1.Hampir sebulan aku tidak memberi reakasi dan pandangan terhadap isu-isu semasa. Sehinggalah kali terakhir aku hanya sekadar memaklumkan program SPIES yang dijalankan didaerahku ini. Dengan kehidupan diri yang terus diamanahkan tanggungjawab kerja dan kerja-kerja Islamku, aku bukannya tidak mengikuti perkembangan isu semasa tetapi perananku hanya sekadar mengetahui tetapi belum cuba mengulas.

2.Seharusnya aku harus lebih peka dan mengambil berat terhadap isu semasa. Sehinggalah bermulanya 1431H yang beberapa hari kemudian meninggalakn 2009 dalam lipatan sejarah. Rupanya tahun baru ini di hidangkan dengan pelbagai ragam yang melucukan seperti kehilangan enjin sebuah pesawat, kenaikkan harga gula dan sebagainya.Tetapi isu-isu yang dinyatakan tadi tenggelam dengan munculnya keputusan mahkamah membenarkan bahawa kalimah Allah boleh di gunakan dalam akhar minggu HERALD oleh penganut kristian.

3.Aku bukanlah ustaz zaharuddin yang mampu memberi pandangan terhadap isu tersebut dari sudut agama, mahupun berhujjah seperti saudara hanifa maidin melalui tulisannya dalam keluaran harakah terbaru ini, tetapi aku terpanggil dalam menilai beberapa pandangan dalam keterbatasan ilmu ini di samping melihat puluhan demostrasi yang telah dijalankan terhadap isu tersebut.

Demostrasi di Masjid Negara. Islam Atau Melayu?

4.Pelbagai reaksi segera dapat di lihat seperti himpunan aman, laporan Polis dan penyerahan Memorundum dalam memperjuangkan isu ini. Umumnya ramai yang meletakkan diri mereka sebagai pembela agama khasnya. Pelbagai NGO Islam khususnya dan bermacan gabungan dan gerakan wujud memperjuangkan isu ini dan meminta pengggunaan kalimah Allah ditarik balik penggunaan nya keatas orang Kristian. Ironinya semangat pembela agama yang ditunjukkan sedikit sebanyak melihatkan kekuatan umat Islam itu sendiri tetapi harus diperhalusi lagi di atas segala tindakan yang dibuat samaada wujud niat lain disebaliknya.

5.Adakah benar mereka yang berdemonstrasi mempertahankan kalimah ALLAH S.W.T serta ajarannya ataupun hanya sekadar mempertahankan "nama" sahaja? Seperti apa yang di dijelaskan dalam pendirian Parti Islam Semalaysia (PAS) terhadap perkara ini, seharusnya seluruh rakyat Islam umumnya bersama-sama dengan pendirian dengan PAS dalam mendepani isu ini. Dengan jelasnya PAs menghormati prinsip beragama pelbagai kaum tetapi dalam masa yang sama menolakkkan keras penggunaan kalimah Allah jika ia bertujuan menghina mahupun menyekutukannya seperti dalam firman Allah dalam surah Al Imran ayat 64 yang berbunyi :

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.
Presiden PAS melawat gereja yang terbakar.

7.Ketegangan isu ini juga cuba dikeruhkan lagi dengan pencerobohan melalui pengeboman kecil beberapa gereja di lembah Klang sehingga menyebabkan kebakaran dan kemusnahan. Adakah beberapa insiden yang berlaku terhadap isu ini telah sebenarnya terdapat agenda lain di sebaliknya?

8.Kepada mereka yang berdemonstrasi terhadap isu ini, tahniah saya ucapkan atas keberanian anda membuktikan kekuatan Islam itu sendiri. Tetapi fahamilah kita bahawa kekuatan itu akan datang jika kita benar-benar mengikuti segala yang diperintahkan oleh Nya dan meletakkan Islam sebagai cara hidup dan bukannya eksklusif dalam perkara-perkara tertentu sahaja.