Monday, August 24, 2009

One Malaysia ?




Rasanya semua rakyat Malaysia telah maklum dengan slogan 1Malaysia ini. Pembaca berita pun memulakan mukadimahnya dengan ucapan salam 1Malaysia.Saya tidak ingin mengupas panjang akan konsep 1Mlaysia tersebut.Mungkin terlalu awal untuk di kajikan sehingga pada suatu hari saya menerima YM dari teman lama yang minta pandangan berkaitan One Malaysia = One Israel.

Spontan saya jawab bahawa lontaran idea itu agak berat dan saya tidak mengiyakan mahupun menafikannya.Tetapi setelah cuba mencari dan mencari dalam jaringan internat, pelbagai yang saya temui.

www.wikipedia.org/wiki/One Israel



Terkejut!!! itu yang saya gambarkan bila mengetahui negara laknatullah ini pun mengguna slogan yang sama pada awal 1980.Namun saya tidak bermaksud ingin mengulas "kebetulan" pengguna slogan yang sama oleh kedua-dua negara ini dengan meneruskan Carian berkaitan One Israel di sehinggalah menemui laman web tersebut.



www.oneisraelfund.org






www.onejerusalem.org


Adakah ini kebetulan???mari sama-sama kita rungkai persoalan ini.

Wednesday, August 19, 2009

Mari Berusrah!!!

Saturday, August 15, 2009

Mufti berkempen untuk UMNO di Mesir?




berita seterusnya

Di hari meniti kehadiran Ramadhan pada kali ini, pelbagai pekhabarab si terima terhadap insan-insan yang "pergi tak kembali" buat selamanya. Awalnya di kejutkan dengan pemergian Allahyarham Ust Hamdan (YB Pengkalan Pasir) yang meletakkan jentera Parti Islam bersedia dalam menghadapi pilihanraya kecil yang di jadualkan pada 18hb Ogos ( penamaan calon) dan 25hb Ogos( hari mengundi). Sehingga artikel ini di tulis juga, sudah di beritakan hampir 55 orang menjadi korban virus influenza A H1N1. Peningkatan angka korban juga merupakan suatu yang membimbang dalam usaha menangani wabak ini dari terus merebak.

Seterusnya adalah pemergian insan yang paling hampir dengan Ayahanda ku iaitu kematian bondanya yang tercinta pada pagi selasa 11 Ogos pada jam 9.20 pagi. Pemergian nendaku yang menjangkau usia hampir 85 tahun itu membuat seluruh sanak saudara berasa sebak atas pemergiannya. Perjalanan terakhir Allahyarhamah nenda tercinta.




Selang beberapa hari selepas pemergian nenda tercinta, ikon nasyid tanah air iaitu Allahyarham ustaz Asri pula di panggil menghadap Ilahi ketika dalam rakaman sebuah rancangan bersempena Ramadhan nanti. Pemergiannya mengingatkan kita terhadap bait-bait lirik lagu "pergi tak kembali " yang menyetuh semua jiwa umat islam. Lagu itu kembali sebagai peringatan bersama bahawa kematian adalah suatu yang pasti dan setiap manusia akan pasti merasainya.

Di doakan agar seluruh insan yang di panggil menemui ilahi agar di tempat bersama-orang-orang yang soleh. Kepada yang masih bernyawa, ingatlah bahawa perkhabaran maut itu akan tiba masanya dan tidak akan dilewat atau di percepatkan walaupun sesaat masanya.

Al-fatihah...