Thursday, April 15, 2010

Sembang-sembang PRK Hulu Selangor

1. Hasil semangat muafakat, Pakatan Rakyat telah memberi ruang kepada PKR bertanding di Hulu Selangor.Pimpinan tertinggi PKR bermesyuarat dan setuju melantik Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon.Di peringkat Barisan Nasional pula, mereka setuju memberi ruang kepada MCA bertanding.Tetapi keputusan akhir calon untuk yg bertanding masih ditangan Umno ( PM dan TPM).Urm...agak-agak PR dan BN, mana lagi muafakat?

2. Kerajaan Selangor melalui PR telah melunaskan pelbagai menifesto dlm pilihanraya yg lepas. Skim Warga Emas RM2,500.00, Tabung Warisan Anak Selangor, Hadiah IPT RM1,000.00, 20 meter padu air percum dan pelbagai lagi.Tetapi ingat, semua tawaran itu datang dari kerajaan Negeri bukannya Parti.dah 50tahun BN perintah Selangor, agak-agak apa tawaran depa untuk berkongsi kekayaan dengan rakyat bkn kroni?Cuma rakyat perlu pandai menilai, Kompenan mana yg mana pandai menguruskan negeri.Urm...agak-agak PR dan BN, siapa yg lebih berjiwa rakyat?

3. Yang ni hangpa ke faham betul2. Sapa sebenarnya menyalahgunakan harta kerajaan dalam berkempen.Yang nak bertanding ni, kerajaan ke Parti?

Utusan ( 15 April 2010)
" pusat media ini diwujudkan bagi menyelaras semua aktiviti perhubungan media seperti mengeluarkan Nota Kepada Pengarang/e-Press di www.jabatanpenerangan.com.my. Katanya, siaran media bagi setiap aktiviti pemimpin utama negara serta agensi kerajaan yang akan berlangsung di Hulu Selangor boleh didapati melalui pusat media berkenaan. Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan juga membangunkan satu laman web mengenai pilihan raya kecil itu di media.penerangan.gov.my/pilihanrayaprk yang akan memuatkan aktiviti dan program yang dijalankan oleh kementerian dan agensi kerajaan yang lain. - Bernama"

Harakahdaily (15 April 2010)
"PAS, katanya mahu setiap anggota parti, sama ada ahli biasa, pimpinan, para penyumbang dana, blogger, penceramah bebas dan sebagainya memberikan bantuan sepenuhnya kepada calon dari Parti Keadilan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim."

Friday, April 9, 2010

Aku dan Sinar...



Seperti rutin harianku, akhbar Sinar Harian perlu di baca untuk mengenalpasti isu-isu terkini di tempatku kerana ada ruangan khas untur berita setiap daerah di Selangor ini. Dalam duk membaca, Akhbar Sinar hari Rabu ( 7 April 2010), tak sangka pulak kenyataan ku membidas wakil Majlis Belia Selangor yang menuduh Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dikaitakan dengan politik di siarkan. Bukan gambar 2 yang aku kisahkan, tp isinya yg perlu difahami agar tiada tuduhan-tudahan liar dibuat. TQ kak erneda keluarkan kenyataan aku ini.

Sunday, April 4, 2010

Ini langkah ku....




Rutin harianku memang sangat padat.Tapi mungkin ini masih lagi lapang dan ujian awal bagiku untuk bergerak berada dijalanku ini.Takwim diriku telah penuh sehingga ke bulan Jun tetapi esok lusa adakah aku masih ada, hanya Allah sahaja yang tahu. Selesai je kerja di pejabat, petangku bukan lagi masa berehat. Kerja-kerja masyarakat pula menanti ku. kali ini bersama-sama belia di kawasan ku membuat edaran akhbar negeri yang harus smapai di tangan setiap rakyat di Sabak Bernam ini.kepada adik-adikku belia yang lain, syabas kerana anda bersama-sama melaksanakan tugas mengedar akhbar tempoh hari.