Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengangkutan awam khususnya perkhidmatan bas akan terkesan dengan kenaikan bahan mentah. Justeru itu bukan suatu yang mustahil jika tambang bas akan meningkat memandangkan pihak pengurusan bas sendiri terpaksa menanggung kos yang sebenarnya meningkat.




Berita di akhbar hari ini ada mengatakan tambang bas akan meningkat sebelum Aidilfitri. Nampaknya golongan mahasiswa sekali lagi terpaksa membuat persiapan awal dan "menyimpan duit lebih" agar dapat pulang berhari raya dengan tambang yang baru!




Malaysiakini
K'jaan setuju naik tambang bas
Jul 29, 08 4:24pm
Kerajaan bersetuju tambang bas ekspres dan bas henti-henti seluruh negara dinaikkan tetapi tidak sehingga 100 peratus seperti yang dipohon oleh Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar. Katanya kenaikan itu tidak dapat dielakkan berikutan peningkatan kos operasi, termasuk harga diesel yang melonjak kepada RM1.43 seliter berbanding 71 sen seliter sejak kali terakhir tambang bas itu dinaikkan pada 2005."Peningkatan kos operasi juga disebabkan kenaikan harga barang-barang lain seperti tayar, minyak pelincir dan bateri," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi kakitangan kementerian itu di Putrajaya hari ini. Noh berkata perunding yang dilantik oleh kementerian untuk mengkaji paras kenaikan yang bersesuaian telah menyiapkan kajian itu dan kadarnya baru itu akan diumumkan sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti. "Sekarang ini kita sedang berunding dengan persatuan supaya terima cadangan daripada konsultan ini," katanya. Semalam persatuan itu yang diketuai presidennya Datuk Mohamad Ashfar Ali menyerahkan memorandum kepada Majlis Mesyuarat Inflasi Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memohon untuk menaikkan tambang bas ekspres dan bas henti-henti sebanyak 100 peratus, seperti yang dituntut oleh persatuan itu pada Mei lalu.Persatuan itu memberi alasan pengusaha bas kini tertekan berikutan kenaikan harga minyak dan menggesa kerajaan supaya bertindak segera agar mereka dapat beroperasi seperti biasa terutama menjelang musim perayaan.Noh berkata sistem bagi mengasingkan bas ekonomi dan bas mewah akan dilaksanakan dalam masa dua minggu lagi. Menerusi sistem itu, harga tiket bagi bas ekonomi akan dikawal kerajaan manakala tambang bagi bas mewah adalah terbuka. "Namun kita akan sentiasa memastikan bahawa pengusaha bas ini akan sentiasa memperuntukkan beberapa bas sebagai bas ekonomi bagi mengelak kekurangan bas jenis ini," katanya
.


Dimaklumkan bahawa Y. Bhg. Profesor Ir. Dr. Amir Hashim Bin Mohd. Kassim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTHM telah diperakukan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia bahawa Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XIII telah berkenan mengurniakan kepada beliau Darjah Kebesaran JOHAN SETIA MAHKOTA (J.S.M) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada 7 Jun 2008.
Saya mewakili rakan-rakan mahasiswa UTHM mengucapkan syabas dan tahniah di atas pengurniaan Darjah Kebesaran JOHAN SETIA MAKHOTA ( J.S.M ) dan mengharapkan agar Y.Bhg. Prof dapat meneruskan khidmat dengan cemerlang demi meningkatkan nama baik universiti dan mendapat sokongan penuh dari warga kampus khususnya mahasiswa UTHM.

"Caj PTPTN tidak langgar syarak"

Itulah berita yang saya perolehi dari akhbar utusan 28/07/08.Bila di teliti apa yang hendak di sampaikan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam muzakarah mereka, beranggapan bahawa 3% adalah bukan riba' dan menariknya majlis fatwa sendiri meminta kadar caj di turunkan. Nampaknya majlis fatwa pun perfikiran macam mahasiswa yang ingin caj PTPTN di turunkan.Tetapi bila anda layari web ust zaharuddin berkaitan caj PTPTN, beliau secara jelasnya menyatakan ianya riba'.

"Jawapan mudah saya, apa yang dilakukan dengan 3 % sebagai kos perkhidmatan adalah riba. Bagaimanapun saya mendapat tahu bahawa,pihak PTPTN sedang berusaha untuk mengubah kepada sistem Islam cuma masih gagal mengimplementasikannya disebabkan oleh masalah sistem pengkomputeran sedia ada dan lain-lain masalaha yang tidak diketahuI"
www.zaharuddin.net

Apa yang dapat saya harapkan di sini adalah mana-mana pihak yang bertanggungjawab dan berkenaan dapat memberi penjelasan sebaiknya berkaitan isu caj PTPTN agar permasalahan ini yang bersangkut-paut dengan hukum dan syarak dapat di permurnikan.

CAJ PTPTN TIDAK LANGGAR HUKUM SYARAK
PUTRAJAYA 28 Julai – Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan caj perkhidmatan yang dikenakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ke atas peminjamnya tidak menyalahi syarak tetapi mahu kadar tiga peratus sedia ada diturunkan bagi meringankan beban pelajar.

Pengerusinya, Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan itu dicapai hasil muzakarah khas yang dipengerusikan beliau bersama wakil PTPTN di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini hari ini.

Menurut beliau, sebelum ini caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN ialah empat peratus pada 1997 sebelum ia diturunkan kepada tiga peratus.

‘‘Setelah diberi penerangan mengenai upah operasi termasuk beberapa caj lain, kita bersetuju ia tidak menyalahi syarak dan tiada halangan dari sudut syariah agar ia tidak membebankan peminjam dan pemberi pinjam (PTPTN).

‘‘Jika melihat kepada prinsip, mungkin ia dapat dikurangkan sekitar satu peratus atau satu peratus setengah daripada kadar sedia ada setelah dibuat perkiraan semula termasuk mengambil kira caj upah dan operasi,” kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.

Baru-baru ini, pelbagai pihak termasuk peminjam menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap PTPTN kerana mengenakan caj tiga peratus daripada jumlah pinjaman yang perlu dibayar semula selepas pelajar menamatkan pengajian.

Berikutan itu, Majlis Fatwa Kebangsaan diminta menyemak caj tiga peratus itu bagi mengelak wujudnya unsur riba seperti didakwa oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Setakat ini terdapat hampir 1.14 juta peminjam PTPTN dengan nilai pinjaman mencecah RM23 bilion.

Bagaimanapun, sebanyak 49 peratus daripada mereka masih gagal membayar balik pinjaman yang berjumlah hampir RM708 juta.

Abdul Shukor berkata, perubahan caj perkhidmatan baru yang dikenakan nanti akan ditentukan oleh PTPTN melalui Kementerian Pengajian Tinggi setelah dibuat perkiraan semula.

STANBUL 28 Julai - Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh, sementara 154 yang lain cedera dalam dua kejadian letupan lewat malam tadi.

Kejadian itu berlaku sehari sebelum Mahkamah Agung Turki mengumumkan keputusan sama ada akan membubarkan atau tidak parti pemerintah, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP).

Letupan pertama berlaku di tempat pembuangan sampah di kawasan kejiranan Gungoren, manakala letupan kedua berlaku beberapa minit kemudian tidak jauh dari situ.

Menurut televisyen tempatan, letupan berkenaan berpunca daripada kebocoran gas.

Gabenor Istanbul, Muammer Guler, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan ia angkara Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

“Ini merupakan serangan pengganas dan dua letupan ini berpunca daripada bom yang diletakkan di dalam tong sampah.

“Jarak letupan pertama dan kedua ialah sekitar 10 hingga 12 minit dengan letupan kedua menyebabkan ramai yang terbunuh dan cedera,” katanya.

Menurut saksi, letupan kedua lebih kuat daripada yang pertama dan pihak berkuasa mengesyaki ia disasarkan untuk membunuh ramai mangsa.

“Letupan pertama menyebabkan orang ramai mengerumuni tempat itu dan kira-kira 10 minit kemudian berlaku letupan kedua yang lebih kuat.

“Bangunan tempat saya bekerja bergegar dan jumlah mereka yang cedera boleh dilihat sehingga 40 meter,” kata seorang seorang wartawan, Alaattin Hatayoglu kepada agensi berita Anatolia.

Mahkamah Agung Turki akan mengumumkan hari ini sama ada Parti AKP, yang pro-Islam dan mencapai kemenangan besar pada pilihan raya pada tahun lepas akan dibatalkan atau tidak.

Menurut pemerhati politik, jika mahkamah memutuskan untuk membatalkan parti tersebut ia boleh menimbulkan huru-hara serta memberi kesan dalam perbincangan negara sekular ini untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU).

Sementara itu, Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan menuduh pemberontak Kurdish bertanggungjawab melancarkan serangan itu.- AFP

http://www.utusan.com.my

Monday, July 21, 2008

Perkara yang perlu di tekankan

Walaupun baru tempoh 3 minggu penggal bermula, selaku seorang wakil pelajar tidak lekang dengan aduan daripada rakan-rakan mahasiswa. Antara anduan-aduan yang popular adalah berkaitan pengangkutan dan kemudahan di asrama.Tidak ketinggalan pula aduan-aduan dari rakan fakulti seperti pembayaran wang kerja lapangan, elaun berkaitan pelajar yang mengikuti latihan industri dan yang isu utama adalah berkaitan pemakaian vest keselamatan di waktu malam.

Assalamualaikum kepada rakan-rakan warga kampus.Nampak nya UTHM giat menjalankan program di awal semester ni.Selepas sahaja selesai Minggu Haluan Siswa,PC Fair dan kehangatan pesta konvo dan karnival Parit Raja yang keseluruhannya berjalan di kampus UTHM,kini tiba giliran Perpustakaan menganjurkan Karnival Ilmu 08. Program yang berjalan sehingga 23hb ni menawarkan pelbagai gerai dan pameran.Warga UTHM bertuah kerana adik Adi Putra bersama-sama kita sepanjang program perjalan.
Dan InsyaAllah pada malam ni,adik Adi Putra akan bersama dalam Forum Anjuran MMPUTH di dewak kuliah A.G3.Sama-sama kita memeriahkannya.

Wednesday, July 16, 2008

demi masa

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sudah agak lama saya tidak mengemaskinikan blog ini.Kesepitan waktu yang ada menyebabkan saya kurang berkesepatan dan mungkin dalam masa terdekat ini saya akan meneruskan beberapa nukilan untuk tatapan rakan-rakan khususnya warga kampus..