Friday, June 27, 2008

berdoa selepas merancang


berdoa dan terus berdoa. Itulah senjata utama orang mukmin. Aku telah luahkan segala pengorbanan dan masa dalam pengurusanku ini. kadangkala mungkin ada yang perlu di korbankan atas kelemahan pengrusanku ini, namun itulah usaha yang perlu diteruskan.
kepada rakan-rakan penggerak minggu haluan siswa 08/09, all the best!!!
Aku bukan lah si kaya yang mampu memberi ganjaran keatas hambanya ,cuma aku berdoa agar pengorbanan rakan-rakan terbalas kelak.Ikhlaskan niat kalian...
topup,minyak motor,masa, wang dan kudrat rakan-rakan hanyaNya yang akan membalas. Setting balik nawaitu kita semua. InsyaAllah segalanya berjalan seperti yang di rancang walaupun sebaik-baik perancangan hanya dari Nya.

Salam ukhwah untuk minggu haluan siswa 08/09 uthm.

Friday, June 20, 2008

Debaran menunggu adik-adik baru


Tahniah kepada ribuan pelajar yang akan bergelar mahasiswa pada 29hb ini. Anda hanya memerlukan satu langkah lagi untuk meletakkan diri anda berada di menara gading. Ceduk sebanyak mungkin pengalaman di kampus untuk bekalan bilamana hidup bermasyarakat nanti..Namun bukan mudah untuk menerima kedatangan adik-adik ini.banyak persiapan dan perbincangan yang telah di jalankan sehingga ada sesuatu yang perlu di korbankan demi menyiapkan diri dengan persediaan yang rapi.Selaku pelaksana jawatankuasa minggu haluan siswa(MHS) 08/09 saya mengharapkan kepada semua jawatankuasa yang lain agar dapat mengembling tenaga dalam meraikan serta melaksanakan MHS pada kali ini.

Oleh itu jgn lupa untuk sama-sama membuat persiapan bermula 23hb ini(isnin) sehingga bermulanya MHS 08/09.Kita hanya mampu merancang dan sebaik-baik perancangan hanya pada Allah..berserah selepas berusaha...


Semua rakan-rakan mahasiswa sedia maklum tentang penguatkuasa pemakaian vest pemantul cahaya pada sesi akan datang.Di sini tidak banyak yang dapat saya coretkan cumanya memerlukan pandangan warga kampus uthm.Nyatakan pandangan anda dalam ruangan komen di artikal ini. Apa sahaja tindakan di peringkat mpp,kami memerlukan maklumat serta sokongan rakan-rakan berkaitan isu ini.
InsyaAllah dalam masa terdekat kami akan cuba memurnikan peraturan baru ini dan saya akan cuba memberi komen dalam masa terdekat.

"dari mahasiswa untuk mahasiswa"

Walaupun telah beberapa kali di asak oleh pihak pembangkang melalui media masa dan elektronik,akhirnya rakyat negeriku menerima juga insentif 20meter padu secara percuma.Syabas di ucapkan kepada rakyat Selangor dan pihak yang tidak pernah kenal erti penat mempersoalkan pemberian air percuma dan akhirnya ia dapat di realisasikan juga.Sebenarnya kemudah ini amatlah membantu bagi golongan di luar bandar kerana sekurang-kurangnya terlepas sedikit bebanan mereka dalam situasi sekarang dengan kenaikan harga minyak dan barangan keperluan.Apapun di harapkan rakyat dapat manfaatkan kemudaan yang di berikan dengan sebaiknya.

Syabas untuk rakyat Selangor!!!

"Dari mahasiswa untuk mahasiswa"

S'gor dapat air percuma, akhirnya - Malaysiakini
Muda Mohd Noor Jun 11, 08 5:31pm

Kira-kira sejuta penduduk Selangor akan mendapat bekalan air percuma, seperti dijanjikan, mulai 1 Jun selepas kerajaan negeri menyelesaikan rundingan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) pagi ini.

Manifesto Pakatan Rakyat untuk memberikan 20 meter padu air secara percuma - atau potongan RM11.40 - akan diteruskan kepada pengguna domestik bermeter individu, demikian diumumkan oleh menteri besar.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah berjaya mencapai persetujuan tersebut dengan ketua pegawai eksekuif Syabas, Datuk Ruslan Hassan dan presiden Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), Datuk Abd Karim Munisar.

Syabas kelmarin menolak permintaan kerajaan negeri untuk berbuat demikian, termasuk selepas berunding dengan KDEB, sebuah syarikat milik kerajaan Selangor yang terlibat dengan syarikat pengurusan air tersebut.

Ruslan berkata Syabas tidak bersetuju dengan kandungan surat akujanji bersyarat KDEB yang ditandatangani pada 6 Jun lalu dan dihantar kepada syarikat itu pagi Isnin.

Ruslan berkata cadangan KDEB secara langsung menjejaskan aliran tunai Syabas dan boleh menjejaskan operasi syarikat itu.

Abdul Khalid berkata bil air yang mengandungi potongan itu akan diterima mulai 15 Jun ini, manakala pengguna yang telah mendapat bil lama sebelum tarikh tersebut akan menerima potongan yang sama dalam bil bulan depan.

Ketika rakyat di uji dengan kenaikan harga minyak dan kemungkinan pula kenaikan harga barangan keperluan, golongan mahasiswa peminjam PTPTN perlu menarik sedikit lafaz lega kerana sistem kewangan PTPTN akan dikaji semula. Sebelum ini bebanan dalam pembayaran PTPTN di samping keadaan semasa yang menyaksikan kenaikan harga minyak dan barangan keperluan sebenarnya mencengkan ekonomi mahasiswa khususnya mereka yang telah bergraduan. Oleh yang demikian, saranan dan cadangan dari majlis fatwa haruskah di segerakan agar perlaksanaan sistem pinjaman PTPTN benar-benar mematuhi syarak.

"Dari mahasiswa untuk mahasiswa"


SUMBER: Berita Harian 9 JUN 2008

Majlis fatwa arah PTPTN ubah kaedah kira caj
Oleh Norfatimah Ahmad

Jakim pantau perubahan pastikan agensi patuh garis panduan

KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan mengarahkan Perbadanan Tabung
Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) mengubah kaedah pengiraan caj
perkhidmatan tiga peratus dikenakan kepada peminjamnya mengikut
garis panduan ditetapkan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan
Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata keputusan berhubung perkara itu
ditetapkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan yang diadakan di
Alor Star, Kedah, baru-baru ini.

“Berdasarkan keputusan itu, kami menemui PTPTN dan menerangkan
langkah perlu diambil untuk memastikan kaedah pengiraan dilaksanakan
selaras garis panduan Majlis Fatwa Kebangsaan kerana kami mahu
membantu PTPTN menyelesaikan kekaburan berhubung isu itu.

“Berikutan itu, pemantauan dari semasa ke semasa akan dilakukan
terutama menerusi pembentangan PTPTN berhubung perubahan kaedah itu
untuk memastikan mereka setuju dan mematuhi garis panduan itu,”
katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, Kementerian Pengajian Tinggi meminta Majlis Fatwa
Kebangsaan mengeluarkan fatwa sama ada caj perkhidmatan tiga peratus
dikenakan kepada peminjam PTPTN ada berunsur riba atau tidak.

Isu itu timbul apabila peminjam mempersoalkan ketelusan pengiraan
sebenar kos perkhidmatan PTPTN kerana ia tidak dinyatakan secara
terperinci.

Bagaimanapun, keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang dikeluarkan pada 11 Mac
2002 menggariskan, mengikut kaedah syariah, PTPTN boleh menggunakan
kos perkhidmatan mengikut perkiraan sebenar terhadap pinjaman
diberikan.

Berdasarkan keputusan itu, kos PTPTN berkenaan perlu mengikut
perkiraan sebenar terhadap pinjaman diberikan kepada pelajar,
bukannya dengan anggaran peratusan seperti amalan sekarang.

Malah, resolusi Majlis Syariah Organisasi Perakaunan dan Audit bagi
Institusi Kewangan Islam (AAOIFI) dan Majlis Fiqh Sedunia di bawah
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menyatakan, caj bagi perkhidmatan
hanya dibolehkan dengan syarat ia adalah kos sebenar pengurusan
teknikal saja, manakala caj yang dikenakan melebihi kos sebenar
adalah haram.

Ditanya status caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN, sama ada ia
dikategorikan sebagai riba dan haram, Wan Mohamad berkata, Majlis
Fatwa Kebangsaan mengutamakan usaha untuk memperbaiki kaedah
pengiraannya bagi mengatasi kekeliruan orang ramai.

“Apa yang berlaku kepada PTPTN harus menjadi iktibar dan sepatutnya
sebarang usaha untuk memperkenalkan skim yang membabitkan soal
kewangan perlu mendapat pandangan institusi fatwa bagi mengelak
kekeliruan.

Wednesday, June 4, 2008

Harga baru minyak,siapa yang terbeban?






Satu lagi kejutan untuk semua rakyat Malaysia. Tidak dapat di nafikan lagi desas desus berkaitan harga minyak yang giat diperkatakan sejak akhir-akhir ini benar-benar di realisasikan oleh kenyatan YAB Datuk Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi di putrajaya pada jam 5 petang tadi.Walaubagaimanapun sebenar deretan kenderaan telah memenuhi setiap pelusuk stesen minyak dan di jangka keadaan ini akan berlarutan sehingga larut malam ini ataupun sehingga kehabisan bekalan di stesen-stesen minyak.Dengan kadar baru petrol dan diesel ini,siapakah yang benar-benar terbeban ataupun rakyat malaysia memang sudah biasa dengan kadar baru minyak tersebut.

Mengikut kefahaman melalui beberapa maklumat tentang kadar petrol dan diesel yang baru,
Sebenarnya ianya meninggalkan seribu tandatanya dalam diri saya tentang status harga minyak yang baru. Seperti yang dimaklumkan,setiap kenderaan persendirian seperti motosikal dan kereta,mereka akan mendapat faedah subsidi atas kenderaan masing-masing melalui pembayaran nilai tertentu setelah pembaharuan cukai pembaharuan jalan.Memang susah untuk memahami istilah yang digunakan dalam pembahruan harga minyak yang baru tetapi apa yang saya faham ini sebenarnya seolah-olah seperti "gaji meningkat tetapi kos sara hidup(cth minyak) meningkat ".fikir-fikirkan lah.

Mungkin terlalu awal untuk saya mengulas tentang harga baru minyak ini tetapi apa yang benar-benar terfikir adalah siapakah yang terbeban debgan harga baru ini?Mungkin golongan marhaen dan berpendapatan rendah akan terbebab dengan berita baru ini?Apapun jawapanya,saya lebih suka mengulas dari konteks sebagai seorang mahasiswa.Tidak dapat di nafikan golongan mahasiswa akan terkena tempias kadar baru minyak ini.Mereka yang menginap di luar kampus dan menggunakan pengangkutan sendiri haruslah lebih bijak dalam merancang perjalan selepas ini.Mungkin lebih ramai rakan-rakan mahasiswa perlu memikirkan alternatif yang lebih berkesan dalam menangani harga baru minyak ini.


Sebagai langkah awal,di harap agar rakan-rakan mahasiswa akan mengggunakan pendekatan bijak seperti perkongsian kenderaan dan meminimumkan penggunaan kenderaan di kawasan kampus.Selain itu,apa yang terfikir dalam fikiran saya adalah rakan-rakan mahasiswa seharusnya menggunakan penggunaan sebaik mungkin kenderaan awam universiti memandangkan ianya termasuk dalam yuran perkhidmatan setiap semester.Adalah suatu kerugian jika kita tidak dapat memanfaatkannya dan kenderaan persendirian akan kita hanya digunakan jika ada urusan luar dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu,Majlis Perwakilan Pelajar UTHM akan cuba membantu pihak berkaitan dalam meningkatkan penggunaan kenderaan awam universiti dan ini sejajar dengan peranan kami agar kebajikan mahasiswa akan di pelihara mengikut kondisi kemampuan Majlis Perwakilan Pelajar UTHM.

"Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa"

Sunday, June 1, 2008

Hari ini lebih baik dari semalam.

Pagi yang hening ini ku gunakan kesempatan untuk mencuri sedikit detik untuk mencoret tentang masa dan peranan ku untuk memaksimumkan penggunaan masa kearah kebaikan.Seharian hari ni ku rasai banyak perkara yang ku terlepas pandang.Mungkin benar jika aku merasai pengurusan masaku masih lemah.Bila ku amati surah-asr yang acapkali ku baca bila selesai sesuatu majlis mahupun mesyuarat benar-benar menguji tahap pengurusan masaku.
Jadi bilakah perjalan hidupku akan bertambah baik dari hari ke hari?semuanya memerlukan perubahan dan pengorbanan. Walaupun permulaan hijrah telah lama melewati ku,tetapi "hijrah" benar-benar di perlukan dalam diriku.
Akademik,sahsiah,akhlak dan sebagainya perlu dihijrahkan kepada yang lebih baik.Tetapi bagaimanakah mekanismanya?Ya Allah...hambamu ini benar-benar memerlukan peunjuk dari mu.Permulaan semester hadapan seharusnya dibuktikan dalm hijrah akademikku. Taklifan dalam minggu haluan siswa benar-benar membuat berfikir secara rasionalnya bilamana bekerja sebagai seorang pemimpin.Aku perlu memanfaatkan sebaiknya pengurusan minggu haluan siswa agar memberi impak kepada adik-adik baru serta diriku ini..

teruskan berjuang dalam kerangka hidupku dan walauapapun ku harus memastikan apa yang dilakukan mesti mempunyai peningkatan hasilkesungguhan dalam memcorak hidupku.