ini dengan ungkapa " terima kasih guru!"

Tuesday, May 13, 2008

Bila alam bagi isyarat...


Allamdulilah negara kita selamat dari bencana. Mungkin kita tidak sedari dalam akhir-akhir ini terdapat dua bencana besar melanda Asia setelah pukulan tsunami yang yg tempiasnya kena di Malaysia pada tahun 2004.Ratusan ribu menjadi korban sehingga bumi Aceh menjadi padang jarak padang tekukur buat seketika.
Namun kali ini,alam memberi isyarat lagi. Kejadian Taufan Nargis yang melanda jiran tetangga asia kita( myanmar) benar2 menggiatkan tentang kejadian Tsunami Kemusnahan yg hampir sama cumanya pada kali ini ianya bagaikan angin taufan ya setakat ini mengorbankan puluhan ribu dan di jangkakan hampir ratusan ribu lagi akan mati kebuluran jika bantuan segera tidak di berikan di samping sikap birokrasi kerajaan junta di Myanmar.


Apapun tahniah kepada kerajaan baru negeriku yg cakna dlm perkembangan ini dan menghantar misi menyelamat dengan bantuan kewangan hampir 1 juta atas dasar kemanusiaan. Moga2 kekayaan negeriku ini akan bertambah dengan semangat kerajaan negeri yg perihatin tentang isu kebajikan serantau.


Belum redha peristiwa Nargis, tuan rumah olimpik 2008 (China) di gegarkan dengan gempa berukuran 7.8 sekala rectar.Dilaporkan lebih 5000 org terbunuh. Bila melihat liputan di berita tentang malapetak tersebut, terdetik rasa kesyukuran kerana negaraku ini selamat dr bencana alam semesta. Kesyukuran perlu di panjatkan sebagai seorang hamba agar sentiasa taat kepada pemilikNya. Bumi ini milik Allah dan dia berhak keatas nya.Ingatlah lah bahawa jika alam sudah memberi isyarat,mungkin ada kemungkaran yg telah kita lakukan dan ingatlah bahawa pintu taubat masih terbuka selagi mana jasad ini mampu bernafas.


Takziah kepada mangsa-mangsa bencana alam dan sama2 berdoa agar "peringatan" ini memberi keinsafan kpd semua makhluknya.

Monday, May 12, 2008

survey camp,mersing

Assalamualaikum n salam sejahtera
kpd rakan2...

mereka yg berkemampuan membayar yuran survey camp, sila buat pembayaran di fakulti selewat2nya sblum program.

(termasuk juga kpd mereka yg telah t/tngan untuk membuat penangguhan bayaran)

oleh yg demikian,jk kita benar2 mengalami kesempitan wang,
kita akan menandatangani perjanjian untuk "cinfrmkn bayar penangguhan seperti tarikh yg ditetapkan"
pada waktu sebelum bergerak ke camp.

sesi 1(18hb5-ahad)
sesi 2(25hb5-ahad)

ada apa2 makluman,boleh berjumpa kaunter di fakulti.

hrp maklum.

Sunday, May 11, 2008

Apa pengertian hari ibu?


Mlm td ku temankan shbt ke stesen keretapi utk pulang ke kg.waktu 2 time brita.Apa lg ku bsama shbt yg lain duk kt waronG berdekatan utk sama mengetahui isU2 semasa. Cadangnya tertarik ngkn komen Tun Mahathir berkaitan isu Lingam tp xdan mengetahui apa yg di bicarakan coz sempat tgok skit je kt berita n than iklan pulak.


Tapi yg buat ku tertarik ngn berita lepas 2,Berita tv3 wat skit rencana tntg hari ibu. Dah mcm majalah 3 pulak. ada 2 kisah yg dipaparkan.pertama tentg seorang ibu tunggal yg membesarkan 10 org anak di Pendang. sembilan drpdnya pompuan dan lima drpdnya dpt melanjutkan pelajar ke pengajian tinggi."kalau x silap la".Mst senang hati ibu 2 dpt membesarkan anaknya.


Yg kedua kisah sedih skit n berlaku di negeri yg sama. Ibunya di bunuh di rumahnya kerana di samun pd waktu pg n berlaku pada hari ibu. Anak mana yg x sedih. Sungguh menyayat hati.Dan lah arwah 2 warga tua,kalau sekadar nk rompak jgn lah sampai membunuh. Apapun takziah kpd arwah dan mendoakan roh ni di tempatkan bersama para solehin.Al-Fatihah


Agak2 nya ada manfaat gak ku tgok berita td.Baru ku tahu hari ini hari ibu dan adalagi perompak yg sanggup untuk membunuh.Dah la merompak,bunuh pulAK 2.memang menyayat hati. Kalaulah FRU menggunakan kekuatan nya untuk menjaga keselamatan rakyat, mungkin perkara ini dpt di elakkan dan di kurangkan.skdr cdgn je...


Yg pentingnya kepada ibunda Yatirah Bt Misni yg berada di kg, selamat Hari ibu...

PengorbananMu amat tinggi kpd ku.Engkaulah ratu hatiku!



Friday, May 9, 2008

bicaraku bermula...


bermulalah aku sebagai seorang blogger. sahabat2 seperjuangan serta rakan2 yg di kasihi, akan ku akan terjemahkan segala bentuk kefahaman dan pemikiranku dalam bentuk penulisan. Bermulanya sebuah perjuangan dlm diriku untuk berkongsi pendapat dan idea. Apa yang akan ku lontarkan dlm blog ini hanya sekadar pandangan dan cebisan idea ku dan tokoh2 yg dikenali. Ku mengharapkan kehadirannku membantu membina fikiran kita dalam melahirkan generasi pemikir pencetus revolusi kebangkitan