Ketika rakyat di uji dengan kenaikan harga minyak dan kemungkinan pula kenaikan harga barangan keperluan, golongan mahasiswa peminjam PTPTN perlu menarik sedikit lafaz lega kerana sistem kewangan PTPTN akan dikaji semula. Sebelum ini bebanan dalam pembayaran PTPTN di samping keadaan semasa yang menyaksikan kenaikan harga minyak dan barangan keperluan sebenarnya mencengkan ekonomi mahasiswa khususnya mereka yang telah bergraduan. Oleh yang demikian, saranan dan cadangan dari majlis fatwa haruskah di segerakan agar perlaksanaan sistem pinjaman PTPTN benar-benar mematuhi syarak.

"Dari mahasiswa untuk mahasiswa"


SUMBER: Berita Harian 9 JUN 2008

Majlis fatwa arah PTPTN ubah kaedah kira caj
Oleh Norfatimah Ahmad

Jakim pantau perubahan pastikan agensi patuh garis panduan

KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan mengarahkan Perbadanan Tabung
Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) mengubah kaedah pengiraan caj
perkhidmatan tiga peratus dikenakan kepada peminjamnya mengikut
garis panduan ditetapkan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan
Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata keputusan berhubung perkara itu
ditetapkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan yang diadakan di
Alor Star, Kedah, baru-baru ini.

“Berdasarkan keputusan itu, kami menemui PTPTN dan menerangkan
langkah perlu diambil untuk memastikan kaedah pengiraan dilaksanakan
selaras garis panduan Majlis Fatwa Kebangsaan kerana kami mahu
membantu PTPTN menyelesaikan kekaburan berhubung isu itu.

“Berikutan itu, pemantauan dari semasa ke semasa akan dilakukan
terutama menerusi pembentangan PTPTN berhubung perubahan kaedah itu
untuk memastikan mereka setuju dan mematuhi garis panduan itu,”
katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, Kementerian Pengajian Tinggi meminta Majlis Fatwa
Kebangsaan mengeluarkan fatwa sama ada caj perkhidmatan tiga peratus
dikenakan kepada peminjam PTPTN ada berunsur riba atau tidak.

Isu itu timbul apabila peminjam mempersoalkan ketelusan pengiraan
sebenar kos perkhidmatan PTPTN kerana ia tidak dinyatakan secara
terperinci.

Bagaimanapun, keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang dikeluarkan pada 11 Mac
2002 menggariskan, mengikut kaedah syariah, PTPTN boleh menggunakan
kos perkhidmatan mengikut perkiraan sebenar terhadap pinjaman
diberikan.

Berdasarkan keputusan itu, kos PTPTN berkenaan perlu mengikut
perkiraan sebenar terhadap pinjaman diberikan kepada pelajar,
bukannya dengan anggaran peratusan seperti amalan sekarang.

Malah, resolusi Majlis Syariah Organisasi Perakaunan dan Audit bagi
Institusi Kewangan Islam (AAOIFI) dan Majlis Fiqh Sedunia di bawah
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menyatakan, caj bagi perkhidmatan
hanya dibolehkan dengan syarat ia adalah kos sebenar pengurusan
teknikal saja, manakala caj yang dikenakan melebihi kos sebenar
adalah haram.

Ditanya status caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN, sama ada ia
dikategorikan sebagai riba dan haram, Wan Mohamad berkata, Majlis
Fatwa Kebangsaan mengutamakan usaha untuk memperbaiki kaedah
pengiraannya bagi mengatasi kekeliruan orang ramai.

“Apa yang berlaku kepada PTPTN harus menjadi iktibar dan sepatutnya
sebarang usaha untuk memperkenalkan skim yang membabitkan soal
kewangan perlu mendapat pandangan institusi fatwa bagi mengelak
kekeliruan.

0 comments: