Monday, March 23, 2009

Bermulalah sebuah binaan kehidupan

Jika di izinkan Allah aku akan melangkah ke alam kejuruteraan tidak lama lagi. Selepas ini bukan masa lagi untuk berteori tetapi memanfaatkan segala ilmu yang telah di pelajari. Bersediakah aku sebagai jurutera bangunan ataupun jurutera manusia ? Kedua-duanya saling berkait dan aku berharap sangat dapat menjalankan kedua-dua tugas tersebut yang merupakan suatu amanah bagiku.

Sebelum ini, apabila melihat binaan khususnya yang di reka oleh kontraktor di kampung-kampung, bangunan itu tetap akan tertegak seperti yang dirancang. Walaupun si kontraktor mungkin tidak mempelajari ataupun mengenali apa itu rekabentuk konkrit, rekabentuk keluli, pengurusan pembinaan dan sebagainya, peghasilan sebuah binaan pasti akan berlaku. Malahan mereka mesti tidak mengetahui apakah itu British Standard(BS) yang menjadi "kitab" wajib mahasiswa sepertiku mengetahuinya.

Bait-bait lagu ini ada berbunyi. “Ilmu duniawi boleh di cari, panduan hidup amal berbakti”. Aku mengharapkan pencarian ilmu duniawi ini adalah medium untuk aku berbakti dalam masa yang sama ada sumbangan untuk agamaku sendiri.

Apa-apa yang di nyatakan dalam “kitab” tersebut wajib di patuhi walaupun dalam bilangan angka yang kecil sebab mana ianya berkait dengan kelangsungan sesebuah binaan. Daripada asas, rasuk, tiang, lantai, dinding, tangga dan sebagainya telah di nyatakan dalam “kitab” tersebut.

Memang tidak dapat di nafikan lagi lihat sendiri betapa hebatnya kitab tersebut. Sehinggakan tiada satu pun alasan untuk kita menafikannya walaupun mungkin cuba disampaikan dengan berhikmah. Pendek kata, kalulah nilai yang di kira melebihi nilai yang telah dinyatakan dalam kitab tersebut, nescaya robohlah binaan yang di rancang.

Wah! memang hebatnya penangan kitab ini. Dia berjaya diprogramkan di minda setiap bakal jurutera untuk di jadikan bahan rujukan utama khususnya dalam pembinaan!!! Dan ini merupaka suatu realiti bukannya fantasi! Tetapi harus aku ingat, selaku seorang bakal jurutera aku masih ada lagi rujukan tertinggi iaitu Al-Quran.Tetapi alangkah baik sekiranya setiap yang di nyata Al-Quran tersebut wajib di ikuti seperti bab berkaitan halal haram dan sebagainya. Pendek kata apabila hukuman telah di nyatakan secara jelas dalam Al-Quran, memang tiada yang boleh di sanggahnya walaupun di bahas dengan berhikmah menggunakan akal fikiran manusia.Renungkanlah...

0 comments: