Friday, April 17, 2009

Jordan keputusan Istikharah


Tahniah kepada adik Nik Nur Madiah yang akhirnya meletakan solat isthiharah dalam mencari keputusan yang terbaik. Pemilihan menuntut di Jordan merupakan suatu pilihan yang terbaik bagi beliau. Di samping berpotensi dijadikan "role Model" generasi muda muslimah yang berjaya dalam pelajaran, penulis mengharapkan beliau terus membuktikan bahawa kebergantungan diri kepada Allah serta pegangan agama yang kukuh adalah asas sesebuah kejayaannya di samping usaha yang bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu.

Nik Nur Madihah pilih Jordan lanjutkan pelajaran

KUALA LUMPUR – Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Muhd. Kamal, 18, memilih Jordan untuk melanjutkan pelajaran di bawah biasiswa Bank Negara Malaysia.

Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah melakukan solat Istikharah dengan memilih bidang Fizik Islam.

“Saya akan berlepas ke sana pada bulan Ogos atau September ini.

“Buat masa ini saya sedang membuat penyelidikan bersama pihak Bank Negara untuk memilih universiti terbaik dalam bidang Fizik Islam,” katanya.

Nik Nur Madihah berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan buku kisah hidupnya bertajuk Catatan Hati Nik Nur Madihah terbitan Hijjaz Records Publishing (HRP) di sini semalam.

www.kosmo.com

0 comments: