Friday, October 31, 2008

Cerita awal zulkaedah


siapakah sebenarnya yang ditugaskan untuk menyampaikan syiar islam di sesuatu kawasan? Adakah ianya tugas jabatan agama semata-mata? atau hanya peranan pusat islam atau badan-badan dakwah tertentu sahaja?.Jika mereka sahaja yang berperanan,adakah mampu dakwah itu di sampaikan secara menyeluruh?

Dalam kesibukan kita membuat persediaan menghadapi peperiksaan, kadang-kandang saya terfikir keatas kedhaifan diri ini.Apakah tanggungjawabku sebagai seorang muslim?Memang benarlah dari segi pengurusan berkaitan agama, jabatan-jabatan tertentu yang bertanggungjawab menguruskannya, tetapi adakah kita yang di yang di berikan sedikit kesedaran berkaitan agama haruslah memahami peranan kita dalam menyebarkan syiar islam ini.




Hari ni saya solat jumaat di sebuah masjid di sekitar parit Raja. Dalam keadaan hujan yang renyai-renyai tetap menggagahkan diri untuk menunaikan tuntutan agama tersebut. Alhamdulillah kehadiran jemaah tetap dalam keadaan ramai walaupun keadaan hujan masih tidak reda. Jikalah keseluruhan umat islam di sekitar kawasan ini dapat hadir solat subuh berjemaah seramai solat jumaat,hanya kata-kata syukur yang dapat ku panjatkan.Berbalik pada solat jumaat tadi, waktu beginilah khatib kena memainkan peranannya dalam menyampaikan syiar islam dengan semaksima mungkin.

namun mungkin ada sedikit kekurangan tentang pengisiaan khutbah tadi. Persoaalan khutbah hanya berlegar atas hukum haram dalam berjudi,keberkatan tidak berjudi dan sebagainya. Setahu saya, ketika sekolah rendah lagi kita telah memahami hukum-hukum tersebut. Dan memang jelas yang judi itu adalah haram.Bukan nak menafikan tentang positifnya pengisian khutbah tadi, cumanya mungkin boleh di tambah baikkan dengan memberi cadangan tentang cara-cara untuk menghindari judi tersebut. Mungkin dengan cara meminimakan pusat-pusat judi dan jika mampu, menutup seluruhnya pusat judi dan kedai nombor di negara ini. Mungkin itu lebih berkesan rasanya.

Walaubagaimanapun, syukur Alahamdulillah rasanya bila melihat bandaraya parit raja bebas dari pusat perjudian dalam pemerhatian saya setakat ini. Sebelum ini kilihatan juga kelibat sebuah kedai nombor, tetapi itu dulu ketika ku mula-mula menjejak je bumi parit raja. Sekarang rasanya dah tiada lagi. Kesedaran ini lah yang kita mahukan. satu lagi, rasanya pengisian kutbah tadi mungkin boleh di perluaskan konsepnya dan lebih sesuai cenderung dalam menyentuh isu semasa.

Contohnya sekarang ini tengah hangat tentang pemilihan sebuah parti politik melayu islam tertua di Malaysia. Pemilihan parti ini sebenarnya secara tidak langsung adalah pemilihan bagi mereka yang akan menerajui sebuah negara. Maknanya mereka yang terpilih sedia memegang amanah yang lebih besar dalam mentadbir sebuah jemaah politik dalam masa yang sama meneraju negara. Jadinya kita kena prihatin dengan perkara ini sebagai masyarakat yang memberikan mandat pada mereka.Tetapi rasanya ada sedikit rasa kurang enak apabila timbul istilah politik wang dalam pemilihan ini. Adakah amanah dapat di beli dengan wang walhai ianya adalah suatu tanggungjawab yang memerlukan sepenuh perhatian tanpa ada agenda tersembunyi.Apapun yang ingin saya yang sangat besar. Apakah bezanya politik wang dengan rasuah? dari istilah adalah berbeza tetapi dari segi hukum mungkin adalah sama. Oleh itu,benda ini yang perlu di tekankan dalam khutbah agar semua pihak akan perihatin tentang hukum menerima dan memberi politik wang ini.

Mungkin cerita solat jumaatku berhenti setakat di sini. Aku ingin mengalih perhatian tentang pengalamanku bersolat magrib di sebuah surau. Di sebabkan kelewatanku menjamah makan malam di sebuah warung tadi, terpaksalah aku bermagrib di surau berhampiran. Jika pulang ke melewar pun mungkin tidak sempat berjemaah dengan ahli kariah. Jadinya ku mengambil keputusan untuk solat di surau berhampiran warung tadi.Hanya kelibat jemaah yang sudah berusia di surau tersebut.mahasiswa? WALLAHU A'LAM. Mungkin mereke kesibukan dalam mengulangkaji pelajaran.


Surau yang ku singgah untuk bersolat magrib tadi hanya beberapa ratus meter dari kawasan penginapan rakan-rakan mahasiswa yang menetap di luar asrama. Mungkin ramainya mencecah dalam lingkungan 50 orang. Tapi itu bukan persoalannya. Cumanya yang mungkin kita boleh di jadikan renungan bersama adalah kehadiran jemaah magrib di surau tersebutkhususnya mahasiswa yang bergelar syabab.Adakah ganjaran yang Allah berikat bagi mereka yang bersolat berjemaah di gandakan pahala sehingga 27 kali ganda bukan suatu tawaran menarik?

marilah kita muhasabah bersama tentang perkara ini.Moga di permudahkan urusan dalam setiap perkara khususnya yang berkaitan dalam menyebarkan dakwah ini..

1 comments:

v said...

cerita yang menarik..
cuma kurang 1 dua perkara..
kalo boleh, masukkan sekali cadangan macam mana nak dakwah supaya mahasiswa lebih peka sikit nak ke masjid nie.. nak jugak sekali sekala dengar remaja/mahasiswa yang bang subuh... Allahu'alam...