Pagi ini, terdetik untuk mencari laman-laman web yang berkaitan dengan kepimpinan generasi muda dalam negara kita. Cuba mencari seramai mungkin ikon kepimpinan pemuda sama ada dari parti poltik mahupun NGO. Tetapi carian tersentak apabila terbaca artikel di KPMU.net. Artikelnya sungguh biadap dalam merungkai berkaitan kepimpinan ulama. Ditambah dengan soalan polls yang berbunyi "bilakah Nik Aziz akan bersara dalam politik ?". Sungguh menyakitkan apabila terbaca pilihan jawapan dalam polls tersebut..Biadap, kurang ajar, tiada sifat hormat kepada golongan agama yang dapat saya lontarkan kepada KPMU.net.Sekiranya beginilah keaadannya, marilah kita berdoa agar "mereka" akan mendapat petunjuk dari Allah.