Terkedu seketika bila mendapat call dari KP kawasan bahawa Ust Hassan Shukeri telah kembali kerahmatullah lebih kurang jam 2.00 petang Isnin yang lepas. Ketika berita itu diterima jam menunjukkan lebih kurang 3.00 petang dan mendapat berita almarhum hendak dikebumikan pada ptg tersebut jugak. Maka bersegerakah aku sms bersama KP kawasan untuk sama-sama turun ke Taman Melewar ( makan masa 2jam3ominit dari Sabak) agar sekurang-kurangnya dalam fikirkan sempat solat jenazah.

Ada juga sms yang mengatakan almarhum akan di bawa pulang ke Sabak Bernam memandangkan disutah kampung dan tempat kelahiran beliau. Namun ketika dlm perjalanan, akhir nya KP mendapat msg dari pemuda negeri yang almarhum akan di kebumikan pada keesokan harinya. jadi tidak perlulah kami tergesa2 utk samapai ke Taman Melewar.Apapun alhamdulillah akhirnya kami sampai jua ke Taman Melewar pada ptg tersebut.

Di Taman Melewar, kelihatan pendukung2 gerakan Islam hadir memberikan penghormatan terakhir kepada almarhum.Kebetulan time aku sampai 2, Tuan Guru Haji Hadi, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan beberapa pimpinan Pas pusat yang lain hadir.Oleh sebab majlis perkebumian akan dijalan pada keesokan harinya, aku pulang ke Sabak Bernam dan Kembali ke Taman Melewar keesokannya untuk bersama-sama memberi penghormatan terakhir ke almarhum.

Sesungguhnya jasa Almarhum dalam mencatur atau merangka perjuangan PAS memang tidak dapat dinafikan lagi.Keadaanya yg low profile, mudah mesra menjadikan pemergiannya adalah kehilangan besar dalam Gerakan Islam dinegara ini. Sejak aku tamat belajar di universiti dan pulang ke kampung Sabak Bernam, boleh dikatakan aku tidak pernah ketinggalan mendengar kuliah almahum sebulan sekali di markas sabak bernam.Pengajian yang selalu di mulakan dengan kupasan isu semasa, kemudian kupasan afsir Al-Quran dan di kaitkan dengan perjuangan Islam menjadikan diriku berminat hadir hdalam setiap pengajian bulanan almarhum.

Cumanya sudah samapai ketikanya Allah lebih menyanyangi dan menjemput almarhum buat selamanya..Bermula bergiat dgn seawal 20an sehingga hayatnya berakhir sepeas selai PAS bermuktamar meletakkan almarhum adalah tokoh gerakan Islam Pas yang sentiasa di kenang.Pemergianya juga dipermudahkan dan dalam masa yang samadi rasai oleh seluruh pendukung PAS.Hatta sehingga Tok guru Nik Aziz pun menitiskan air matanya ketika hadir sama-sama menyembahyangkan jenazah almarhum.

pemergian Almarhum juga menyebabkan aku masih lg teringat kata-kata yang beliau kerap tegaskan setiap kali dalam kuliah sampaikan "Kemenangan Islam itu pasti akan datang. Sebagai pendukung teruskan kerja-kerja memenangkan Islam.Sekiranya kita dapat merasai kemenagan tersebut, mungkin anak cicit atau generasi akan akan akan merasai kemenagan Islam itu apabila tiba waktunya."

Al-fatihah kepada Almarhum Ustaz Hassan Sukeri....



sempat bergambar bersama tmbalan Presiden Pas, Ust Nasaruddin Mat Isa

0 comments: