Mulanya isu ini dapat di tangani dengan begitu berhemah di peringkat PAS dalam memberi perjelasan sebenar tentang penggunaan kalimah Allah tersebut. Walaupun kewujudannya umpama polemik agama yang kononnya di peringkat UMNO serta pemudanya memperjuangkan kalimah Allah tetapi mereka tidaklah bersungguh-sungguh memartabatkan syariat Allah. Namun, barisan PR yang terdiri daripada PAS-DAP-PKR khususnya perlu menilai semula isu yang sebenarnya berjaya menjadikan beberapa MP pakatan Rakyat berbalah pendapat, dan juga ada yang dijadikan alasan untuk keluar parti khususnya daripada PKR kerana tidak senada terhadapa isu tersebut.

Terkini Adun Bagai Serai turun menyatkan berada dalam kem "bebas" dek penangan isu Allah ini. Sepatutunya sekiranya benar mereka perjuang rakyat, dan tidak boleh berjuang untuk rakyat walau apapun alasan, bukan kenyataaan media keluar parti yang kita harapkan tetepi sepatutnya lebih dari itu sehingga perlu meletakkan jawatan YB yang di pegang. baru gentlemen...depa kena ingat, depa menang kerana kekuatan logo dan parti yang diwakili, kalau nak harapkan kekuatan individu jangan bermimpilah...

Tahniah pada ustaz Ahmad Awang yang memberi 7hari peringatan untuk MP Bagan Serai tarik diri terus sebagai MP.jika dah tak mampu pakai baju amanah dari rakyat, tanggalkan terus mudah citer...

1 comments:

M.Firdaus said...

Kalimah ALLAH :
1)mewujudkan ketegangan antara agama - GAGAL
2)menarik sokongan orang melayu kepada UMNO - GAGAL
3)Memecah-belahkan golongan agama - GAGAL
akhirnya.....
alasan untuk AP PKR berbalah dan keluar parti. Bahaya juga 'mercun' yang dilemparkan.
http://rapipoliku.blogspot.com/2010/02/dua-peristiwa-satu-kesimpulan.html