Tuesday, April 28, 2009

Kepimpinan ulama pilihan terbaik.


"Kepimpinan Ulama hanyalah satu arah tuju yang dilihat sebagai pengemudi parti. Ulama laksana juruterbang yang membawa kapal terbang atau nahkoda bagi sebuah kapal. Namun itu bukan kerja dia seorang tetapi beserta kakitangannya. Hal ehwal penumpang, kebajikan, keselamatan diuruskan oleh yang bukan 'pilot'. Kesinambungan itu yang membuatkan sesuatu perjalanan menjadi lancar."

Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din

Friday, April 17, 2009

SPR bodohkan rakyat ?

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melarang semua parti politik membawa penyokong terlalu ramai bagi mengiringi calon masing-masing pada hari penamaan calon, bagi mengelak berlaku kekecohan.bersambung

Nampaknya SPR semakin sempit dalam berfikir sehinggalah mengeluarkan cadangan terbaru berkaitan proses penamaan calon. Tetapi kepada siapakah agaknya " peraturan baru" ini di tujukan? Adakah kepada Kesemua parti politik yang bertanding? Mahasiswa yag cerdik boleh memikirkannya.

Istilah membawa penyokong terlau ramai adalah tidak berasas sama sekali. Kita sedia maklum kehadiran penyokong rata-rata adalah mereka yang datang dengan perbelanjaan kewaangan sendiri dan sebagai suatu sokongan kepada parti yang terlibat.Jadinya siapakah SPR untuk menghalang mereka daripada datang sewaktu penamaan calon nanti?



Jika alasan keselamat di bangkitkan, adakah SPR yang akan menjaga penyokong-penyokong ini? Ingatlah bahawa penyokong-penyokong yang hadir di temani ribuan polis yang "wajib" di kerahkan tenaganya dalam sesuatu pilihanraya. Oleh itu, tidak perlulah SPR berbunyi walhal Polis masih lagi boleh menjalankan tanggungjawabnya.

Kesimpulannya mudah. SPR semakin terdesak dalam menenggelamkan kebangkitan rakyat.Sepatutnya SPR kena fahan akan tugas sebenarnya yang mudah. Berlaku adil dalam mengatur sistem pilihanraya.Pandai-pandailah pengundi menentukannya.


Tahniah kepada adik Nik Nur Madiah yang akhirnya meletakan solat isthiharah dalam mencari keputusan yang terbaik. Pemilihan menuntut di Jordan merupakan suatu pilihan yang terbaik bagi beliau. Di samping berpotensi dijadikan "role Model" generasi muda muslimah yang berjaya dalam pelajaran, penulis mengharapkan beliau terus membuktikan bahawa kebergantungan diri kepada Allah serta pegangan agama yang kukuh adalah asas sesebuah kejayaannya di samping usaha yang bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu.

Nik Nur Madihah pilih Jordan lanjutkan pelajaran

KUALA LUMPUR – Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Muhd. Kamal, 18, memilih Jordan untuk melanjutkan pelajaran di bawah biasiswa Bank Negara Malaysia.

Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah melakukan solat Istikharah dengan memilih bidang Fizik Islam.

“Saya akan berlepas ke sana pada bulan Ogos atau September ini.

“Buat masa ini saya sedang membuat penyelidikan bersama pihak Bank Negara untuk memilih universiti terbaik dalam bidang Fizik Islam,” katanya.

Nik Nur Madihah berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan buku kisah hidupnya bertajuk Catatan Hati Nik Nur Madihah terbitan Hijjaz Records Publishing (HRP) di sini semalam.

www.kosmo.com

Monday, April 13, 2009

Antara dua demokrasi

GENTING HIGHLANDS: Bakat baru, Ahmad Nabil Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Nabil, dipilih sebagai Bintang Paling Popular pada majlis kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, yang berlangsung di sini, malam tadi.

Nabil, 26, yang meraih 127,524 undi, meraih gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tinggi iaitu Mawi yang menerima 55,080 undi, Datuk Siti Nurhaliza (29,676), Aznil Nawawi (18,864) dan kumpulan Meet Uncle Hussain (11,784).
Nabil memenangi hadiah utama kereta Nissan Sylphy 2.0L berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, barang kemas Rafflesia bernilai RM150,000 tajaan Rafflesia The Pearl Centre serta pakej penginapan bernilai RM8,000 tajaan Palace of the Golden Horses, selain trofi.
www.bharian.com

BUKIT GANTANG, 7 April (Hrkh) - Keputusan rasmi, calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meraih 21,860 undi, manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi, dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris hanya 62 undi. Dengan itu Nizar diisytihar menang dengan majoriti 2,789 undi.

Keputusan tidak rasmi jam 9.20 malam, calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin menang dengan undi (21,860), mengalahkan BN (19,071) dan Bebas (62). Majoriti - 2,789 (majoriti dalam pilihan raya 2008 - 1,566).

Dalam masa terdekat ini mungkin kita boleh merenung perjalanan politik di negara kita.Tidak dapat dinafikan kesan prk di dua bukit sedikit mempengaruhi perjalanan parti politik di negara kita. beberapa isu yang timbul mungkin kita boleh ulas bersama dalam sedikit masa lagi.


"China, India bukan pengemis"
Pengundi bukan Melayu "tidak mahu dilayan seumpama pengemis" - apabila menjelang pilihanraya, mereka ditaburkan dengan pelbagai projek pembangunan dengan harapan mereka memilih calon BN, kata jurucakap rasmi MCA.

"Bukan Melayu tidak suka dilayan seperti peminta sedekah, hanya ketika pilihanraya kecil, lebih banyak penaikan taraf jalan dilakukan, peruntukan kepada sekolah, NGO dan badan amal meningkat," kata ahli jawatankuasa pusat parti itu Lee Wei Kiat.


Md Isa 'produk haram' UMNO, kata Hashim
Sambil menyifatkan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu sebagai "produk haram" tradisi Umno, Hashim berkata, menteri besar itu harus melihat sejarah Umno di mana pengerusi perhubungan negeri, selalunya dilantik memegang jawatan tersebut.


Khir Toyo sokong Muhammad Taib diganti
Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menyokong desakan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan pengerusi perhubungan Umno Selangor daripada Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

baca seterusnya setiap artikel ini di www.malaysiakini.com

Friday, April 3, 2009

Kelab Iqra berpolitik?


Pada 4 April ini akan di adakan kejohanan futsal antara masjid di sekitar Sri Gading anjuran Pusat Islam UTHM.Apa yang menariknya adalah kejohanan tersebut di jalankan untuk merebut piala Dato’ Naib Cancelor UTHM serta menawarkan hadiah berupa wang ringgit untuk pasukan pemenang.

Program yang melibatkan pejabat Pusat Islam UTHM sebagai penganjur utama turut mengundang pemuda UMNO dan Kelab Iqra beserta JTPI sebagai penganjur bersama. sebagai selah seorang ahli sahabat Iqra, saya berpendirian bahawa kelab Iqra telah lari daripada landasannya jika ia benar sebagai kelab yang non partisan.

Justeru itu, saya berasa kesal dengan kepimpinan Kelab Iqra yang seolah-olah tidak mengetahui undang-undang dan dalam masa yang sama menjalinkan sesuatu hubungan dengan parti politik. Maka sebelum ini ura-ura yang Kelab Iqra seolah-olah mewakili parti politik pembangkang terjawab dengan jalinan kerjasama dalam suatu penganjuran program dengan pemuda UMNO. Persoalannya adakan Kelab Iqra merupakan sayap UMNO di kampus ini?


Akta universiti dan kolej universiti (pindan) 2009

2) Suatu pertumbuhan badan atau kumpulan pelajar universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan boleh mempunyai apa-apa penggabungan, persekutuan atau urusan lain dengan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sama ada iadi dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam

atau di luar Malaysia, selain—
(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;


FASAL 3 - Asas & Tujuan
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.

Apa pun persoalannya, saya tetap berpendirian bahawa tindakan yang di buat oleh Kelab Iqra dan Jawatankuasa Pusat Islam adalah menyalahi AUKU dalam pindaan 2009. Oleh itu, SAYA MENCABAR agar Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM mendakwa presiden Kelab Iqra dan JTPI dalam penganjuran program tersebut di bawah AUKU.

Tetapi sekirangnya tiada tindakan yang di ambil, kita dapat simpulkan bahawa penganjuran program tersebut adalah sah walaupun sebenarnya jelas melanggar AUKU. Oleh itu, untuk membuktikan kelab Iqra dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik, molek sekiranya Kelab Iqra menganjurkan program yang sama dengan parti politik yang berbeza.Bersediakah wahai kepimpinan kelab Iqra'?




Setelah selesai majlis angkat sumpah pada pagi tadi, maka dengan rasminya YAB Dato' seri Najib Bin Tun Abd Razak di lantik sebagai Perdana menteri Malaysia yang ke enam. Dangan itu lengkaplah teori R.A.H.M.A.N yang di isi oleh Najib sebagai perdana menteri ke enam tersebut. Di imbas kembali bekas-bekas perdana menteri Malaysia yang sebelum ini di mulakan dengan Tunku Abd Rahman (R), Tun Abd Razak(A), Tun Hussein Onn (H) saterusnya Tun Mahathir(M) sebelum di pegang oleh Tun Abdullah (A) sehingga melepaskan jawatannya pada pada 2hb April.

Tahniah dan syabas di atas tangungjawab yang perlu di pikul oleh kepimpinan negara yang baru ini. Kemunculan banting dan bena yang terpampang wajah YAB Dato' Seri Najib telah menghiasi keseluruhan jalan di kampus UTHM sedikit memeranjatkan. Slogan "peneraju perubahan" yang terpampang bersama setiap banting di universiti di harapkan bukan sekadar paparan semata-mata. Dan saya menjangkakan bahawa UTHM adalah IPTA yang pertama meraikan pemilihan YAB Dr Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru itu.

Penerimaa YAB Dato' Seri Najib di masa negara bakal menghadapi krisis ekonomi adalah suatu cabaran awal bagi perdana menteri yang ke enam ini. Ianya sekilas seperti Barack Obama yang mengambil alih kerusi Presiden Amarika Syarikat di waktu ekonomi dunia tengah bergelora. Walaubagaimanapun di harapkan segala pandangan serta tomahan terhadap perdana menteri baru khususnya berkaitan isu Altantunya dan pembelian Kapal selam harus di tangani dengan bijak. Ini kerana melibatkan orang nombor satu negara yang secara tidak langsung mencerminkan keadaan negara ini.

Kita bukanlah hakim dalam menilai sesuatu kesalahan atau isu yang berlaku masa kini. Tetapi saya sependapat dengan saranan daripada Timbalan Presiden Pas iaitu Ustaz Nasaruddun Mat Isa supaya kerajaan Malaysia amnya di bawah kepimpinan baru menyaman atau mendakwa mana-mana akhbar luar negara yang melaporkan berita berkaitan isu ini. Dengan itu, imej perdana menteri yang baru ini dapat di bersihkan dengan penafian perkara tersebut. Dan sekiranya di pihak kerajaan dan YAB Dato' Seri Najib masih lagi berdiam diri tanpa membuat tindakan mendakwa mana-mana akhbar luar tersebut, maka seolah-olah apa yang di laporkan itu adalah benar dan ini boleh membawa imej negatif kepada perdana menteri sendiri amnya dan malaysia sendiri khasnya.