Saturday, August 16, 2008

TAHNIAH MAHASISWA UiTM

Itulah ungkapan yang sesuai untuk di lontarkan atas keberanian mahasiswa UiTM menyatakan pendirian mereka berkaitan lontaran pendapat menteri besar Selangor untuk membuka kouta 10% kepada bukan bumiputra bagi melanjutkan pengajian di UiTM.Berarak dalam lingkungan 200 meter di sertai seramai lebih kurang 5000 mahasiswa merupakan suatu demonstrasi yang berjaya. Ikutkan hati mahu juga bersama-sama menyertai demostrasi aman tersebut. Tanpa sebarang gangguan dan di atur perjalan demonstrasi dengan baik. Siapa yang tak nak? Silap haribulan boleh keluar muka hadapan akhbar harian. Tahniah kepada ydp Uitm Shah Alam saudara Luqmanulhakim kerana berjaya memobalisasi ribuan mahasiswa dan mengawal demonstrasi dengan aman.Suatu demonstasi yang berjaya!!!


Tanpa rasa takut kepada mana-mana pihak, mahasiswa berani berhimpun. Suatu anjakan yang menarik. Berhimpun memperjuangkan kepentingan bangsa dan agama.Tetapi akan lebih menarik jika rakan-rakan mahasiswa sama-sama berhimpun memperjuangkan agama seperti himpunan bantahan terhadap keganasan Israel terhadap Palestin dan bantahan terhadap penghinaan karikatur Nabi S.A.W. Jika semua rakan-rakan mahasiswa khususnya di UiTM yang majoritinya terdiri daripada melayu beragama Islam berhimpun untuk kepentingan agama jua, 100% saya akan bagi sokongan kepada mereka.

Namun perlu di ingat supaya mahasiswa perlu mempunyai idealisma sendiri. Tindak tanduk mereka sebenarnya tidak di pengaruhi mana-mana pihak. Apapun tahniah kepada Mahasiswa UiTM Shah Alam kerana berjaya menyuntik kesedaran politik yang tinggi dan di harapkan kehadiran lebih kurang 5000 orang mahasiswa yang berhimpun adalah atas kesedaran mereka sendiri untuk kepentingan agama,bangsa dan Negara. Malah keseluruhan kampus mahasiswa setiap negeri mempunyai pendirian yang sama dan amatlah di harapkan perjuangan mereka tidak di pengaruhi mana-mana pihak.

Nampaknya mahasiswa sudah semakin berani hari ini. Teruskan lah perjuangan anda semua agar suara keramat anda tidak hanya mati di jalanan sahaja. Apa yang penting pendirian anda perlulah jelas agar keberanian anda bukan sekadar kosmetik tetapi mampu membantu kepimpinan Negara ke arah yang lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.

1 comments:

squall007 said...

TAHNIAH????

mungkin unkapan itu disampaikan berdasarkn pandangan masing2...begitu juga saya mempunyai tanggapan saya sendiri...

pada saya cadangan Tan Sri Khalid itu perlu diteliti oleh semua pihak sebelum sebarang demo atau ape jua bentuk bantahan kerana beliau tiada kuasa dlm menentukan hala tuju UITM...sebelum ini cadangan yg sama pernah diutarakan semasa Tun Mahathir menjadi PM..dan saya tidak nampak pula bantahan dari pelajar mahupun pensyarah dari UITM bahkan pihak pembangkang yang menolak cadangan tersebut...

Maka timbullah persoalan dlm fikiran saya...adekah demostrasi tersebut adalah bersifat politik semata-mata atau dtg dari dlm diri pelajar tersebut???
Jika cadangan yang sama dtg drpd Pak Lah...adakah pelajar UITM akan membuat perkara yang sama??
renungkan...