Sunday, November 29, 2009

Program Qurban PAS Kaw. Sabak Bernam


Kelihatan ketua Urusan Dewan Ulama' ( Ust Ismail ) dan S/U PAS Kaw. Sabak Bernam bersama-sama dalam program Qurban tersebut.






Gandingan dua orang muda kawasan yang bakal menggegarkan PRU13 nanti.Nantikan...




Bakal adun Sabak merangkap YDP Kaw. (Ust Sallehin) sedang melapah daging bersama peserta-peserta program Qurban.



Daging yang siap dilapah sedia untuk diagihkan.


HAYATI FALSAFAH IBADAH HAJI.

Perkara pertama yang diperintahkan Allah S.W.T ke atas manusia ialah solat dan berpuasa merupakan pengorbanan dengan meninggalkan makan dan minum sepanjang bulan Ramadhan. Kita buktikan sehingga sanggup berlapar bagi mentaati perintah Allah S.W.T. Manakala haji pula merupakan lawatan ke rumah Allah. Kita melakukan tawaf dikeliling jutaan manusia kerana menuntut perintahNya.

Pengorbanan mengerjakan haji apabila kita sanggup membelanjakan harta dan wang ringgit. Kita juga berkorban meninggalkan keluarga dan terpisah buat sementara waktu. Wukuf di Arafah tidak ada satu cara dalam falsafah hidup manusia apabila terpaksa berenti melakukan urusan kehidupan di dunia dengan melakukan ibadah iaitu wukuf.

Kita tidak boleh melakukan sebarang gangguan termasuk menebang pokok, mencabut rumput atau membunuh binatang dengan berburu ketika itu. Kita hanya tunduk dan patuh khusus kepada Allah dengan melakukan amalan zikir, tasbih, dan membaca Al-Quran. Namun bagi mereka yang tinggal jauh dari Makkah, kita masih boleh melakukan Wukuf dengan mengerjakan solat lima waktu sehari semalan.

Marilah juga kita mengambil pengorbanan besar yang dipamerkan Nabi Ibrahim A.S yang ikhlas beribadah kepada Allah. Maka kesempatan meyambut Hari Raya AidilAdha ini saya mengucapkan selamat menjalani ibadah korban semoga amalan kita diterima Allah taala.

Kepada Rakyat Kelantan dan umat Islam di seluruh negara, marilah sama-sama kita merebut peluang dengan kehadiran AidilAdha bagi melipatkan gandaan lagi amalan soleh.

Allahu Akbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar…

Monday, November 9, 2009

Permata hati...



Hampir 12 hari kedua permata hati ku berada di tanah suci.Alhamdulillah mereka di beri kesempatan daripada jutaan umat Islam menjadi tetamu Allah dalam Ibadah haji pada tahun ini. Semoga di beri kekuatan fizikal dan rohani dalam melaksanakan ibadah haji kali ini.Walaupun berjauhan, ketahuilah bahawa dikaulah permata hatiku dulu,kini dan selamanya....

Thursday, November 5, 2009

Aku kembali menulis...


Hampir tiga bulan aku tidak menulis dalam ruangan ini.Seolah-oleh ruangan ini benar-benar tidak bermilik. Roh menulis juga telah hilang dalam sementara waktu ini.Tidak menulis bukan bermakna aku tidak cakna dengan isu semasa tetapi mungkin jua sebabkan kelemahan pihak ku. Namun aku akan kembali mencurahkan idea sama ada mengupas isu semasa mahupun berkongsi ilmu demi manfaat bersama. Sudah tiba masanya aku kembali menulis….