Thursday, December 18, 2008

aku bercutikah dari menulis?

salam perjuangan kepada semua mahasiswa.
agaknya terlalu lamaku memperbaharui artikelnya..Namunku akan terus mengulas isu-isu terkini di kampus dan nasional dalam masa terdekat..di harapkan ku dapat kembali mengaktifkan blog ini...
adios

Saturday, November 22, 2008

catatan seorang mantan

Adakah penulis mewakili pro M di uthm?mungkin ini menjadi tanda tanya tetapi dari mana penulis berada, dia tetap mewakili suara mahasiswa. Justeru apakah sumbangan penulis? Catatan ini di buat adalah utk muhasabah diri penulis dan membolehkan rakan2 mengetahui apakah tindakan yg telah penulis buat sepanjang di amanahkan sebagai MPP 07/08.

Program
Minggu aspirasi sahsiah (t. pengarah)
Minggu Haluan Siswa 08/09 ( pengarah)

Aktiviti dan kebajikan.
1.Membuat permohonan untuk m,endapatkan cuti tambahan untuk membuang undi ketika pilihanraya 8 mac lalu. Di luluskan di peringkat universiti pada hari jumaat( 7 mac) dan memo telah di keluarkan.

2.Memberi cadangan dlm mesyuarat bersama fakulti awam dalam pembaikan system pendaftaran online khusus untuk FKAAS. Alhamdulillah ada penambahbaikan.
Membantu exco pengaduan awam untuk di mempertengahkan isu pengangkutan.

3.Menerima byk aduan dr pelajar baru khususnya di melewar. Cuba pertengahkan perkara ini dan Alhamdulillah ada perubahan dlm system pengangkutan.

4.Berbincang berkaitan isu vest keselamatan. Untuk maklumat semua, penggunaan vest keselamatan telah di luluskan di peringkat senat.(meruluk kpd memo yg telah di tampal sekitar kampus) Oleh itu, di peringkat penulis selaku perwakilan pelajar, hanya mampu mengutarakan cadangan & ketidak sesuaian dlm isu ini berdasarkan huja2 yg shahih setiap kali vpertemuan dgn TNC. Walaupun vest keselamatan telah dikuatkuasakan tetapi masih tiada tindakan jika tidak menggunakannya dan penulis beranggapan pihak universiti masih memberi kelonggaran dalam perkara ini.

5.Membantu rakan se faklulti dlm masalah berkaitan pembayaran kerja lapangan (survey camp) pada waktu cuti semester untuk di tangguhkan pada semester berikutnya. Mendapat respon baik dr pegurusan fakulti dan di benarkan pengguhan pembayaran tersebut.
sebagai seorang wakil mahasiswa yg muslim, penulis menjadikan Surau dan masjid sebagai tempat bersama student. Di samping itu maklumat brerkaitan kegiatan MPP dan sebagainya dapat di hebahkan di surau.

6.Selain itu ada membuat pertemuaan dgn pelajar non-muslim secara tidak langsung di tmpt menunggu van melewar berkaitan masalah pengangkutan.

7.Sebagai memegang port folio “pembangunan mahasiswa” merangkap NYDP 2, seharusnya penulis yg dhaif perlu mengislahkan diri ini dalam meningkatkan sahsiah yg lebih baik. Sebelum kite minta org berbuat baik, seharusnya kita yg memulakannya dulu.


Apa yg di coretkan adalah berdasarkan catatan peribadi penulis. kekurangan amatlah dikesali dan sebarang komen boleh di ajukan dalam arti ini. Menjadi seorang perwakilan pelajar adalah medan untuk penulis mengislahkan diri di samping menjadikan agenda kebajikan dan keadilan sebagai method utama seperti yg di sarankan oleh agama. Justeru, penulis berpegang pada kalam Allah Dalam surah Muhammad.

”jika kita menolong (agama )Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”

Khalifah yg dhaif…

Friday, November 14, 2008

NC baru ziarah kediaman mahasiswa.

Inilah cerita yang dapat saya kongsikan bila mana Naib Cencelor baru menziarahi kediaman mahasiswa tanpa asrama pada malam rabu lepas. Kebetulan kediaman mahasiswa yang di ziarahi merupakan rakan seangkatan sewaktu berkhidmat sebagai jawatankuasa kolej kediaman melewar sesi 06/07. Di sini dapat saya coretkan apa yang di ceritakan oleh beliau dan sesungguhnya ziarah tersebut adalah sesuatu yang tidak di sangkakan. Mujurlah kehadirannya selepas waktu isya’ dan kebetulan sahabat saya ini baru pulang dari solat isya’ berjemaah di surau berhampiran. Jika tidak, mungkin Naib canselor dan beberapa pegawai tidak sempat bersapa dengan tuan empunya rumah tersebut.


Selain naib canselor, ziarah dari pegawai universiti turut di iringi oleh pengetua pelajar tanpa asrama dan ketua penolong pendaftar pejabat hal ehwal pelajar dan felo. Alhamdulillah dalam beribu-beribu pelajar yang menginap di luar asrama (kalau tidak silap saya bilangannya) rumah sahabatku lah yang mereka lawati. Memang sungguh perihatin pihak universiti yang sanggup menziarah kerumah tersebut.

Lawatan yang di jalankan pada malam kelmarin mungkin dapat di jadikan pemangkin kepada staff dan felo pelajar tanpa asrama agar lebih prihatin menziarah rumah mahasiswa-mahasiswi yang lain. Sekurang-kurangnya mereka dapat memantau pergaulan yang bagi saya agak bebas apabila ada sesetengah mahasiswa yang study di rumah rakan yang berlainan jantina dan sebagainya. Walaupun kadang-kadang kelibat mereka yang study bersama berada di luar anjung rumah, tetapi pada natijahnya tindakan mereka adalah salah dan di khuatiri menjadi fitnah kepada jiran setempat.

Justeru, kepada rakan-rakan mahasiswa yang yang berstatus pelajar tanpa asrama, tidak mustahil rumah anda di ziarahi oleh pegawai tanpa asrama universiti hatta Dato’ Naib Cancelor sendiri pada masa akan datang. Oleh itu, sila pastikan rumah anda :
1. Elakkan study di rumah yang bukan sejantina.(walaupun sekadar di halaman rumah)
2. Pastikan rumah sentiasa dalam keadaan kemas dan teratur.
3. Elakkan membuat perkara-perkara tidak berfaedah di dalam rumah.
4. Pastikan cd,dvd video yang tdak bermanfaat di jauhkan dari rumah anda. kawal penggunaan internet (yang menggunakan steamix) di rumah sewa anda.
5. Perbanyakkan memiliki kuliah-kualiah agama yang menceritakan bab aqidah, ibadah dan sebagainya untuk mendekatkan kita dengan Allah.

Kesimpulannya,pihak universiti sebenarnya sayangkan anda semua. “Mereka umpama ayahanda dan bonda yang sentiasa merisaui tingkah laku anaknya yang tinggal berjauhan”.Oleh itu, Janganlah mengganggap keperihatinan mereka suatu masalah tetapi sebagai sesuatu bentuk kasih sayang dalam membentuk kita menjadi generasi muda yang menjadi harapan agama, bangsa dan negara.


Firdaus
Mantan mpputhm 07/08
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM).

Thursday, November 13, 2008

coretan seorang YB (yang berkhidmat)



Tersentuh bila membaca perihal seorang YB (yang berkhidmat) ini.Beliau benar-benar faham atas tanggungjawabnya. Selaku seorang yang pernah menjadi YB di kampus,rasanya banyak lagi kekurangan di diriku ini.Ya Allah, hambamu ini memang dhaif dalam pengurusannya dan menjaga kebajikan rakan-rakan. Berikanlah kekuatan untuk dia memperbaiki dirinya dalam masa yang sama tetap teguh dengan prinsipnya sebagai pencinta AgamaMU.


dari YB titiwangsa
Misi Kami Prihatin membawa balik 2 orang Pelajar Perubatan yang cedera parah dalam kemalangan jalan raya di Makassar, Indonesia:

Pada hari Khamis pagi saya telah menerima panggilan dari anak saya Sakinah yang belajar di Universiti Hasanuddin, Makassar yang dlm suara 'distress' memaklumkan 2 orang junior dia telah cedera parah dalam MVA atau motor vehicle accident pada Isnin malam Selasa dihadapan Hospital Ibnu Sina. Mereka berdua jatuh dari motosikal yang dinaiki kerana jalan licin dalam keadaan hujan. Kedua2 mereka terus tidak sedarkan diri, Aimie tercampak atas jalan,

http://docpearl.blogspot.com/


" Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah memandangkan ia tidak sesuai dengan tahap umur pelajar yang masih terlalu muda.

"Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat," katanya selepas merasmikan Program Pertukaran Pelajar ASEAN (ASEP) 2008 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur hari ini.
- http://www.malaysiakini.com/news/92879





Dari hasan, bahawa Rasulullah SAW bersabda ;
" Ingatlah maut, kepedihan dan sakitnya," beliau bersabda, "Maut itu sama dengan tiga ratus pukulan pedang." Pernah Rasalullah SAW di tanya tentang maut dan kedasyatannya. Baginda menjawab, "sesungguhnya maut yang teringan bagaikan kawat jeruji menjerat kambing. Bila kambing terlepas pasti ada bulu yang menyangkut padanya. " Pernah Rasulullah SAW berjumpa orang sakit lalu berkata, " Aku tahu, bahawa keringat yang keluar darinya adalah sakitnya ketajaman maut!"

Marilah sama-sam berdoa agar pak menteri terbabit dan org yang buat laporan di lembutkan hati mereka agar menerima agama Allah ini sepenuhnya. Sesunguhnya dengan mengigati mati kita akan dapat mendekatkan diri lagi dengan Allah.. Mati tak kenal usia kawan2.

TETAPI INGAT
Andailah cikgu itu di kenakan apa2 tindakan atas tindakannya, umat Islam yang sayangkan Agama Allah ini dengan sepenuhnya haruslah bangkit!!!!



rujukan :
kitab penenang jiwa imam Al- Gazali terjemahan mukashafah Al-Qulub.

Friday, November 7, 2008

alahai khalwat

Sejak tercetus isu khalwat melibatkan pasangan pelakon popular,di dada-dada akhbar khususya akbar yang terlaris di negaraku ini tidak berhenti-henti mengikuti dengan penuh minat berkaitan isu khalwat ini. Bagi ku, isu khalwat ini akan menjadi polular bila mana ianya melibat orang-orang yang di kenali dan berpengaruh. Tidak kisahlah dari mana dantangnya isu ini sam ada ianya melibat artis, anak orang berpengaruh dan sebagainya, semesti ianya akan bila melibatkan polupar.Sehinngakan ianya menarik minat mufti Perlis untuk mengulas perkara ini dan di tajikah tazkirah (peringatan) bersama. Justeru apa yang dapat saya huraikan di sini adalah kemungkaran yang berlaku di depan mata kita haruslah di selesaikan bersama daripada mencari sendiri kemungkaran yang yang belum pasti kezahirannya.

wallahua'lam.


Bila Yang Nyata Dibiar, Yang Tersembunyi Dicari
Isu Semasa Print This Post Email This Post
Beberapa hari lalu apabila saya membaca muka depan sebuah akhbar yang mendedahkan tangkapan khalwat ke atas individu tertentu yang dilakukan oleh jabatan agama dan disiarkan secara ‘promosi maruah’ oleh akhbar tertentu saya teringat kepada kenyataan saya pada peringkat awal saya menjadi mufti dua tahun lepas yang membantah tajassus atau mengintip.
Masa itu saya baru sahaja hendak dikenali oleh sesetengah masyarakat negara ini. Sesetengah pihak mengambil kesempatan untuk mengkritik saya dan menganggap itu pandangan yang ‘menghalalkan’ maksiat. Demikian segelintir kelompok manusia yang cepat menghukum tanpa berfikir dan menilai.
Hari ini saya hanya tinggal sebulan lagi berada atas jawatan mufti, isu khalwat kembali menjadi tajuk besar media. Saya sudah banyak kali mengulas, namun biarlah saya sentuh lagi sebagai tazkirah isu ini untuk kali yang akhir ketika masih memegang jawatan.
Dalam hadis Muslim, seorang lelaki datang kepada Nabi saw dan berkata:
“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.”
Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya:
“Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.
Nabi saw tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi saw menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya)
“Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114).
Maka ada seorang bertanya:
“Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?
Jawab Nabi saw:
“Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.
Demikianlah hadis ini menggambarkan Nabi SAW tidak mendedahkan keaiban orang lain selagi keburukan itu tidak dilakukan secara terang-terang. Juga, amalan soleh seperti solat boleh menghapuskan keburukan yang dilakukan. Ya, Islam memang mengharamkan zina dan maksiat seks. Namun, Islam juga mengharamkan mendedahkan aib orang lain yang bersifat peribadi dan tidak mengancam keselamatan awam dan empunya berusaha menutupinya.

sambungan seterusnya...

Saturday, November 1, 2008

Permata yang di cari

Selalunya lagu ini sinonim dalam mengambar seseorang yang mungkin dijadikan pilihan dalam membina rumahtangga. Tetapi ada sedikit kelainan bila melihat video ini. Sungguh tersentuh rasa di hati bila melihat video ini lebih-lebih lagi di satukan dalam sebuah lagu yang sungguh menarik. Harap dapat di kongsi dengan semua. Saya pasti, bukannya rasa taksub sehinggakan video ini di hasilkan , tetapi ini merupakan tanda kasihnya kepada pemimpin yang memperjuangkan islam walaupun berhadapan dengan pelbagai ujian. Selagi mana seseorang itu komited dalam memperjuangkan Islam, selagi itu rasa kasih kepadanya amat di tuntut disamping kasih yang tidak berbelah bagi keatas junjungan besar kita Nabi Muhamad S.A.W.Sesungguhnya Ulama' itu adalah pewaris nabi.

Di antara komen-komen yang dapat ku sisipkan ketika melihat vedio ini. Sangat2 menyentuh hatiku.
"Moga Allah memelihara pemimpim islam seperti Tuan Guru ni. Amin"


"sejuk mata bla pndg wajah tok guru di kb bru2 ni..kalaulah semua pmimpin msia ni mcm tok guru alangkah baiknya"

"alhamdulillah kita semestinya bersyukur kerna Allah taala telah memberi seorang tokoh ulama dan ahli politik islam kpd negeri kelantan khasnya dan Malaysia amnya. disegani kawan dan lawan tiada orang yg dpt menggantikan tok guru. jadi marilah membangun bersama IslamAllah AKbar"

"Semogo Allah melanjutkan usia Tok Guru and memelihara kesihatan beliau. Amin."

"ameen...namun andaikata Tok Guru dipanggil untuk kembali ke alam baqa... sama2 lah kita doakan semoga akan muncul lebih ramai lagi jiwa2 seperti Tok Guru yang kita kasihi ini "

"Ya ALLAH Ya tuhanku, Aku tidak berdaya lagi untuk menjaga agamaMu di Kelantan ini Ya Allah, kerana amat kuat serangan yang datang dari pelbagai cara, Oleh itu Aku meminta kepadamu Ya Allah, Kau pertahanku agamuMu, sebagaimana Engkau pertahankan rumahMu dari serangan tentera abrahah"

Doa Tok Guru

moga menjadi pedoman untuk semua.

pencinta ma'ruf

Friday, October 31, 2008

Cerita awal zulkaedah


siapakah sebenarnya yang ditugaskan untuk menyampaikan syiar islam di sesuatu kawasan? Adakah ianya tugas jabatan agama semata-mata? atau hanya peranan pusat islam atau badan-badan dakwah tertentu sahaja?.Jika mereka sahaja yang berperanan,adakah mampu dakwah itu di sampaikan secara menyeluruh?

Dalam kesibukan kita membuat persediaan menghadapi peperiksaan, kadang-kandang saya terfikir keatas kedhaifan diri ini.Apakah tanggungjawabku sebagai seorang muslim?Memang benarlah dari segi pengurusan berkaitan agama, jabatan-jabatan tertentu yang bertanggungjawab menguruskannya, tetapi adakah kita yang di yang di berikan sedikit kesedaran berkaitan agama haruslah memahami peranan kita dalam menyebarkan syiar islam ini.




Hari ni saya solat jumaat di sebuah masjid di sekitar parit Raja. Dalam keadaan hujan yang renyai-renyai tetap menggagahkan diri untuk menunaikan tuntutan agama tersebut. Alhamdulillah kehadiran jemaah tetap dalam keadaan ramai walaupun keadaan hujan masih tidak reda. Jikalah keseluruhan umat islam di sekitar kawasan ini dapat hadir solat subuh berjemaah seramai solat jumaat,hanya kata-kata syukur yang dapat ku panjatkan.Berbalik pada solat jumaat tadi, waktu beginilah khatib kena memainkan peranannya dalam menyampaikan syiar islam dengan semaksima mungkin.

namun mungkin ada sedikit kekurangan tentang pengisiaan khutbah tadi. Persoaalan khutbah hanya berlegar atas hukum haram dalam berjudi,keberkatan tidak berjudi dan sebagainya. Setahu saya, ketika sekolah rendah lagi kita telah memahami hukum-hukum tersebut. Dan memang jelas yang judi itu adalah haram.Bukan nak menafikan tentang positifnya pengisian khutbah tadi, cumanya mungkin boleh di tambah baikkan dengan memberi cadangan tentang cara-cara untuk menghindari judi tersebut. Mungkin dengan cara meminimakan pusat-pusat judi dan jika mampu, menutup seluruhnya pusat judi dan kedai nombor di negara ini. Mungkin itu lebih berkesan rasanya.

Walaubagaimanapun, syukur Alahamdulillah rasanya bila melihat bandaraya parit raja bebas dari pusat perjudian dalam pemerhatian saya setakat ini. Sebelum ini kilihatan juga kelibat sebuah kedai nombor, tetapi itu dulu ketika ku mula-mula menjejak je bumi parit raja. Sekarang rasanya dah tiada lagi. Kesedaran ini lah yang kita mahukan. satu lagi, rasanya pengisian kutbah tadi mungkin boleh di perluaskan konsepnya dan lebih sesuai cenderung dalam menyentuh isu semasa.

Contohnya sekarang ini tengah hangat tentang pemilihan sebuah parti politik melayu islam tertua di Malaysia. Pemilihan parti ini sebenarnya secara tidak langsung adalah pemilihan bagi mereka yang akan menerajui sebuah negara. Maknanya mereka yang terpilih sedia memegang amanah yang lebih besar dalam mentadbir sebuah jemaah politik dalam masa yang sama meneraju negara. Jadinya kita kena prihatin dengan perkara ini sebagai masyarakat yang memberikan mandat pada mereka.Tetapi rasanya ada sedikit rasa kurang enak apabila timbul istilah politik wang dalam pemilihan ini. Adakah amanah dapat di beli dengan wang walhai ianya adalah suatu tanggungjawab yang memerlukan sepenuh perhatian tanpa ada agenda tersembunyi.Apapun yang ingin saya yang sangat besar. Apakah bezanya politik wang dengan rasuah? dari istilah adalah berbeza tetapi dari segi hukum mungkin adalah sama. Oleh itu,benda ini yang perlu di tekankan dalam khutbah agar semua pihak akan perihatin tentang hukum menerima dan memberi politik wang ini.

Mungkin cerita solat jumaatku berhenti setakat di sini. Aku ingin mengalih perhatian tentang pengalamanku bersolat magrib di sebuah surau. Di sebabkan kelewatanku menjamah makan malam di sebuah warung tadi, terpaksalah aku bermagrib di surau berhampiran. Jika pulang ke melewar pun mungkin tidak sempat berjemaah dengan ahli kariah. Jadinya ku mengambil keputusan untuk solat di surau berhampiran warung tadi.Hanya kelibat jemaah yang sudah berusia di surau tersebut.mahasiswa? WALLAHU A'LAM. Mungkin mereke kesibukan dalam mengulangkaji pelajaran.


Surau yang ku singgah untuk bersolat magrib tadi hanya beberapa ratus meter dari kawasan penginapan rakan-rakan mahasiswa yang menetap di luar asrama. Mungkin ramainya mencecah dalam lingkungan 50 orang. Tapi itu bukan persoalannya. Cumanya yang mungkin kita boleh di jadikan renungan bersama adalah kehadiran jemaah magrib di surau tersebutkhususnya mahasiswa yang bergelar syabab.Adakah ganjaran yang Allah berikat bagi mereka yang bersolat berjemaah di gandakan pahala sehingga 27 kali ganda bukan suatu tawaran menarik?

marilah kita muhasabah bersama tentang perkara ini.Moga di permudahkan urusan dalam setiap perkara khususnya yang berkaitan dalam menyebarkan dakwah ini..

Wednesday, October 29, 2008

terima kasih mahasiswa UTHM

Terima kasih terhadap rakan2 mahasiswa yang memberikan komen dan pandangan dalam kepimpinan saya dalam sesi 2007/08. Sama ada saya mengenali rakan-rakan secara rapat atau tidak , anda semua adalah sahabat saya kerana anda yang memberi undi kepada saya sehingga terpilihnya saya dalam mewakili anda semua. Buat masa ini,saya tidak dapat memberi jawapan sebaik mungkin seperti mana yang prihatin bertanyakan progress dan tindakan dalam tugas yang di amanahkan.

Untuk permulaanya,hayatilah lagu yang akan saya tujukan ini sebagai jawapan awal saya selaku seorang yang dhaif dalam kepimpinan dan dalam masa yang sama sebaga seorang mahasiswa sama seperti anda semua. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuan 4BFB, anta semua adalah "teman" saya walaupun terlalu banyak usikan dan gurauan dari anda..


Maafkan Teman

Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak
yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tak diundang

Bertahun kita melangkah bersama
Sela cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda janji pada agama
Kitakan terus mara
Biarpun badai yang datang melanda

Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
Segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati
Ingin dilepaskan beban ini

Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada
Janji kita yang dibina

Semoga bersama kitakan dirahmati
Oh teman....

Saturday, October 25, 2008

sang murobbi

sebuah perjuangan yg menarik...harus di tonton

Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk bernafas di kala artikel ini di tulis.Betapa besarnya nikmat Allah ini.Rasanya terlalu lama saya tidak memberi respon tentang isu-isu kampus memandangkan di kala ini mahasiswa bertungkus lumus dalam menyusun stategi dalam menghadapi final exam.Kepada rakan2 FKAAS final year, di sini saya akan berkongsi hari2 yg perlu kita tempuhi di kala final nanti...Somoga suksess bersama..

Exco Agama Johor Selamatkan Anak Kes Khalwat
Friday, October 17 @ 17:03:05 MYT oleh TokPenghulu


Kiriman Pak Malau Mersing

Anak lelaki kepada Exco Hal Ehwal Agama Johor, Dato Zainal Abidin bin Osman telah ditangkap khalwat pada bulan Ogos 2008 di sebuah hotel di Johor. Anak lelakinya itu sekarang sedang belajar di Universiti Tun Husin Onn Batu Pahat (UTHO).

Anak lelakinya itu ditangkap bersama pasangannya yang juga seorang pelajar di UTHO. Malangnya sehingga hari ini 14 Oktober 2008, tiada tindakan diambil, anak YB dibiarkan lepas.Malangnya Dato Zainal Abidin telah menyalahgunakan kuasa supaya Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) tidak mengambil tindakan terhadap kes ini.

Pengarah JAIJ Dato Zalil bin Baron telah mengarahkan peguatkuasa JAIJ mendiamkan diri dan tindakan tidak diambil terhadap anak exco ini. Bagaimanapun kes ini tidak dapat dirahsiakan lagi, ramai orang sudah tahu termasuk ahli UMNO.Apabila didesak oleh orang-orang tertentu, Dato Zalil menyatakan beliau tidak tahu menahu tentang kes ini, dan mula berpura-pura menyalahkan penguatkuasa pula. Kononnya penguatkuasa tidak mahu bertindak, sedangkan Dato Zalil yang menghalang kes ini dari diteruskan. Kami mendapat maklumat, Dato Zalil sudah mengetahui kes ini sehari selepas tangkapan dilakukan, beliau tidak boleh menipu lagi, buktinya ada.
Diharapkan Dato Zainal (yang juga ADUN Endau UMNO) dan Dato Zalil Baron, jalankan tugas dengan baik, menjaga nama baik jabatan.....Orang kerja kilang boleh kena dakwa, mentang-mentang anak YB exco boleh lepas begitu saja.... mana keadilan.
Daripada : Pak Malau Mersing

Terkejut bila terbaca artikel ini. Walaupun berita ini datangnyanya dari saluran media utama, tetapi berita yang hendak di sampaikan sedikit sebanyak terkena tempiasnya kepada mahasiswa UTHM (walaupun dalam artikel di tulis UTHO). Tidak kisahlah dari mana asalnya keluarga si pesalah tetapi selaku mahasiswa UTHM dan jika benar beliau besalah, hukuman tetap harus di kenakan. Walaupun melihat isu ini agak sensitif kerana melibatkan anak orang berpengaruh,tidak perlu berlaku double standard dalam menagani isu tersebut. Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM perlu melakukan siasatan segera dan mengambil tindakan yang tegas. Hukuman yang di jatuhkan seharusnya sama seperti pesalah-pesalah lain.Harap pihak HEP tidak mengambil mudah akan perkara ini....



Panglima TLDM, Shah Rukh terima gelaran Datuk Wira, Datuk

11/10/08 www.bharian.com MELAKA: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Datuk Abdul Aziz Jaafar dan artis Bollywood, Shah Rukh Khan adalah antara 758 pemerima anugerah dan pingat sempena Harijadi Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-70, esok. Aziz menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Wira manakala Shah Rukh menerima Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk.

Sedikit nada terkejut bila mendapati seorang ikon filem bollywood mendapat gelaran datuk yang bagi pandangan saya adalah seseoarang yang tidak mmnberi apa-apa sumbangan untuk negara melainkan membantu berkembangnya gejala hindonisme di negara ini. Adakah kita mengenali siapakah "Datuk" Shah Rukh Khan ? adakah dia anak jati Malaysia, ataupun seorang yang berjasa untuk negara, ataupun seseoarang yang bersama nenek monyang kita dalam memperjuangkan kemerdekaaan?

Siapapun beliau, secara peribadinya saya tidak bersetuju sama sekali jika pengiktirafan di beri kepada beliau sehingga mendapat gelaran "datuk". Apapun ulasan yang di berikan kerajaan negeri Melaka, saya beranggapan pengiktiran yang di berikan sehingga mendapat gelaran datuk adalah tidak wajar memandang beliau bukanlah ikon yang boleh dijadi ikutan warga Malaysia khususnya dlam pembinaan modal insan.

Tidak di nafikan kehebatan beliau di layar perak dalam melakonkan pelbagai watak tetapi siapakah belaiu sehingga layak mendapat gelaran tersebut? Selaku mahasiswa, saya beranggapan bahawa ramai lagi golongan intelektual, bekas-bekas perajurit dan mana-mana warga negara yang lebih layak mendapat anugerah tersebut khususnya dalam perjuangan memepertahankan tanah air.

Adakah ini bermakna virus hindonisme akan terus menular memandangkan pengiktirafan terhadap golongan seni bukan warga Malaysia adalah suatu titik permulaan pemikiran warga negara khususnya anak muda di serap dengan virus asyik berhibur. Walaupun beliau popular dengan kemunculan pelbagai filem bollywood yang polular seperti Kuchi-Kuchi Hota Hai, Mohabbaitain dan pelbagai lagi, gelaran datuk yang di terima oleh beliau sebenarnya membuka minat saya untuk mengenali siapakah beliau sebenarnya.

Dan sesuatu yang mengejutkan lagi apabila mengetahia beliau merupakan seorang muslim tetapi berkahwin dengan seorang wanita hindu dan status agamanya adalah amat di ragui. Justeru selaku seorang muslim pula, seharusnya seseorang seperti beliau tidak di iktiraf lebih-lebih lagi pengiktirafan adalah dari sebuah nega Islam. Moga kita semua di beri petunjuk oleh Allah dan saya tidak mahu bersubahat dalam mengiktiraf seseoarang yang yang mempunyai tahap akidah agama yang begitu rendah!! "Nauzubillah"


www.firdaus-selatan.blogspot.com

Tuesday, October 7, 2008

Salam Aidilfitri

Wednesday, September 17, 2008

Permainan 16 September,apa kesudahannya?

Tertarik dengan pelbagai isu di samping keadaan politik muthakhir ini yang tidak berapa stabil dek penangan i6 Sept DSAI,banyak andaian dah mula di gambarkan.Bermulanya penahanan beberapa individu di bawah ISA,perletakan jawatan Zaid Ibrahim, himpunan DSAI di stadium Kelana Jaya yang mencecah belasan ribu(mungkin lebih),Teguran TGNA ke atas cikgu pa,penukaran port folio menteri kewangan kepada menteri pertahanan antara pak lah dengan najib tun razak,pengishtiharan SAPP keluar dari BN dan yang terkini penahan blogger di bawah akta hasutan semuanya mewarnai permainan politik tanah air.
Cumanya tidak ingin saya mengulas panjang isu-isu tersebut tetapi sekadar peringatan buat semua muslimin bahawa walau apa pun terjadi, di penghujung Ramadhan Kareem ini ada sesuatu perkara yang benar-benar akan terjadi iaitu Kehadiran Malam "LAILATUL QADR".Marilah sama-sama kita melancarkan jihad terhadap diri ini untuk mengabdikan diri kepada Allah dan seterusnya di pertemukan dengan dengnn malam yang "lebih baik dari seribu bulan" ini..Amin.....

Tuesday, September 9, 2008

mahasiswa dan ramadhan

Assalamualaikum w.b.t
terasa lama diriku tidak menulis dalam blog ini.bukannya ku tidak mengikuti perkembangan semasa, tetapi mungkin ku kini lebih menjadi pembaca yang setia dan menjadikan blog2 sahabat sebagai sumber maklumat. Alhamdulillah sahabat-sahabat yang berada di kampus mahupun di kampus lain sangat aktif dalam penulisan mereka. Teruskan perjuangan antum...

Mungkin sedikit perkongsian sepanjang 8 hari berpuasa di bulan yang mulia ini. Terlebih dahulu selaku mahasiswa, haruslah kita mengambil semangat "badar 313" untuk meletakkan Ramadhan ini benar-benar bulan yang berkualiti dan bukanlah bulan untuk tiket kita menjadi lesu. Walaupun kadang-kadang diriku ini dirumdum kelesuaan di bulan mulia ini, tetapi baki ramadhan yang ada ini sama-samalah kita berdoa untuk diberikan kekuatan untuk lebih mendekatkan diri kepadaNya.

Alangkah indahnya jika pada hari-hari Ramadhan di aplikasikan dalam diri rakan-rakan dan diriku ini khususnya waktu ketika berbuka. Hampir kebanyakkan sahabat mahasiswa menjadikan surau mahupun di masjid yang berhampiran sebagai tempat berbuka. Memang suasana yang cukup harmoni dengan kehadiran sahabat-sahabat pada waktu berbuka. Kalian telah berjaya menjadikan surau sebagai destinasi utama untuk di kunjungi. Cukup untuk kita sama-sam mendapatkan pengisian fizikal tetapi jangan lupa pula untuk pengisian rohani. Gandakan semangat berbuka kita di bulan Ramadhan untuk di adaptasikan dalam setiap ibadah dan amalan kita. Moga sama-sama kita menjadikan "badar 313" sebagai pembakar semangat dalam meningkatkan ibadah kita. Muslim Power!!!

Monday, September 1, 2008

Salam Ramadhan

Saturday, August 16, 2008

Tahniah kepada para graduan!!!

Itulah ungkapan yang sesuai untuk di lontarkan atas keberanian mahasiswa UiTM menyatakan pendirian mereka berkaitan lontaran pendapat menteri besar Selangor untuk membuka kouta 10% kepada bukan bumiputra bagi melanjutkan pengajian di UiTM.Berarak dalam lingkungan 200 meter di sertai seramai lebih kurang 5000 mahasiswa merupakan suatu demonstrasi yang berjaya. Ikutkan hati mahu juga bersama-sama menyertai demostrasi aman tersebut. Tanpa sebarang gangguan dan di atur perjalan demonstrasi dengan baik. Siapa yang tak nak? Silap haribulan boleh keluar muka hadapan akhbar harian. Tahniah kepada ydp Uitm Shah Alam saudara Luqmanulhakim kerana berjaya memobalisasi ribuan mahasiswa dan mengawal demonstrasi dengan aman.Suatu demonstasi yang berjaya!!!


Tanpa rasa takut kepada mana-mana pihak, mahasiswa berani berhimpun. Suatu anjakan yang menarik. Berhimpun memperjuangkan kepentingan bangsa dan agama.Tetapi akan lebih menarik jika rakan-rakan mahasiswa sama-sama berhimpun memperjuangkan agama seperti himpunan bantahan terhadap keganasan Israel terhadap Palestin dan bantahan terhadap penghinaan karikatur Nabi S.A.W. Jika semua rakan-rakan mahasiswa khususnya di UiTM yang majoritinya terdiri daripada melayu beragama Islam berhimpun untuk kepentingan agama jua, 100% saya akan bagi sokongan kepada mereka.

Namun perlu di ingat supaya mahasiswa perlu mempunyai idealisma sendiri. Tindak tanduk mereka sebenarnya tidak di pengaruhi mana-mana pihak. Apapun tahniah kepada Mahasiswa UiTM Shah Alam kerana berjaya menyuntik kesedaran politik yang tinggi dan di harapkan kehadiran lebih kurang 5000 orang mahasiswa yang berhimpun adalah atas kesedaran mereka sendiri untuk kepentingan agama,bangsa dan Negara. Malah keseluruhan kampus mahasiswa setiap negeri mempunyai pendirian yang sama dan amatlah di harapkan perjuangan mereka tidak di pengaruhi mana-mana pihak.

Nampaknya mahasiswa sudah semakin berani hari ini. Teruskan lah perjuangan anda semua agar suara keramat anda tidak hanya mati di jalanan sahaja. Apa yang penting pendirian anda perlulah jelas agar keberanian anda bukan sekadar kosmetik tetapi mampu membantu kepimpinan Negara ke arah yang lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.

Wednesday, August 13, 2008

Kadar pinjaman PTPTN dikurangkan 2%

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan kadar baru pengiraan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) ialah satu peratus mulai 1 Jun lalu.

Mengumumkan demikian, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kadar satu peratus itu adalah kadar rata ke atas semua pinjaman peringkat pengajian.

Katanya, ia membabitkan semua bakal peminjam, peminjam sedia ada dan peminjam yang sudah tamat belajar tetapi belum selesaikan pinjaman.-berita harian

Friday, August 8, 2008

Sejahtera untuk semua

Alhamdulillah kita masih di panjangkan usia untuk bertemu semula dengan Ramadhan nanti.Insya Allah.Tidak sabar rasanya menuggu kehadirannya.Berketepatan di bulan sya'ban ini, diharapkan agar kita dapat menggarap pelbagai persediaan untuk di pertemukan dengan Ramadhan walaupun sebenarnya banyak perkara-perkara menarik samaada di peringkat nasional mahupun kampus berbangkit sejak akhir-akhir ini.

Bulan ogos ini sahaja sebenarnya menyimpan pelbagai peristiwa selain tarikh keramat kemerdekaan negara.Menariknya pada kali ini kedatangan Ramadhan sehari selepas tarikh kemerdekaan. Moga kemerdekaan kali ini di isi dengan penuh ketaqwaan dan tanda keinsafan kita dan berharap agar program-program berbentuk hiburan sewaktu sambutan kemerdekaan di minimakan demi menyambut kemuliaan Ramadhan itu sendiri.
tetapi jangan lupa pada pada bulan Ogos kali ini sebenarnya memang banyak perkara yang mungkin terjadi dan seperti kemungkinan AUKU di pinda,pengumuman tentang caj PTPTN,kemungkinan harga tiket naik dan sebagainya sesuai di jadikan perbualan di kalangan warga kampus.

Menariknya juga sebelum Ramadhan inilah gelanggang Permatang Pauh di buka dan kemungkinan kehangatannya dapat menyangi kehangatan Beijing 2008 pada kali ini.Sama-sama kita nantikannya. Walauapapun yang dapat saya tekankan di sini adalah sama-sama kita memelihara kesejahteraan dan keadilan negara dan berdoa agar negara berada dalam keadaan stabil dari segi ekonomi dan politik.
Kesejahteraan untuk semua!





01-08-2008 06:42:21 PM

PETALING JAYA: Perbuatan bertafakur, meletakkan kalungan bunga atau tabik hormat yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.

Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin membuat kenyataan ini ketika mengulas tentang istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan semalam yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah memulakan upacara meletakkan kalungan bunga itu, diikuti Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Terdahulu, Abdullah menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan penghormatan membabitkan 103 anggota dan pegawai Askar Melayu Diraja.

“Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan,” jelas Dr Asri.

Kata beliau lagi, perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati.

“Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin,” jelas Dr Asri.

Menurut Dr Asri, jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas.

“Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar,” katanya.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan halnya. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah patung-patung ini yang kamu berdiri di hadapannya (memujanya)? Mereka menjawab: “Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata”. (Surah al-Anbiya 50-54)”

Perbuatan menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara ini juga difahamkan melanggar Fatwa Mufti (Edisi 2008).

Di bawah SubSeksyen 36(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak mengikut SubSeksyen 39(6) Enakmen menyatakan, ” Meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan”

http://www.mstar.com.my

pada jam 4.00 pagi saya telah di kejutkan dengan bunyi siren yang berulang kali dan kelibat begitau ramai pengawal keselamatan di kolej kediaman Melewar. Setahu saya, selama 4 tahun saya menginap di Melewar,tiada pernah kami di kejutkan di tengah-tengah pagi dan berkumpul di kawasan lapang kolej kediaman.Tetapi hari ini berjaya di lakukan walaupun sebenarnya ramai yang "terkorban"!

Syabas kepada pengawal keselamatan kerana sempena minggu keselamatan ini, mereka berjaya melakukan suatu latihan dan pada pandangan saya agar latihan-latihan akan datang lebih "real" dan benar-benar berkesan apabila di laksanakan kelak. Untuk melihatkan latihan ini bukan sekadar latihan semata-mata, lebih moleknya selepas ini pihak keselamatan dan pusat Islam dapat mengerakkan mana-mana penghuni muslim agar sama-sama turun qiamulail setelah selesai latihan.Teringin juga melihat kampus UTHM ini di penuhi hamba-hamba yang beruzlah di tengah malam sama seperti keadaan di stadium Kelantan pada bulan Mac yang lepas !




Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengangkutan awam khususnya perkhidmatan bas akan terkesan dengan kenaikan bahan mentah. Justeru itu bukan suatu yang mustahil jika tambang bas akan meningkat memandangkan pihak pengurusan bas sendiri terpaksa menanggung kos yang sebenarnya meningkat.




Berita di akhbar hari ini ada mengatakan tambang bas akan meningkat sebelum Aidilfitri. Nampaknya golongan mahasiswa sekali lagi terpaksa membuat persiapan awal dan "menyimpan duit lebih" agar dapat pulang berhari raya dengan tambang yang baru!




Malaysiakini
K'jaan setuju naik tambang bas
Jul 29, 08 4:24pm
Kerajaan bersetuju tambang bas ekspres dan bas henti-henti seluruh negara dinaikkan tetapi tidak sehingga 100 peratus seperti yang dipohon oleh Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar. Katanya kenaikan itu tidak dapat dielakkan berikutan peningkatan kos operasi, termasuk harga diesel yang melonjak kepada RM1.43 seliter berbanding 71 sen seliter sejak kali terakhir tambang bas itu dinaikkan pada 2005."Peningkatan kos operasi juga disebabkan kenaikan harga barang-barang lain seperti tayar, minyak pelincir dan bateri," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi kakitangan kementerian itu di Putrajaya hari ini. Noh berkata perunding yang dilantik oleh kementerian untuk mengkaji paras kenaikan yang bersesuaian telah menyiapkan kajian itu dan kadarnya baru itu akan diumumkan sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti. "Sekarang ini kita sedang berunding dengan persatuan supaya terima cadangan daripada konsultan ini," katanya. Semalam persatuan itu yang diketuai presidennya Datuk Mohamad Ashfar Ali menyerahkan memorandum kepada Majlis Mesyuarat Inflasi Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memohon untuk menaikkan tambang bas ekspres dan bas henti-henti sebanyak 100 peratus, seperti yang dituntut oleh persatuan itu pada Mei lalu.Persatuan itu memberi alasan pengusaha bas kini tertekan berikutan kenaikan harga minyak dan menggesa kerajaan supaya bertindak segera agar mereka dapat beroperasi seperti biasa terutama menjelang musim perayaan.Noh berkata sistem bagi mengasingkan bas ekonomi dan bas mewah akan dilaksanakan dalam masa dua minggu lagi. Menerusi sistem itu, harga tiket bagi bas ekonomi akan dikawal kerajaan manakala tambang bagi bas mewah adalah terbuka. "Namun kita akan sentiasa memastikan bahawa pengusaha bas ini akan sentiasa memperuntukkan beberapa bas sebagai bas ekonomi bagi mengelak kekurangan bas jenis ini," katanya
.


Dimaklumkan bahawa Y. Bhg. Profesor Ir. Dr. Amir Hashim Bin Mohd. Kassim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTHM telah diperakukan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia bahawa Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XIII telah berkenan mengurniakan kepada beliau Darjah Kebesaran JOHAN SETIA MAHKOTA (J.S.M) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada 7 Jun 2008.
Saya mewakili rakan-rakan mahasiswa UTHM mengucapkan syabas dan tahniah di atas pengurniaan Darjah Kebesaran JOHAN SETIA MAKHOTA ( J.S.M ) dan mengharapkan agar Y.Bhg. Prof dapat meneruskan khidmat dengan cemerlang demi meningkatkan nama baik universiti dan mendapat sokongan penuh dari warga kampus khususnya mahasiswa UTHM.

"Caj PTPTN tidak langgar syarak"

Itulah berita yang saya perolehi dari akhbar utusan 28/07/08.Bila di teliti apa yang hendak di sampaikan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam muzakarah mereka, beranggapan bahawa 3% adalah bukan riba' dan menariknya majlis fatwa sendiri meminta kadar caj di turunkan. Nampaknya majlis fatwa pun perfikiran macam mahasiswa yang ingin caj PTPTN di turunkan.Tetapi bila anda layari web ust zaharuddin berkaitan caj PTPTN, beliau secara jelasnya menyatakan ianya riba'.

"Jawapan mudah saya, apa yang dilakukan dengan 3 % sebagai kos perkhidmatan adalah riba. Bagaimanapun saya mendapat tahu bahawa,pihak PTPTN sedang berusaha untuk mengubah kepada sistem Islam cuma masih gagal mengimplementasikannya disebabkan oleh masalah sistem pengkomputeran sedia ada dan lain-lain masalaha yang tidak diketahuI"
www.zaharuddin.net

Apa yang dapat saya harapkan di sini adalah mana-mana pihak yang bertanggungjawab dan berkenaan dapat memberi penjelasan sebaiknya berkaitan isu caj PTPTN agar permasalahan ini yang bersangkut-paut dengan hukum dan syarak dapat di permurnikan.

CAJ PTPTN TIDAK LANGGAR HUKUM SYARAK
PUTRAJAYA 28 Julai – Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan caj perkhidmatan yang dikenakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ke atas peminjamnya tidak menyalahi syarak tetapi mahu kadar tiga peratus sedia ada diturunkan bagi meringankan beban pelajar.

Pengerusinya, Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan itu dicapai hasil muzakarah khas yang dipengerusikan beliau bersama wakil PTPTN di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini hari ini.

Menurut beliau, sebelum ini caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN ialah empat peratus pada 1997 sebelum ia diturunkan kepada tiga peratus.

‘‘Setelah diberi penerangan mengenai upah operasi termasuk beberapa caj lain, kita bersetuju ia tidak menyalahi syarak dan tiada halangan dari sudut syariah agar ia tidak membebankan peminjam dan pemberi pinjam (PTPTN).

‘‘Jika melihat kepada prinsip, mungkin ia dapat dikurangkan sekitar satu peratus atau satu peratus setengah daripada kadar sedia ada setelah dibuat perkiraan semula termasuk mengambil kira caj upah dan operasi,” kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.

Baru-baru ini, pelbagai pihak termasuk peminjam menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap PTPTN kerana mengenakan caj tiga peratus daripada jumlah pinjaman yang perlu dibayar semula selepas pelajar menamatkan pengajian.

Berikutan itu, Majlis Fatwa Kebangsaan diminta menyemak caj tiga peratus itu bagi mengelak wujudnya unsur riba seperti didakwa oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Setakat ini terdapat hampir 1.14 juta peminjam PTPTN dengan nilai pinjaman mencecah RM23 bilion.

Bagaimanapun, sebanyak 49 peratus daripada mereka masih gagal membayar balik pinjaman yang berjumlah hampir RM708 juta.

Abdul Shukor berkata, perubahan caj perkhidmatan baru yang dikenakan nanti akan ditentukan oleh PTPTN melalui Kementerian Pengajian Tinggi setelah dibuat perkiraan semula.

STANBUL 28 Julai - Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh, sementara 154 yang lain cedera dalam dua kejadian letupan lewat malam tadi.

Kejadian itu berlaku sehari sebelum Mahkamah Agung Turki mengumumkan keputusan sama ada akan membubarkan atau tidak parti pemerintah, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP).

Letupan pertama berlaku di tempat pembuangan sampah di kawasan kejiranan Gungoren, manakala letupan kedua berlaku beberapa minit kemudian tidak jauh dari situ.

Menurut televisyen tempatan, letupan berkenaan berpunca daripada kebocoran gas.

Gabenor Istanbul, Muammer Guler, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan ia angkara Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

“Ini merupakan serangan pengganas dan dua letupan ini berpunca daripada bom yang diletakkan di dalam tong sampah.

“Jarak letupan pertama dan kedua ialah sekitar 10 hingga 12 minit dengan letupan kedua menyebabkan ramai yang terbunuh dan cedera,” katanya.

Menurut saksi, letupan kedua lebih kuat daripada yang pertama dan pihak berkuasa mengesyaki ia disasarkan untuk membunuh ramai mangsa.

“Letupan pertama menyebabkan orang ramai mengerumuni tempat itu dan kira-kira 10 minit kemudian berlaku letupan kedua yang lebih kuat.

“Bangunan tempat saya bekerja bergegar dan jumlah mereka yang cedera boleh dilihat sehingga 40 meter,” kata seorang seorang wartawan, Alaattin Hatayoglu kepada agensi berita Anatolia.

Mahkamah Agung Turki akan mengumumkan hari ini sama ada Parti AKP, yang pro-Islam dan mencapai kemenangan besar pada pilihan raya pada tahun lepas akan dibatalkan atau tidak.

Menurut pemerhati politik, jika mahkamah memutuskan untuk membatalkan parti tersebut ia boleh menimbulkan huru-hara serta memberi kesan dalam perbincangan negara sekular ini untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU).

Sementara itu, Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan menuduh pemberontak Kurdish bertanggungjawab melancarkan serangan itu.- AFP

http://www.utusan.com.my

Monday, July 21, 2008

Perkara yang perlu di tekankan

Walaupun baru tempoh 3 minggu penggal bermula, selaku seorang wakil pelajar tidak lekang dengan aduan daripada rakan-rakan mahasiswa. Antara anduan-aduan yang popular adalah berkaitan pengangkutan dan kemudahan di asrama.Tidak ketinggalan pula aduan-aduan dari rakan fakulti seperti pembayaran wang kerja lapangan, elaun berkaitan pelajar yang mengikuti latihan industri dan yang isu utama adalah berkaitan pemakaian vest keselamatan di waktu malam.

Assalamualaikum kepada rakan-rakan warga kampus.Nampak nya UTHM giat menjalankan program di awal semester ni.Selepas sahaja selesai Minggu Haluan Siswa,PC Fair dan kehangatan pesta konvo dan karnival Parit Raja yang keseluruhannya berjalan di kampus UTHM,kini tiba giliran Perpustakaan menganjurkan Karnival Ilmu 08. Program yang berjalan sehingga 23hb ni menawarkan pelbagai gerai dan pameran.Warga UTHM bertuah kerana adik Adi Putra bersama-sama kita sepanjang program perjalan.
Dan InsyaAllah pada malam ni,adik Adi Putra akan bersama dalam Forum Anjuran MMPUTH di dewak kuliah A.G3.Sama-sama kita memeriahkannya.

Wednesday, July 16, 2008

demi masa

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sudah agak lama saya tidak mengemaskinikan blog ini.Kesepitan waktu yang ada menyebabkan saya kurang berkesepatan dan mungkin dalam masa terdekat ini saya akan meneruskan beberapa nukilan untuk tatapan rakan-rakan khususnya warga kampus..

Friday, June 27, 2008

berdoa selepas merancang


berdoa dan terus berdoa. Itulah senjata utama orang mukmin. Aku telah luahkan segala pengorbanan dan masa dalam pengurusanku ini. kadangkala mungkin ada yang perlu di korbankan atas kelemahan pengrusanku ini, namun itulah usaha yang perlu diteruskan.
kepada rakan-rakan penggerak minggu haluan siswa 08/09, all the best!!!
Aku bukan lah si kaya yang mampu memberi ganjaran keatas hambanya ,cuma aku berdoa agar pengorbanan rakan-rakan terbalas kelak.Ikhlaskan niat kalian...
topup,minyak motor,masa, wang dan kudrat rakan-rakan hanyaNya yang akan membalas. Setting balik nawaitu kita semua. InsyaAllah segalanya berjalan seperti yang di rancang walaupun sebaik-baik perancangan hanya dari Nya.

Salam ukhwah untuk minggu haluan siswa 08/09 uthm.

Friday, June 20, 2008

Debaran menunggu adik-adik baru


Tahniah kepada ribuan pelajar yang akan bergelar mahasiswa pada 29hb ini. Anda hanya memerlukan satu langkah lagi untuk meletakkan diri anda berada di menara gading. Ceduk sebanyak mungkin pengalaman di kampus untuk bekalan bilamana hidup bermasyarakat nanti..Namun bukan mudah untuk menerima kedatangan adik-adik ini.banyak persiapan dan perbincangan yang telah di jalankan sehingga ada sesuatu yang perlu di korbankan demi menyiapkan diri dengan persediaan yang rapi.Selaku pelaksana jawatankuasa minggu haluan siswa(MHS) 08/09 saya mengharapkan kepada semua jawatankuasa yang lain agar dapat mengembling tenaga dalam meraikan serta melaksanakan MHS pada kali ini.

Oleh itu jgn lupa untuk sama-sama membuat persiapan bermula 23hb ini(isnin) sehingga bermulanya MHS 08/09.Kita hanya mampu merancang dan sebaik-baik perancangan hanya pada Allah..berserah selepas berusaha...


Semua rakan-rakan mahasiswa sedia maklum tentang penguatkuasa pemakaian vest pemantul cahaya pada sesi akan datang.Di sini tidak banyak yang dapat saya coretkan cumanya memerlukan pandangan warga kampus uthm.Nyatakan pandangan anda dalam ruangan komen di artikal ini. Apa sahaja tindakan di peringkat mpp,kami memerlukan maklumat serta sokongan rakan-rakan berkaitan isu ini.
InsyaAllah dalam masa terdekat kami akan cuba memurnikan peraturan baru ini dan saya akan cuba memberi komen dalam masa terdekat.

"dari mahasiswa untuk mahasiswa"

Walaupun telah beberapa kali di asak oleh pihak pembangkang melalui media masa dan elektronik,akhirnya rakyat negeriku menerima juga insentif 20meter padu secara percuma.Syabas di ucapkan kepada rakyat Selangor dan pihak yang tidak pernah kenal erti penat mempersoalkan pemberian air percuma dan akhirnya ia dapat di realisasikan juga.Sebenarnya kemudah ini amatlah membantu bagi golongan di luar bandar kerana sekurang-kurangnya terlepas sedikit bebanan mereka dalam situasi sekarang dengan kenaikan harga minyak dan barangan keperluan.Apapun di harapkan rakyat dapat manfaatkan kemudaan yang di berikan dengan sebaiknya.

Syabas untuk rakyat Selangor!!!

"Dari mahasiswa untuk mahasiswa"

S'gor dapat air percuma, akhirnya - Malaysiakini
Muda Mohd Noor Jun 11, 08 5:31pm

Kira-kira sejuta penduduk Selangor akan mendapat bekalan air percuma, seperti dijanjikan, mulai 1 Jun selepas kerajaan negeri menyelesaikan rundingan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) pagi ini.

Manifesto Pakatan Rakyat untuk memberikan 20 meter padu air secara percuma - atau potongan RM11.40 - akan diteruskan kepada pengguna domestik bermeter individu, demikian diumumkan oleh menteri besar.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah berjaya mencapai persetujuan tersebut dengan ketua pegawai eksekuif Syabas, Datuk Ruslan Hassan dan presiden Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), Datuk Abd Karim Munisar.

Syabas kelmarin menolak permintaan kerajaan negeri untuk berbuat demikian, termasuk selepas berunding dengan KDEB, sebuah syarikat milik kerajaan Selangor yang terlibat dengan syarikat pengurusan air tersebut.

Ruslan berkata Syabas tidak bersetuju dengan kandungan surat akujanji bersyarat KDEB yang ditandatangani pada 6 Jun lalu dan dihantar kepada syarikat itu pagi Isnin.

Ruslan berkata cadangan KDEB secara langsung menjejaskan aliran tunai Syabas dan boleh menjejaskan operasi syarikat itu.

Abdul Khalid berkata bil air yang mengandungi potongan itu akan diterima mulai 15 Jun ini, manakala pengguna yang telah mendapat bil lama sebelum tarikh tersebut akan menerima potongan yang sama dalam bil bulan depan.

Ketika rakyat di uji dengan kenaikan harga minyak dan kemungkinan pula kenaikan harga barangan keperluan, golongan mahasiswa peminjam PTPTN perlu menarik sedikit lafaz lega kerana sistem kewangan PTPTN akan dikaji semula. Sebelum ini bebanan dalam pembayaran PTPTN di samping keadaan semasa yang menyaksikan kenaikan harga minyak dan barangan keperluan sebenarnya mencengkan ekonomi mahasiswa khususnya mereka yang telah bergraduan. Oleh yang demikian, saranan dan cadangan dari majlis fatwa haruskah di segerakan agar perlaksanaan sistem pinjaman PTPTN benar-benar mematuhi syarak.

"Dari mahasiswa untuk mahasiswa"


SUMBER: Berita Harian 9 JUN 2008

Majlis fatwa arah PTPTN ubah kaedah kira caj
Oleh Norfatimah Ahmad

Jakim pantau perubahan pastikan agensi patuh garis panduan

KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan mengarahkan Perbadanan Tabung
Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) mengubah kaedah pengiraan caj
perkhidmatan tiga peratus dikenakan kepada peminjamnya mengikut
garis panduan ditetapkan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan
Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata keputusan berhubung perkara itu
ditetapkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan yang diadakan di
Alor Star, Kedah, baru-baru ini.

“Berdasarkan keputusan itu, kami menemui PTPTN dan menerangkan
langkah perlu diambil untuk memastikan kaedah pengiraan dilaksanakan
selaras garis panduan Majlis Fatwa Kebangsaan kerana kami mahu
membantu PTPTN menyelesaikan kekaburan berhubung isu itu.

“Berikutan itu, pemantauan dari semasa ke semasa akan dilakukan
terutama menerusi pembentangan PTPTN berhubung perubahan kaedah itu
untuk memastikan mereka setuju dan mematuhi garis panduan itu,”
katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, Kementerian Pengajian Tinggi meminta Majlis Fatwa
Kebangsaan mengeluarkan fatwa sama ada caj perkhidmatan tiga peratus
dikenakan kepada peminjam PTPTN ada berunsur riba atau tidak.

Isu itu timbul apabila peminjam mempersoalkan ketelusan pengiraan
sebenar kos perkhidmatan PTPTN kerana ia tidak dinyatakan secara
terperinci.

Bagaimanapun, keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang dikeluarkan pada 11 Mac
2002 menggariskan, mengikut kaedah syariah, PTPTN boleh menggunakan
kos perkhidmatan mengikut perkiraan sebenar terhadap pinjaman
diberikan.

Berdasarkan keputusan itu, kos PTPTN berkenaan perlu mengikut
perkiraan sebenar terhadap pinjaman diberikan kepada pelajar,
bukannya dengan anggaran peratusan seperti amalan sekarang.

Malah, resolusi Majlis Syariah Organisasi Perakaunan dan Audit bagi
Institusi Kewangan Islam (AAOIFI) dan Majlis Fiqh Sedunia di bawah
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menyatakan, caj bagi perkhidmatan
hanya dibolehkan dengan syarat ia adalah kos sebenar pengurusan
teknikal saja, manakala caj yang dikenakan melebihi kos sebenar
adalah haram.

Ditanya status caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN, sama ada ia
dikategorikan sebagai riba dan haram, Wan Mohamad berkata, Majlis
Fatwa Kebangsaan mengutamakan usaha untuk memperbaiki kaedah
pengiraannya bagi mengatasi kekeliruan orang ramai.

“Apa yang berlaku kepada PTPTN harus menjadi iktibar dan sepatutnya
sebarang usaha untuk memperkenalkan skim yang membabitkan soal
kewangan perlu mendapat pandangan institusi fatwa bagi mengelak
kekeliruan.

Wednesday, June 4, 2008

Harga baru minyak,siapa yang terbeban?






Satu lagi kejutan untuk semua rakyat Malaysia. Tidak dapat di nafikan lagi desas desus berkaitan harga minyak yang giat diperkatakan sejak akhir-akhir ini benar-benar di realisasikan oleh kenyatan YAB Datuk Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi di putrajaya pada jam 5 petang tadi.Walaubagaimanapun sebenar deretan kenderaan telah memenuhi setiap pelusuk stesen minyak dan di jangka keadaan ini akan berlarutan sehingga larut malam ini ataupun sehingga kehabisan bekalan di stesen-stesen minyak.Dengan kadar baru petrol dan diesel ini,siapakah yang benar-benar terbeban ataupun rakyat malaysia memang sudah biasa dengan kadar baru minyak tersebut.

Mengikut kefahaman melalui beberapa maklumat tentang kadar petrol dan diesel yang baru,
Sebenarnya ianya meninggalkan seribu tandatanya dalam diri saya tentang status harga minyak yang baru. Seperti yang dimaklumkan,setiap kenderaan persendirian seperti motosikal dan kereta,mereka akan mendapat faedah subsidi atas kenderaan masing-masing melalui pembayaran nilai tertentu setelah pembaharuan cukai pembaharuan jalan.Memang susah untuk memahami istilah yang digunakan dalam pembahruan harga minyak yang baru tetapi apa yang saya faham ini sebenarnya seolah-olah seperti "gaji meningkat tetapi kos sara hidup(cth minyak) meningkat ".fikir-fikirkan lah.

Mungkin terlalu awal untuk saya mengulas tentang harga baru minyak ini tetapi apa yang benar-benar terfikir adalah siapakah yang terbeban debgan harga baru ini?Mungkin golongan marhaen dan berpendapatan rendah akan terbebab dengan berita baru ini?Apapun jawapanya,saya lebih suka mengulas dari konteks sebagai seorang mahasiswa.Tidak dapat di nafikan golongan mahasiswa akan terkena tempias kadar baru minyak ini.Mereka yang menginap di luar kampus dan menggunakan pengangkutan sendiri haruslah lebih bijak dalam merancang perjalan selepas ini.Mungkin lebih ramai rakan-rakan mahasiswa perlu memikirkan alternatif yang lebih berkesan dalam menangani harga baru minyak ini.


Sebagai langkah awal,di harap agar rakan-rakan mahasiswa akan mengggunakan pendekatan bijak seperti perkongsian kenderaan dan meminimumkan penggunaan kenderaan di kawasan kampus.Selain itu,apa yang terfikir dalam fikiran saya adalah rakan-rakan mahasiswa seharusnya menggunakan penggunaan sebaik mungkin kenderaan awam universiti memandangkan ianya termasuk dalam yuran perkhidmatan setiap semester.Adalah suatu kerugian jika kita tidak dapat memanfaatkannya dan kenderaan persendirian akan kita hanya digunakan jika ada urusan luar dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu,Majlis Perwakilan Pelajar UTHM akan cuba membantu pihak berkaitan dalam meningkatkan penggunaan kenderaan awam universiti dan ini sejajar dengan peranan kami agar kebajikan mahasiswa akan di pelihara mengikut kondisi kemampuan Majlis Perwakilan Pelajar UTHM.

"Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa"

Sunday, June 1, 2008

Hari ini lebih baik dari semalam.

Pagi yang hening ini ku gunakan kesempatan untuk mencuri sedikit detik untuk mencoret tentang masa dan peranan ku untuk memaksimumkan penggunaan masa kearah kebaikan.Seharian hari ni ku rasai banyak perkara yang ku terlepas pandang.Mungkin benar jika aku merasai pengurusan masaku masih lemah.Bila ku amati surah-asr yang acapkali ku baca bila selesai sesuatu majlis mahupun mesyuarat benar-benar menguji tahap pengurusan masaku.
Jadi bilakah perjalan hidupku akan bertambah baik dari hari ke hari?semuanya memerlukan perubahan dan pengorbanan. Walaupun permulaan hijrah telah lama melewati ku,tetapi "hijrah" benar-benar di perlukan dalam diriku.
Akademik,sahsiah,akhlak dan sebagainya perlu dihijrahkan kepada yang lebih baik.Tetapi bagaimanakah mekanismanya?Ya Allah...hambamu ini benar-benar memerlukan peunjuk dari mu.Permulaan semester hadapan seharusnya dibuktikan dalm hijrah akademikku. Taklifan dalam minggu haluan siswa benar-benar membuat berfikir secara rasionalnya bilamana bekerja sebagai seorang pemimpin.Aku perlu memanfaatkan sebaiknya pengurusan minggu haluan siswa agar memberi impak kepada adik-adik baru serta diriku ini..

teruskan berjuang dalam kerangka hidupku dan walauapapun ku harus memastikan apa yang dilakukan mesti mempunyai peningkatan hasilkesungguhan dalam memcorak hidupku.



KE ARAH KECEMERLANGAN
KEPIMPINAN MAHASISWA ISLAM



لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) ALlah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut ALlah". (Surah Al-Ahzab: ayat 21)

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا(103)الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا(104)أُولَئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا(105)

"Katakanlah: apakah kamu pernahll Kami jelaskan kepada kamu tentang orang-orang yang pekerjaan mereka di dunia ini ialah (pekerjaan) yang sia-sia, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah bekerja dengan sebaik-baiknya".

"Mereka itu ialah orang-orang kufur terhadap ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap pertemuan dengan Allah. Sebab itu (nilai) pekerjaan mereka jatuh hapus) dan Kami pun tidak akan memberikan apa-apa pertimbangan nilai terhadap (usaha) mereka pada hari kiamat kelak". (Surah Al-Kahfi: ayat 103-105)

Muqaddimah

Kecemerlangan (excellence) merupakan suatu aras pencapaian khidmat, kualiti pengeluaran dan sebagainya yang mencecah piawaian tertentu, samada kepuasan pelanggan, pengikut, orang ramai, rakan sekerja, mahupun majikan. Kecemerlangan selalunya dihubungkaitkan dengan nilai-nilai atau traits keperibadian tertentu, atau malah mutu perlaksanaan kerja tertentu yang terbaik dan memuaskan ALlah atau manusia pada masa yang tertentu. Pendekata ia merangkumi sejumlah ciri-ciri keunggulan yang mampu dimiliki oleh seseorang, kumpulan atau organisasi. Semua orang ingin memiliki sesuatu yang dapat dibanggakan. Mereka ingin menjadi unggul dalam serba-serbi. Manusia memang makhluk yang ingin mencapai self-actualisation membuktikan kewujudan diri). Ia mahu mendapatkan satu macam kepuasan batin dan penerimaan masyarakat terhadap dirinya. Ini dianggap sebagai salah satu keperluan asas manusia mengikut huraian Maslow tentang theory of basic need.

Di antara yang dicita-citakan oleh manusia ialah suatu keperibadian yang terbaik, terpuji, sempurna dan cemerlang bagi dirinya sendiri. Mereka merasakan keperibadian yang baik dapat membekalkan diri mereka dengan persyaratan-persyaratan kejayaan dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup. Peribadi menentukan nilai diri. Ia lebih penting daripada keturunan, pangkat, dan harta benda. Manusia disanjung lantaran peribadinya yang mulia dan cemerlang bukannya kerana pangkat atau keturunannya semata-mata.

Kecemerlangan, jika dihubungkaitkan dengan kepirnpinan mahasiswa, ia bermakna wujudnya beberapa ‘figure’ pemimpin dan kualiti kepimpinan organisasi mahasiswa yang mampu mencapai serta memenuhi piawai atau standard yang terbaik dan memuaskan para pengikut atau malah umat yang menyaksikan agenda bertindak dan operasi organisasi yang berkenaan.
Ada beberapa faktor yang menentukan kecemerlangan kepimpinan mahasiswa. Fakto-faktor tersebut antara lain ialah:


1. Dasar perjuangan yang diredhai Allah

Dasar perjuangan mahasiswa mestilah berlandaskan nilai-nilai Islam Mahasiswa sebagai kumpulan manusia berilmu dan sentiasa mencari ilmu perlu mendampingkan keilmuan mereka dengan irnan, Islarn dan ihsan. Mereka perlu konsisten memperjuangkan Islam serta mendukung kepimpinan Islam yang menyanjung kepimpinan para pewaris nabi atau para alim ulama'.

Allah berfirman"Hai orang-orang yang beriman, janganlah lwn mengkhianati ALlah, Rasul dan apa yang telah diamanahkan kepada kamu; padahal kamu mengetahuinya"(Surah al-Anfal: ayat 27)

2. Strategi operasi serta gerak kerja yang berkesan.

Perlaksanaan gerak kerja berharakah memerlukan strategi bertindak yang rapi dan teratur Tanpa strategi yang sesuai dengan fiqh al-Muwazanat serta fiqh al-Awlawiyat maka organisasi mahasiswa sukar meraih kecemerlangan seperti yang diidamkan.

Fiqh al-Muwazanat bermakna keupayaan untuk menilai mana yang lebih penting diutamakan antara sekian banyak (Masaleh) maslahah (kepentingan), dari sudut kadarnya, pengaruhnya, skop liputannya serta jangka hayatnya

Ia juga bermakna keupayaan untuk menilai mana yang lebih buruk padahnya dari sekian banyak keburukan yang ada, mana yang paling mustahak dihindari terlebih dahulu dan mana pula yang boleh dibiarkan seketika. Ia juga bermakna keupayaan membuat tarjihat antara maslahah dan mafsadah apabila kedua-duanya tampil serentak dalam sesuatu isu atau persoalan. Sehinggalah dapat dibuat kesimpulan yang tepat samada diutamakan menghindari mafsadah dari meraih maslahah atau sebaliknya diutamakan meraih maslahah dengan menanggong sedikit kesan dari mafsadah yang berkaitan.

Fiqh al-Aulawiyat bermakna meletakkan sesuatu pada kadar martabatnya. Apa yang patut didahulukan tidak ditangguhkan. Manakala yang patut ditangguhkan tidak didahulukan. Yang besar tidak dianggap kecil, begitu juga sebaliknya.

Amal salih menurut al-Qur'an mempunyai martabat masing-masing. Nilainya tidak semestinya sama. Golongan pemimpin mestilah peka terhadap hal ini.ALlah berfirman:"Adakah kalian menyamatarakan (nilai kebaikan) antara orang yang memberi minum orang-orang haji serta memakrnurkan Masjid al-Haram dengan orang-orang yang beriman dengan ALlah, hari akhirat dan mereka berjihad di jaian ALlah. (Sesungguhnya) tidak sama (nilai antara keduanya) di sisi ALlah. ALlah tidak memberi petunjuk terhadap kaurn yang zalirn. Orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan ALlah dengan harta dan nyawa mereka di sisi ALlah lebih tinggi darjat mereka dari orang lain. Mereka itulah orang-orang yang berjaya"(Surah at-Taubah: ayat 19 - 20)

3. Struktur organisasi serta memiliki perlembagaan yang baik

Kejayaan sesuatu organisasi,banyak bergantung kepada strukturnya yang baik. Perkara seperti ini diatur oleh perlembagaannya yang komprehensif di mana agihan kuasa antara lembaga-lembaga yang ada diwujudkan secara yang terbaik. Tidak terjadi perkara-perkara yang menghalang kerja-kerja organisasi.
Perlembagaannya tidak memungkinkan penyelewengan secara berleluasa Mekanisme untuk memperbaiki kelemahan organisasi sentiasa terbuka.

4. Figure kepimpinan yang cekap serta berketrampilan

Kepimpinan yang terlatih dan berpengalaman dalam menghadapi politik kampus sudah pasti akan lebih berjaya dari kepimpinan yang mentah dan kurang berpengalaman. Lebih jauh kepimpinan yang mempunyai bebagai kemahiran sudah pasti akan menempa kejayaan yang lebih cemerlang.Selain daripada beberapa sifat di atas, kepimpinan mahasiswa hendaklah mempunyai ketrampilannya menggarapi aspek-aspek berikut:

a) wawasan politik yang jelas

Kepimpinan di kampus adalah anak tangga untuk kepimpinan di peringkat yang lebih tinggi. Wawasan politik yang benar seharusnya telah ditemui dan diyakini dari peringkat kampus lagi sehingga ianya semakin kukuh dan bercambah di peringkat nasional dan antarabangsa. Sekiranya perkara ini masih kabur dan tidak mantap di peringkat mahasiswa lagi maka kelewatan menemui wawasan politik Islam yang sebenar merupakan titik kelemahan yang ketara

b) ketrampilan berkomunikasi, mampu menguasai pelbagai bahasa

Kelompok mahasiswa yang dipimpin kini bukan hanya suatu bangsa. Oleh kerana itu para pimpinan organisasi mahasiswa masa kini perlu menguasai bahasa lingua franca; samada Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Arab, selain daripada bahasa ibundanya. Mereka perlu cemerlang dalam penguasaan mereka terhadap bahasa-bahasa ini. Dengan penguasaan yang cemerlang mereka berupaya menyampaikan mesej secara lebih berkesan dan convincing.

c) ketrampilan moniver

Pimpinan organisasi mahasiswa perlu memiliki kemahiran merentasi halangan cita-cita organisasi. Mereka mustahak menguasai seni mengemudikan konflik untuk mencapai tahap perlaksanaan yang lebih tinggi dan maju. Mereka perlu berupaya meraih kemenangan melalui laluan sukar dan halangan yang getir.

d) memiliki keperibadian Islam yang baik

Pimpinan mahasiswa Islam yang baik ialah yang mempunyai ciri-ciri ketaqwaan seperti yang diperincikan oleh Al-Qur'an.

5. Aktivis yang gigih, kreatif serta inovatif

Pemimpin mahasiswa tidak lahir dari kekosongan. Ia lahir dari kalangan massa mahasiswa sendiri. Ia (pemimpin) mencerminkan nilai atau kualiti keunggulan mahasiswa itu sendiri. Pemimpin yang cemerlang lahir dari lautan siswa yang cemerlang, gigih, kreatif dan inovatif. Kejayaan pemimpin bukan mutlak daripada pemimpin tetapi juga kerana adanya kerjasama, sokongan dan sikap kesetiaan terhadap jamaah dan sikap ingin melihat jamaah berjaya.
Hubungan timbal balik yang positif antara pemimpin yang baik dengan para pengikut yang gigih sudah pasti menghasilkan peningkatan dalam mutu kerja aras pencapaian organisasi.

6. Kelengkapan teknologi yang berkesan

Untuk membayangkan organisasi mahasiswa lengkap dan penuh sarat dengan peralatan teknologi canggih seperti yang dimiliki oleh sektor korporat atau awam yang advance sudah pasti suatu igauan yang indah. Apa yang dimaksudkan ialah, organisasi mahasiswa mempunyai peralatan teknologi yang minima untuk membantunya beroperasi secara berkesan. Sekurang-kurangnya alat komputer, mesin cetak, faks, telefon dan lain-lain yang setaraf dengan tuntutan zaman kini. Kekurangan yang terlalu menjolok dalam hal ini menjauhkan organisasi berkenaan dari tahap cemerlang.

7. Program perkaderan (leadership program) yang berkesan

Suatu mekanisme yang penting dalam memastikan kesinambungan wawasan kepimpinan pelajar dan mahasiswa Islam ialah wujudnya sistem perkaderan yang baik untuk menampilkan pemimpin pelapis yang berwibawa. Pemimpin yang berfikiran kreatif, setia dengan prinsip dan dasar organisasi.

Organisasi mahasiswa yang cemerlang adalah organisasi yang mampu menyediakan golongan pelapis yang competent untuk menggarap cabaran zamannya dan zaman-zaman yang akan datang. Mereka harus berupaya menampilkan golongan pernimpin yang lebih bijak, lebih berketrampilan dan canggih daripada yang ada sekarang. Lumrahnya cabaran masa depan lebih sengit dan gawat berbanding dengan masa kini.

8. Taufiq dan inayah Allah

Seandainya segala keperluan dan prasyarat untuk maju dan cemerlang telah dimiliki maka suatu faktor yang tidak boleh tidak mesti diperolehi oleh organisasi mahasiswa Islam ialah taufik dan inayah Ilahi. Barakah dan limpah kurnia Allah perlu ditagih dengan amalan amalan ibadah, do'a, zikir dan munajat. Hanya dengan limpahan kurnia Allah, keampunan dan restu-Nya, kecemerlangan duniawi akan mempunyai makna yang lebih diyakini. Sebab itu, organisasi mahasiswa Islam semestinya tidak lekang dengan program Qiamullail, khemah ibadah, halaqah zikir dan lain-lain.

Kesemua nilai-nilai di atas jika diadun dengan baik akan menghasilkan kecemerlangan. Apatah lagi dalam persaingan masyarakat yang serba rencam ini kualiti dan kecemerlangan mahasiswa tidak lagi merupakan satu pilihan, tetapi sudah menjadi syarat mutlak untuk survival atau meneruskan kelangsungan perjuangan. Mahasiswa tidak bergerak dalam ruang yang kosong. Mereka dilengkari oleh persekitaran yang mempengaruhi sikap, minat dan peribadi tiap-tiap individu. Justeru itu budaya gerak-kerja mahasiswa harus didasari oleh nilai akhlak dan etika pergerakan yang baik serta berkesan. Dalam hal ini jika mahasiswa terus-terusan berada di takuk lama, tanpa mahu merebut semua peluang meningkat diri secara agresif, sudah pasti mereka akan terus terpinggir.

Keselarasan Roh dan Pemikiran Dalam Gerakan Kemahasiswaan

Kecenderungan masyarakat dewasa ini kembali kepada ajaran dan nilai-nilai Islam agak ketara. Ini sejajar dengan proses kematangan pemikiran ummat setelah melalui sekian banyak Peristiwa-peristiwa yang mengandungi suka duka hidup. Sudah pasti keinginan dan keghairahan untuk kembali menghayati Islam sedemikian rupa memerlukan skima pemikiran yang mantap, jelas dan kaya dengan inspirasi, modal dan gagasan baru dalam berbagai aspek. Islam yang hendak dihayati itu tentulah Islam dalam bentuk yang setaraf dengan cabaran, wawasan dan tuntutan masa kini. Ia perlu segar dan mempunyai unsur tajdid.

Dalam menangani situasi begini, gerakan mahasiswa harus sedar bahawa kehadiran serta peranan mereka akan menjadi lebih dominan serta bersemarak, kiranya mereka dapat memastikan bahawa keghairahan untuk menghayati Islam tersebut memerlukan mereka sendiri bahkan setiap aktivis yang dididik memiliki roh dan pemikiran Islam. Roh dan pemikiran Islam terjunam kukuh serta dapat diselaraskan di semua peringkat pengikut serta penggerak organisasi. Keselarasan ini harus merangkumi kesedaran tentang:

1. Islam ialah suatu Manhajul Hayah (sistem hidup) yang sepatutnya menjadi dasar negara dan budaya ummah
2. Kesempurnaan Islam (syumuliyatu 'I-Islam) dan ajarannya perlu berfungsi dalam masyarakat
3. Keperluan bergerak dalam satu rangka pemikiran yang selaras, searah dan dalam satu wadah pergerakan dengan fiqh prioritas syara' yang mu'tabar
4. Kemestian menolak aspek-aspek salbiah (negatif), ittikaliah (tawakal yang tidak bertempat), pessimistik dan faham sekularisme dalam amalan dan pemikiran
5. Kemestian mengasaskan ilmu atas dasar yang integrated (sepadu), sempuma dan selaras dengan nilai-nilai rabbaniah
6. Kemestian menuju ke arah kepimpinan yang mempunyai ilmu yang mutakamil (sepadu) dan memililci ciri-ciri warathatun-Nubuwah (pewaris ciri-ciri kenabian) untuk mengurangkan berlakunya kemungkinan-kemungkinan negatif
7. Keperluan menghargai wadah-wadah Islam yang lain serta sumbangan masing-masing dalam membawa ummah ke arah peningkatan hidup secara Islam
8. Peningkatan kesedaran sosio-politik untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam segenap peringkat dan bidang, sama ada peringkat pasca komunisme, mahupun peringkat New World Order
9. Penggarapan apa yang boleh dicapai dalam batas kemampuan dan kesempatan masa kini.
10. Kepentingan meningkatkan akhlak dalam konteks pergerakan dan juga berinteraksi dengan individu serta masyarakat.

Gerakan Kemahasiswaan dan Isu-isu Akhlak

Seperti yang telah disebutkan di atas, ternyata kebelakangan ini kita menyaksikan usaha-usaha yang cukup ghairah untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap bidang. Kita juga sedar bahawa kecemerlangan tidak sahaja ditentukan oleh teknik pengurusan serta bantuan alat semata-mata, tetapi lebih dari itu ia ditentukan juga oleh faktor kemanusiaan, atau nilai-nilai insan itu sendiri.

Dalam mencapai aspirasi pembangunan misalnya, manusia adalah unsur yang paling menentukan kejayaannya. Pembangunan tidak bererti jika manusia itu sendiri runtuh. Justeru itu nilai-nilai akhlak amat perlu diberi penekanan dalam gerakan kemahasiswaan agar pembangunan yang ingin digarap seimbang dengan nilai-nilai keislaman. Tidak ada ertinya pembangunan tanpa kesehjahteraan dunia dan akhirat.

Tatacara menangani masalah-masalah masyarakat mesti difahami dengan tepat dan direalisasikan dalam berbagai lapangan hidup. Malah disertai dengan rasa tanggungjawab iaitu dengan menganggap jatuh bangunnya gerakan Islam, nasib ummah adalah di tangan golongan pencinta Islam yang sepatutnya bingkas berbuat bergerak menyusun rancangan dan sebagainya Sikap lemah, acuh tak acuh adalah sikap mukhallafun (golongan yang enggan berjuang) yang dibenci oleh ALlah.Semangat dan usaha menentang setiap yang bemama kemungkaran pula harus berkobar atau dikobarkan. Tanpa semangat ini iman akan menjadi lesu. Tekad jihad akan menjadi lemah dan tidak mampu menampilkan daya juang ke taraf maksikma. Roh yang tidak ada keazaman berjihad adalah roh yang masih bergelumang dengan semangat jahiliah seperti yang pernah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w.

"Barangsiapa yang mati dan tidak berjihad dan tidak pernah bercita-cita untuk berjihad, mati dalam keadaan munafik".

"Mana-mana kaum yang meninggalkan jihad nescaya ALlah akan mengenakan rnereka dengan seksaan yang merata."

Keunggulan, keagungan dan keindahan Islam sudah begitu banyak diperkatakan. Apa yang belum dikotakan dan ditampilkan dengan konkrit untuk zaman ini ialah contoh-contohnya yang nyata dan realisasinya. Setiap aktivis Islam berkewajipan membuktikan ajaran Islam itu dalam diri, keluarga dan wadah pergerakan mereka. Kita sepatutnya menjadi Ummatan Wassatan yang boleh memainkan peranan sebagai syuhada' 'linnas. Ini adalah suatu cabaran dan tanggungjawab yang besar dan berat. Mampukah gerakan mahasiswa memikul beban ini? Apakah kita berdaya atau mampu melaksanakan tugas-tugas Khaira umatun ukhrijat linnas (ummah terbaik) yang ditampilkan kepada manusia? Inilah cabaran yang menunggu jawaban praktikal daripada kita sekalian.

Perlu disedari gerakan kemahasiswaan harus menekan persoalan gerak kerja dakwah yang berkesan, dengan praktik akhlak Islam yang betul dalam konteks haraki Lantaran tanpa akhlak pembelotan, pengkhianatan dan sindrom individu tercicir dari gerakan dakwah akan berlaku. Sejarah telahpun mencatatakan fenomena ini, di mana figure yang 'gagah' dan mantap sekalipun boleh tercicir. Kita khuatir dengan adanya sindrom ini persaudaraan bertukar menjadi permusuhan, idealisme hanyalah ibarat impian di siang hari.

Memang tidak mudah untuk berpaut dengan nilai-nilai murni seperti yang ditegaskan oleh ALlah. Apatah lagi dalam suasana yang penuh dengan ransangan yang menarik manusia supaya melutut kepada tuntutan syahwatnya. Tidak mudah untuk mengamalksn sikap-sikap mulia dan akhlak-akhlak yang luhur dalam kemelut masyarakat yang menghakis segala daya tahan dan daya juang aktivis Islam. Tepat seperti yang ditegaskan oleh ALlah:


"Kalaulah tidak kerana kurnia dan rahmat ALIah nescaya tidak ada seorang pun dari kamu yang disucikan (jiwa dan hati nuraninya) ".

Tidak dapat dibayangkan betapa suramnya gambaran nasib umat sekiranya golongan pendakwah khususnya mahasiswa Islam gagal menghayati nilai warisan ini. Kalau mereka gagal mencapai cita-cita besar yang merujuk kepada pengembalian penghayatan Islam maka ini adalah suatu yang malang. Akan tetapi yang lebih malang ialah apabila nilai-nilai suci dan murni agama ini gagal dihayati dalam peringkat diri, keluarga dan wadah sendiri. Untuk mengelakkan hal ini maka para Dai' harus mengatasi kelemahan diri masing-masing.Abu Nasr As-Saraj menyatakan bahawa dari segi adab manusia terbahagi kepada tiga peringkat:- Ahlu 'd-Dunia: kebanyakan realisasi adabnya ialah dalam bentuk (memperelok) gaya bahasa dan kefasihan, menghafal ilmu dan sya'ir gurindam.-Ahlu 'd-Din: kebanyakan manifestasi adabnya ialah mengasuh diri, mendisiplinkan anggota, menjaga batasan ALlah dan meninggalkan tuntutan syahwat.- Ahlu' I Khususiah : kebanyakan latihan disiplin diri mereka ialah menjernihkan hati, mengelokkan batin, menunaikan janji (antara hamba dan tuhannya), menjaga waktu, kurang melayani perasaan dan lintasan filciran (yang tidak bermakna), sikap dan bicaranya sopan ketika memohon, ketika mendekatkan diri kepada ALlah;

Tanpa bersikap prejudis kita percaya gerakan mahasiswa mampu mencipta budaya kerja serta arus pergerakan yang cemerlang, kiranya mereka dapat memanfaat, menggarapi serta menanamkan roh serta nilai-nilai unggul agama sebagai teras serta arah perjuangam Semangat kecemerlangan mcmang cukup menyerlah dalam pelbagai aspek ajaran Islam. Allah sendiri menyatakan diri-Nya dengan sifat-sifat superlatif seperti Ahsanu 'I-khaliqin (Pencipta yang terbaik), Ahkamu 'I-hakimin (Hakim yang mengungguli segala hakim) dan sebagainya manusia sendiri dinyatakan sebagai makluk yang berkualiti tinggi - ahsani taqwim (ciptaan terbaik).

Penutup

Sudah sekian lama gerakan mahasiswa berperanan di tengah-tengah masyarakat. Malah sudah sekian ramai juga pimpinan serta pengikutnya yang datang dan pergi dengan cita-cita masing-masing. Sejarah kemahasiswaan telah mencatitkan bahawa mereka berkebolehan melahirkan satu force, satu mainstream atau satu tenaga bertindak serta satu kekuatan perubah yang amat dihargai masyarakat.

Gerakan kemahasiswaan, dengan gandingan serta gabungan tenaga cendikiawan dan ulama' seperti yang sedang berlaku ini perlu ditingkatkan dalam kadar kekuatan serta kelemahan masing-masing. Barisan penda'wah mesti diperkukuhkan dengan ukhuwwah, mahabbah dan tajarrud ilaLlah (ketulusan niat dan tekad perjuangan semata-mata kerana ALlah). Kelompok pimpinan mahasiswa serta pengikut yang prihatin amat memerlukan keazaman, kebijaksanaan, kesabaran serta kesungguhan dalam bekerja bagi merealisasikan gerakan mahasiswa yang mantap untuk mencapai cita-cita seperti yang diidam-idamkan.

Terlalu banyak ruang dan bidang yang boleh dihubungkan dengan usaha-usaha mencapai kecemerlangan. Dalam kesempatan yang terbatas ini kita tentu tidak dapat memperincikan semuanya. Gerakan mahasiswa Islam yang peka dan arif dapat merasakan keperluan-keperluan yang mendesak dalam konteks merealisasi kebangunan Islam. Misalnya dalam bidang dakwah, komunikasi, alat-alat bantu yang bercorak Islam dan lain-lain.

Setiap ruang, yang kecil dan besar menunggu dan mengharapkan sumbangan umat Islam yang ikhlas dan bersungguh-sungguh. Tanah-tanah pusara dan tukang belulang yang reput di seluruh dunia menjadi saksi atas pengorbanan sekian banyak pejuang Islam yang tidak kenali yang tidak pernah mendapat apa-apa bintang kehormatan duniawi yang fana. Jika pejuangan bukan kerana ALlah, nescaya hidup dan usaha mereka menjadi sia-sia

.Apa yang dikemukakan di sini ialah beberapa pandangan serta panduan ringkas ke arah mencapai kecemerlangan dalam gerakan kemahasiswaan yang ternyata masih mempunyai jalan yang berliku. Ranjau-ranjau penghalangnya pula masih wujud dari dalam dan luar. Justeru itu usaha GAMIS sebegini merupakan langkah yang perlu didokong oleh seluruh mahasiswa Islam. Persatuan Ulama' Malaysia, melalui Sekretariat Pelajarnya yang telah ditubuhkan pula akan tetap bersedia membimbing, memberi panduan dan menunjuk-ajar, jika perlu, terhadap mana-mana perkara yang dikira sesuai. Hanya kepada Allah kita bertawakkal serta berserah, innahu La haula wala quwwata illa biLlah.


Oleh:Haji Abd. Ghani Haji SamsudinPersatuan Ulama' Malaysia


Seminggu di teluk gorek,benar-banar menenggelamkan ku dari informasi lagi-lagi yang bersumberkan dari web dan blog.Walaupun setiap malam ku tak terlepas dengan berita utama tv3 ketika di sana,namun isu pemakaian ini tak terlihat ku di kaca tv.Cumanya isu perletakkan dari ahli UMNO oleh Tun Tun Mahathir dan penghakiman batu putih mewarnai berita di kaca tv waktu itu.

Apapun yang dapat ku ulas di sini adalah secara peribadinya perkara ini perlu diberi perhatian oleh kementrian yang terlibat dan candangan tentang pemakaian tersebut sebenarnya adalah usaha dalam mengurangkan masalah sosial khususnya dari segi pemakaiaan yang boleh mendatangkan pemandangan kurang enak dari si pelihat.

Katakanlak kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya,dan memelihara kemaluannya:yang demikian itu lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya,Allah MahaMengetahui apa yang mereka perbuat.

An-nur ayat 30.

untuk selanjutnya,lihat ulasan ketua muslimat pas di harakahdaily dan artikel yang di tulis oleh Naib Presiden Helwi PKPIM berkaitan cadangan penambahbaikan tentang pemakaian ini.


Alhamdulillah yg dapat ku panjatkan kerana selesai sudah ku berkampung di teluk gorek,Mersing dalam menjalani kerja ukur goematik.Tak dapat kubayangkan sudah seminggu rupanya ku lelapkan mata di dorm teluk gorek. Teringan waktu zaman-zaman menginap di hostel dulu.Apapun perjalan progran yang ku sangka "ketat" jadualnya rupa-rupanya meleset.hehe jgn marah en.anuar

Ku gunakan sepanjang masa program tersebut untuk menceduk ilmu-ilmu kerja ukur dari sifu-sifu seperti en maisiri,en saifuddin(wak) ngan en Anuar.tak sangka mereka sungguh sporting.Apapun akan ku manfaatkan ilmu yang diturunkan.urm suubjek yang makan masa satu semester (dlm 13 minggu) dalam plan akademik,dapat di sattlekan di teluk Gerok.Tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya memanfaatkan peluang yang ada.

Akhir coret,Kepada 89 orang peserta yang turut sama dalam program tersebut,anda semua memang rakan yang best.Harap tak simpan dalam hati apa-apa teguran dari ku.Almaklumlah amanah penghulu bukan main-main.ku cuba berlaku adil sebaik mungkin dan jika ada teguran itu tandanya sayang dekat hampa semua.

Ops sebelum terlupa,kepada rakan-rakan,jgn lupa buat pembayaran penangguhan.RM155.00 sebelum 21hb 7.Jumpa lagi semester hadapan!

Selamat tinggal teluk gorek,Mersing.


Saturday, May 17, 2008

Sahabatku melewar..





Bila ku belek-belek gambar di folder simpanan ku, tersentuh sedikit hati ku bila melaihat gambar bermusyawarah bersama adik-adik.Mungkin kalian tidak rasa seperti yamg ku rasa,tp semangat ukhwah itu timbul dalam diriku. Kemungkinan semester hadapan kita bukankah jiran bersama. Fahim, zabidi ngan Amin telah bercadang nak belajar berdikari.harap-harap bila duk rumah sewa nanti, jangan lupa kan melewar. Puasa nanti sama-sama kita bergotong royomg menyediakan makanan ye.

Kepada Amin, ku tahu bertapa besarnya sumbangan mu dalam biro kerohanian dan mengharapkan segala sumbanganmu mendapat pembalasan di akhirat kelak.dan yang lain, ku rindu terhapat gelak tawa kalian semua.Moga-moga di panjangkan umur untuk berjumpa lagi pada semester hadapan..aMIN,ZABIDI,FAHIM,SHAHARUN,RAZI dan KHAIRU
L,kalian la pembakar semangat ku dikala ku berada dalam kerungsian..

Hari guru. Itulah yang ku terfikir untuk ku tulis dalam artikal kali ni. Sedar atau tidak,sudah hampir 15tahun ku berada di landasan menuntut ilmu. Mulai ku kenal erti persekolahan seawal usia 5 tahun lagi.Taska abim bt40 menjadi titik permulaan ku melangkah di alam pra persekolahan dan di situlah aku mengenal erti guru. Tidak dapat ku nafikan,aku tidak dapat mengingati tiap-tiap guruku di peringkat pra persekolahan itu,namun jasa mereka semua memang tidak boleh kulupakan. Melangkah ku kealam persekolah benar-benar mengukuhkan ku lg tentang pentingnya ada insan bernama "guru".



ku cuba mengigati kembali insan-insan yang mendidik ku dsi alam persekolahan rendah dulu.Ketegasan cikgu khairuddin, cikgu hairudin masih mengiang-ngiang dalam pemikiran ku.Kelibat cikgu Kosmadi yang memdedahkan ku dalam ilmu sains sedikit sebanyak mengembalikan nostalgia ku.Tidak dilupakan jua kepada ustazah suadah dan ustazah zainon yang memberi pendedah agama dalam pembelajaran ku sepanjang enam tahun di sekolah rendah Tun Dr Ismail. Nama-nama lain seperti cikgu iaishah,cikgu Ambriati, cikgu Haslina, cikgu Zakiah,cikgu Ramli,cikgu Talha dan teacher Amnah sebenarnya terlalu banyak pengorbananku dalam diriku.Mugkin sekadar ni sahaja coretan ku.Ku tumpukan nama-nama yang berlegar di kepalaku ini semua guruku ketika ku dibangku sekolah rendah.Namun ku noktahkan sementara coretanku ini dengan ungkapa " terima kasih guru!"