Saturday, June 26, 2010

Pemainan Korea Selatan bertaraf dunia.


Terlebih dahulu syabas pada Korea Selatan sebab layak ke pusingan kalah mati pada piala dunia 2010 ini. Walaupun tidak berjaya melangkah ke suku akhir apabila tewas dengan Uruguay (tempat ditemui enjin kapal terbang yg hilang) itu malam tadi tetapi permainan korea Selatan berada ditaraf dunia. Mungkin tiada rezeki untuk sekurang-kurangnya mereka menyamai percapaian ketika piala dunia 2002 tetapi persembahan mereka kali ini harus dipuji.

Corak permainan yang pantas, hantaran-hantaran jauh yang tepat dan beberapa skill individu yang menarik meletak mereka mungkin sebaris dengan jaguh-jaguh besar bola sepak seperti Belanda, Spain German, Brazil dan banyak lagi.

Selepas ini cabaran asia terletak di bahu Jepun.Prestasi Jepun juga tidak kurang hebatnya dan mungkin berpeluang melangkah lebih jaun dalam pila dunia kali ini...

0 comments: