Walaupun telah beberapa kali di asak oleh pihak pembangkang melalui media masa dan elektronik,akhirnya rakyat negeriku menerima juga insentif 20meter padu secara percuma.Syabas di ucapkan kepada rakyat Selangor dan pihak yang tidak pernah kenal erti penat mempersoalkan pemberian air percuma dan akhirnya ia dapat di realisasikan juga.Sebenarnya kemudah ini amatlah membantu bagi golongan di luar bandar kerana sekurang-kurangnya terlepas sedikit bebanan mereka dalam situasi sekarang dengan kenaikan harga minyak dan barangan keperluan.Apapun di harapkan rakyat dapat manfaatkan kemudaan yang di berikan dengan sebaiknya.

Syabas untuk rakyat Selangor!!!

"Dari mahasiswa untuk mahasiswa"

S'gor dapat air percuma, akhirnya - Malaysiakini
Muda Mohd Noor Jun 11, 08 5:31pm

Kira-kira sejuta penduduk Selangor akan mendapat bekalan air percuma, seperti dijanjikan, mulai 1 Jun selepas kerajaan negeri menyelesaikan rundingan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) pagi ini.

Manifesto Pakatan Rakyat untuk memberikan 20 meter padu air secara percuma - atau potongan RM11.40 - akan diteruskan kepada pengguna domestik bermeter individu, demikian diumumkan oleh menteri besar.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah berjaya mencapai persetujuan tersebut dengan ketua pegawai eksekuif Syabas, Datuk Ruslan Hassan dan presiden Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), Datuk Abd Karim Munisar.

Syabas kelmarin menolak permintaan kerajaan negeri untuk berbuat demikian, termasuk selepas berunding dengan KDEB, sebuah syarikat milik kerajaan Selangor yang terlibat dengan syarikat pengurusan air tersebut.

Ruslan berkata Syabas tidak bersetuju dengan kandungan surat akujanji bersyarat KDEB yang ditandatangani pada 6 Jun lalu dan dihantar kepada syarikat itu pagi Isnin.

Ruslan berkata cadangan KDEB secara langsung menjejaskan aliran tunai Syabas dan boleh menjejaskan operasi syarikat itu.

Abdul Khalid berkata bil air yang mengandungi potongan itu akan diterima mulai 15 Jun ini, manakala pengguna yang telah mendapat bil lama sebelum tarikh tersebut akan menerima potongan yang sama dalam bil bulan depan.

0 comments: