Monday, March 23, 2009

Dengan hikmah kita meneroka.


Sejak moto terbaru UTHM ini diperkenalkan, ramai yang cuba mengupaskannya kerana mempunyai seribu satu makna yang tersirat. Memang susah untuk di terjemahkannya lebih-lebih lagi perkataan tersebut terpapang dengan megah bersebelahan pintu masuk universiti beserta kelibat lebah yang meghiasi iklan tersebut. Apa yang cuba penulis kaitkan adalah dalam persoalan ini adalah bermainnya perkataan “hikmah” di bibir mulut warga UTHM daripada peringkat staff hinggalah di peringkat mahasiswa.

“ Kau ni,kalau nak tegur,mestilah dengan berhikmah” “Awak ni,jgn excited sgt,kita mesti berkihmah dlm nak wat tindakani”

Begitulah antara dialog yang pernah penulis dengar sejak terteranya moto baru universiti yang berbunyi “dengan hikmah kita meneroka”. Tetapi apa yang penulis nak bawa di sini adakah kita mengerti apakah maksud sebenarnya perkataan “hikmah” tersebut?Adakah hikmah merupakan sesuatu yang berbebtuk berbentuk aggresif atau defensif? Ataupun hanya seindah-indah madah untuk membolehkan sesuatu tindakan tidak perlu di buat? Penulis akan cuba meneroka dulu perkataan hikmah tersebut sebelum bermulanya penerokaan...

Jika di izinkan Allah aku akan melangkah ke alam kejuruteraan tidak lama lagi. Selepas ini bukan masa lagi untuk berteori tetapi memanfaatkan segala ilmu yang telah di pelajari. Bersediakah aku sebagai jurutera bangunan ataupun jurutera manusia ? Kedua-duanya saling berkait dan aku berharap sangat dapat menjalankan kedua-dua tugas tersebut yang merupakan suatu amanah bagiku.

Sebelum ini, apabila melihat binaan khususnya yang di reka oleh kontraktor di kampung-kampung, bangunan itu tetap akan tertegak seperti yang dirancang. Walaupun si kontraktor mungkin tidak mempelajari ataupun mengenali apa itu rekabentuk konkrit, rekabentuk keluli, pengurusan pembinaan dan sebagainya, peghasilan sebuah binaan pasti akan berlaku. Malahan mereka mesti tidak mengetahui apakah itu British Standard(BS) yang menjadi "kitab" wajib mahasiswa sepertiku mengetahuinya.

Bait-bait lagu ini ada berbunyi. “Ilmu duniawi boleh di cari, panduan hidup amal berbakti”. Aku mengharapkan pencarian ilmu duniawi ini adalah medium untuk aku berbakti dalam masa yang sama ada sumbangan untuk agamaku sendiri.

Apa-apa yang di nyatakan dalam “kitab” tersebut wajib di patuhi walaupun dalam bilangan angka yang kecil sebab mana ianya berkait dengan kelangsungan sesebuah binaan. Daripada asas, rasuk, tiang, lantai, dinding, tangga dan sebagainya telah di nyatakan dalam “kitab” tersebut.

Memang tidak dapat di nafikan lagi lihat sendiri betapa hebatnya kitab tersebut. Sehinggakan tiada satu pun alasan untuk kita menafikannya walaupun mungkin cuba disampaikan dengan berhikmah. Pendek kata, kalulah nilai yang di kira melebihi nilai yang telah dinyatakan dalam kitab tersebut, nescaya robohlah binaan yang di rancang.

Wah! memang hebatnya penangan kitab ini. Dia berjaya diprogramkan di minda setiap bakal jurutera untuk di jadikan bahan rujukan utama khususnya dalam pembinaan!!! Dan ini merupaka suatu realiti bukannya fantasi! Tetapi harus aku ingat, selaku seorang bakal jurutera aku masih ada lagi rujukan tertinggi iaitu Al-Quran.Tetapi alangkah baik sekiranya setiap yang di nyata Al-Quran tersebut wajib di ikuti seperti bab berkaitan halal haram dan sebagainya. Pendek kata apabila hukuman telah di nyatakan secara jelas dalam Al-Quran, memang tiada yang boleh di sanggahnya walaupun di bahas dengan berhikmah menggunakan akal fikiran manusia.Renungkanlah...

Friday, March 20, 2009

Rakyat boleh berfikir

Alahai Ali Rustam, Bercakap Macam Orang Tak Sekolah!

Siaran berita TV3 jam 8.00 malam sebentar tadi menyiarkan satu berita menarik dari Melaka. Ianya mengenai penghantaran memorandum oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka ke Pejabat Ketua Menteri selepas solat Jumaat petang tadi yang meminta Ali meletak jawatan Ketua Menteri. Juga dipaparkan dalam TV3 bagaimana selepas penghantaran memorandum itu, kereta yang membawa Timbalan Ketua AMK Melaka itu diserbu dan dibaling dengan objek menyerupai batu oleh penyokong-penyokong Ali yang berdemonstrasi membantah penghantaran memorandum itu. Wah, UMNO Melaka merusuh lagi, kata saya kepada isteri di sebelah! Akhir sekali disiarkan juga komen Ali Rustam terhadap penghantaran memorandum itu.

Memandangkan berita ringkas itu sangat menarik perhatian saya, saya cuba mencari berita lanjut dalam beberapa akhbar online, sama ada milik pemerintah, pro-pembangkang atau berkecuali, malangnya saya tidak menemuinya. Mungkin beritanya ada terselit di mana-mana, tapi saya tidak terperasan mengenainya.

Yang menarik perhatian saya dalam siaran berita dari Melaka itu ialah pertama, cara UMNO Melaka menghadapi situasi yang menyentuh ketua mereka. Sebelum ini mereka merusuh di PWTC, lepas itu merusuh di depan pejabat SPRM Melaka dan kini merusuh di pejabat Ketua Menteri pula. Dulu mereka kata ‘demonstrasi bukan budaya kita’, tapi kini bila terkena batang hidung sendiri slogan itu sudah ditukar kepada ‘demonstrasi perlu jika kami yang kena’.

Yang kedua, saya tertarik kepada komen Ali yang berkata gesaan beliau meletak jawatan merupakan satu gimik politik pembangkang yang tidak perlu dilayan. Dia seterusnya berkata mengapa Lim Guan Eng yang pernah dipenjarakan boleh menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dan mengapa Anwar Ibrahim yang juga pernah dipenjarakan boleh menjadi Ketua Pembangkang.

Saya tergelak sehingga tersembur keluar kopi pahit dimulut mendengar komen Ali itu. Lawak sungguh Ali Rustam, cakap macam budak pendek akal! Memang benar Lim Guan Eng pernah masuk penjara kerana membela budak perempuan Melayu 14 tahun yang dikatakan diperkosa oleh Rahim Thamby Chik. Tetapi Lim Guan Eng telah membayar harga ‘kesalahan’nya membela budak perempuan itu dengan meringkuk 18 bulan dalam penjara. Begitu juga dengan Anwar yang telah membayar harga ‘kesalahannya’ dengan meringkuk di penjara selama 7 tahun.

Ali Rustam pula didapati bersalah oleh partinya sendiri, tetapi sudahkah dia membayar harga kesalahannya dengan meringkuk di penjara seperti Guan Eng dan Anwar? Jika Ali hendak menyamakan takdirnya dengan Guan Eng dan Anwar mudah saja: rujuk kes ini ke mahkamah dan jika di dapati bersalah masuklah beberapa tahun dalam penjara. Selepas keluar, beliau bolehlah jadi Ketua Menteri semula. Jika Ali berani berbuat demikian, barulah dia boleh menyamakan dirinya dengan Guan Eng dan Anwar.

Benar kata isteri saya: Ali Rustam bercakap macam orang tak sekolah!

http://pendikargunung.blogspot.com

Wednesday, March 18, 2009

bilakah lagi,kita semua satu hati

hampir sebulan tidak terusik blog ini dgn artikel dariku...namapknya aku tidak istiqamah dalam penulisan ini.Mungkin di sebabkan kelemahan diri ini dalam menguruskan diri dan waktu...Namun blog ini akan di bangunkan semula dengan wajah baru dan idea-idea yang segar seiring dgn usia ku ini...nantikan