HAYATI FALSAFAH IBADAH HAJI.

Perkara pertama yang diperintahkan Allah S.W.T ke atas manusia ialah solat dan berpuasa merupakan pengorbanan dengan meninggalkan makan dan minum sepanjang bulan Ramadhan. Kita buktikan sehingga sanggup berlapar bagi mentaati perintah Allah S.W.T. Manakala haji pula merupakan lawatan ke rumah Allah. Kita melakukan tawaf dikeliling jutaan manusia kerana menuntut perintahNya.

Pengorbanan mengerjakan haji apabila kita sanggup membelanjakan harta dan wang ringgit. Kita juga berkorban meninggalkan keluarga dan terpisah buat sementara waktu. Wukuf di Arafah tidak ada satu cara dalam falsafah hidup manusia apabila terpaksa berenti melakukan urusan kehidupan di dunia dengan melakukan ibadah iaitu wukuf.

Kita tidak boleh melakukan sebarang gangguan termasuk menebang pokok, mencabut rumput atau membunuh binatang dengan berburu ketika itu. Kita hanya tunduk dan patuh khusus kepada Allah dengan melakukan amalan zikir, tasbih, dan membaca Al-Quran. Namun bagi mereka yang tinggal jauh dari Makkah, kita masih boleh melakukan Wukuf dengan mengerjakan solat lima waktu sehari semalan.

Marilah juga kita mengambil pengorbanan besar yang dipamerkan Nabi Ibrahim A.S yang ikhlas beribadah kepada Allah. Maka kesempatan meyambut Hari Raya AidilAdha ini saya mengucapkan selamat menjalani ibadah korban semoga amalan kita diterima Allah taala.

Kepada Rakyat Kelantan dan umat Islam di seluruh negara, marilah sama-sama kita merebut peluang dengan kehadiran AidilAdha bagi melipatkan gandaan lagi amalan soleh.

Allahu Akbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar…

0 comments: