Hampir sebulan tidak menulis dalam blog ini. Post yang terakhir pun berkaitan muktmar pemuda negeri yang telah hampir sebulan berlalu. Bukannya tiada isu yang hendak dikupas, tetapi mungkin di uji dengan kesebukan masa yang ada, menyebabkan beberapa perkara tidak berjaya ku kupas.

Sebenarnya dalam masa yang sama pekerjaan politik ku terusik dalam suatu perbualan spontan dengan seseorang yang kurang kukenali tetapi aku yakin dia sudah memahami selok belok dalam dunia politik. Dalam bual bicara kami, beliau menguji aku dengan soalan yang ringkas bilamana mengetahui status pekerjaan ku sebagai pegawai pejabat khidmat masyarakat. "Apa yg u faham tentang isu manikavasagam? ujar pemuda tersebut. Jawapan aku mudah tetapi sebenarnya agak mengecewakan.
"saya tidak berapa memahami isu tersebut" jawab dengan confident.

" kalau u jawab mcm ni, tak sepatutnya u duduk di Pusat Khidmat ni. Sepatutunya u perlu memahami kan rakyat tntg isu2 berbangkit ini. Kalau sayalah penyelia u, saya tidak ambil u bekerja" jawabnya lagi.

tergamam diriku. Mungkin jawapan ku yang kurang cakna itu dianggap serius oleh pemuda tersebut. Dari situ aku mula memahami bahawa berhadapan dengan masyarakat ini memerlukan persiapan yang sebaiknya.lebih-lebih lagi bila diamanahkan dalam dunia politik ini. Walaupun kononya aku hebat bersiasah daripada pandangan sahabat2 ku, namun aku tetap mempunyai kelemahan.

Apapun yg berlaku, aku sebenarnya teruja dengan pemuda tersebut yang telah menyuntik jiwa ku supaya lebih memahami masyarakat ini yang banyak diatur dalam perancangan politik yang kita ada. Benarlah sesetengah orang berkata bukan mudah bekerja dengan "politik"......

0 comments: