Saturday, August 16, 2008

Tahniah kepada para graduan!!!

Itulah ungkapan yang sesuai untuk di lontarkan atas keberanian mahasiswa UiTM menyatakan pendirian mereka berkaitan lontaran pendapat menteri besar Selangor untuk membuka kouta 10% kepada bukan bumiputra bagi melanjutkan pengajian di UiTM.Berarak dalam lingkungan 200 meter di sertai seramai lebih kurang 5000 mahasiswa merupakan suatu demonstrasi yang berjaya. Ikutkan hati mahu juga bersama-sama menyertai demostrasi aman tersebut. Tanpa sebarang gangguan dan di atur perjalan demonstrasi dengan baik. Siapa yang tak nak? Silap haribulan boleh keluar muka hadapan akhbar harian. Tahniah kepada ydp Uitm Shah Alam saudara Luqmanulhakim kerana berjaya memobalisasi ribuan mahasiswa dan mengawal demonstrasi dengan aman.Suatu demonstasi yang berjaya!!!


Tanpa rasa takut kepada mana-mana pihak, mahasiswa berani berhimpun. Suatu anjakan yang menarik. Berhimpun memperjuangkan kepentingan bangsa dan agama.Tetapi akan lebih menarik jika rakan-rakan mahasiswa sama-sama berhimpun memperjuangkan agama seperti himpunan bantahan terhadap keganasan Israel terhadap Palestin dan bantahan terhadap penghinaan karikatur Nabi S.A.W. Jika semua rakan-rakan mahasiswa khususnya di UiTM yang majoritinya terdiri daripada melayu beragama Islam berhimpun untuk kepentingan agama jua, 100% saya akan bagi sokongan kepada mereka.

Namun perlu di ingat supaya mahasiswa perlu mempunyai idealisma sendiri. Tindak tanduk mereka sebenarnya tidak di pengaruhi mana-mana pihak. Apapun tahniah kepada Mahasiswa UiTM Shah Alam kerana berjaya menyuntik kesedaran politik yang tinggi dan di harapkan kehadiran lebih kurang 5000 orang mahasiswa yang berhimpun adalah atas kesedaran mereka sendiri untuk kepentingan agama,bangsa dan Negara. Malah keseluruhan kampus mahasiswa setiap negeri mempunyai pendirian yang sama dan amatlah di harapkan perjuangan mereka tidak di pengaruhi mana-mana pihak.

Nampaknya mahasiswa sudah semakin berani hari ini. Teruskan lah perjuangan anda semua agar suara keramat anda tidak hanya mati di jalanan sahaja. Apa yang penting pendirian anda perlulah jelas agar keberanian anda bukan sekadar kosmetik tetapi mampu membantu kepimpinan Negara ke arah yang lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.

Wednesday, August 13, 2008

Kadar pinjaman PTPTN dikurangkan 2%

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan kadar baru pengiraan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) ialah satu peratus mulai 1 Jun lalu.

Mengumumkan demikian, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kadar satu peratus itu adalah kadar rata ke atas semua pinjaman peringkat pengajian.

Katanya, ia membabitkan semua bakal peminjam, peminjam sedia ada dan peminjam yang sudah tamat belajar tetapi belum selesaikan pinjaman.-berita harian

Friday, August 8, 2008

Sejahtera untuk semua

Alhamdulillah kita masih di panjangkan usia untuk bertemu semula dengan Ramadhan nanti.Insya Allah.Tidak sabar rasanya menuggu kehadirannya.Berketepatan di bulan sya'ban ini, diharapkan agar kita dapat menggarap pelbagai persediaan untuk di pertemukan dengan Ramadhan walaupun sebenarnya banyak perkara-perkara menarik samaada di peringkat nasional mahupun kampus berbangkit sejak akhir-akhir ini.

Bulan ogos ini sahaja sebenarnya menyimpan pelbagai peristiwa selain tarikh keramat kemerdekaan negara.Menariknya pada kali ini kedatangan Ramadhan sehari selepas tarikh kemerdekaan. Moga kemerdekaan kali ini di isi dengan penuh ketaqwaan dan tanda keinsafan kita dan berharap agar program-program berbentuk hiburan sewaktu sambutan kemerdekaan di minimakan demi menyambut kemuliaan Ramadhan itu sendiri.
tetapi jangan lupa pada pada bulan Ogos kali ini sebenarnya memang banyak perkara yang mungkin terjadi dan seperti kemungkinan AUKU di pinda,pengumuman tentang caj PTPTN,kemungkinan harga tiket naik dan sebagainya sesuai di jadikan perbualan di kalangan warga kampus.

Menariknya juga sebelum Ramadhan inilah gelanggang Permatang Pauh di buka dan kemungkinan kehangatannya dapat menyangi kehangatan Beijing 2008 pada kali ini.Sama-sama kita nantikannya. Walauapapun yang dapat saya tekankan di sini adalah sama-sama kita memelihara kesejahteraan dan keadilan negara dan berdoa agar negara berada dalam keadaan stabil dari segi ekonomi dan politik.
Kesejahteraan untuk semua!





01-08-2008 06:42:21 PM

PETALING JAYA: Perbuatan bertafakur, meletakkan kalungan bunga atau tabik hormat yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.

Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin membuat kenyataan ini ketika mengulas tentang istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan semalam yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah memulakan upacara meletakkan kalungan bunga itu, diikuti Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Terdahulu, Abdullah menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan penghormatan membabitkan 103 anggota dan pegawai Askar Melayu Diraja.

“Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan,” jelas Dr Asri.

Kata beliau lagi, perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati.

“Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin,” jelas Dr Asri.

Menurut Dr Asri, jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas.

“Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar,” katanya.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan halnya. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah patung-patung ini yang kamu berdiri di hadapannya (memujanya)? Mereka menjawab: “Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata”. (Surah al-Anbiya 50-54)”

Perbuatan menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara ini juga difahamkan melanggar Fatwa Mufti (Edisi 2008).

Di bawah SubSeksyen 36(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak mengikut SubSeksyen 39(6) Enakmen menyatakan, ” Meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan”

http://www.mstar.com.my

pada jam 4.00 pagi saya telah di kejutkan dengan bunyi siren yang berulang kali dan kelibat begitau ramai pengawal keselamatan di kolej kediaman Melewar. Setahu saya, selama 4 tahun saya menginap di Melewar,tiada pernah kami di kejutkan di tengah-tengah pagi dan berkumpul di kawasan lapang kolej kediaman.Tetapi hari ini berjaya di lakukan walaupun sebenarnya ramai yang "terkorban"!

Syabas kepada pengawal keselamatan kerana sempena minggu keselamatan ini, mereka berjaya melakukan suatu latihan dan pada pandangan saya agar latihan-latihan akan datang lebih "real" dan benar-benar berkesan apabila di laksanakan kelak. Untuk melihatkan latihan ini bukan sekadar latihan semata-mata, lebih moleknya selepas ini pihak keselamatan dan pusat Islam dapat mengerakkan mana-mana penghuni muslim agar sama-sama turun qiamulail setelah selesai latihan.Teringin juga melihat kampus UTHM ini di penuhi hamba-hamba yang beruzlah di tengah malam sama seperti keadaan di stadium Kelantan pada bulan Mac yang lepas !