Saturday, March 27, 2010

Ini Langkahku...


Alhamdulillah selesai jua Mesyuarat Pemuda Pas Kawasan Sabak Bernam kali ke 30 pada malam tadi. Selaku Ahli Jawatankuasa “termuda” dan “masih bujang”,perjalanan mesyuarat tadi mendapat respon yang baik dari perwakilan yang. hadir Usul yang ana bawa untuk Memperkasakan Cawangan di terima sebuta suara di peringkat perwakilan dan mekanisma serta cara perlaksanaan akan diperhalusi di ahli Jawatankuasa Pemuda Kawasan.


Dengan usia ku yang masih muda ini, mungkin sahabat-sahabat lamaku sedikit terkejut dengan penyataan secara terbuka keterlibatanku dengan Parti Islam Semalaysia (PAS). Secara tidak langsung mungkin ku akan berhadapan dengan dunia poltik yangpenuh dengan tipu helah dan pancaroba.


Bersamanya aku dalam gerak kerja PAS kerana aku inginkan gerak kerja dakwah yang tersusun di bawah perancangan sesebuah organisasi atau jamaah. Tetapi masih banyak lagi Jemaah yang berbentuk non partisan a.k.a NGO yang masih aku boleh serta untuk meletakkan kondisi aku berada dalam keadaan selamat tanpa berpihak pada mana-mana parti. Gerak kerja dakwah pula masih boleh dijalankan walaupun hanya berpaksikan NGO atau sebagainya.


Tetapi kita seharusnya perlu ingat bahawa kerja dahwah bukanlah suatu kerja mudah. Mehnah dan cabaran pasti akan datang dari segi pekerjaan, kewangan, masa dan sebagainya. Apapun aku harus meletakkan keyakinan dalam jemaah PAS ini dalam gerak kerja dakwah dan merialisasikan tujuan sebenar PAS ditubuhkan seperti dalam perlembagaan PAS (pindaaan 2001) yang menyatakan seperti berikut .

Fasal 5. Tujuan PAS ialah:

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

(2) Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.


Walubagaimanapun, aku yakin sahabat-sahabatku yang bergerak bersama-sama NGO Islam tetap mencintai gerak kerja dakwah yang mereka lakukan. Di mana pun posisi kita ada, janganlah meninggalkan gerak kerja dakwah kerana ini adalah tanggungjawab kita sebagai khalifah. Tetapi jika tiba masanya PAS memerlukan sokongan anda semua, sahutlah semangat jihad tersebut dengan tanpa sebarang keluhan.Bersedialah diriku menghadapi sebarang mehnah dan cabaran bersama PAS kerana Ini Langkahku yang aku pilih.


Ini Langkahku

Album : Ini Langkahku
Munsyid : Shoutul Harokah

Aaa... Ini langkahku
Aaa... Terus melaju
Aaa... Ini langkahku
Aaa... Bangkitkan jihad

Ini Langkahku yang kan kuayun
Walaupun payah tak akan jera
Ini langkahku kan trus melaju
Setegar karang bangkitkan jihadku

Aral rintangan datang menghadang
Tapi syurga di bawah kilatan pedang
Hancurkan kedzaliman
Tegakkan keadilan

Pastikan langkahmu wahai pejuang
Dengan Al-Qur'an menjadi pedoman
Hembuskanlah angin pembaharuan
Karena kita khalifaturrahman

1 comments:

Muhd Syafiq Mat Jap said...

Kalau semua masuk NGO, sapa nak bertumbuk dengan UMNO secara parti lawan parti