Wednesday, July 21, 2010

Sepanyol terbaik di dunia


Demam piala dunia telah berlalu.Umumnya peminat diseluruh dunia telah mengetahui jaringan Inesta pada masa tambahan menjulang Sepanyol selaku Piala Dunia dan dalam masa yang sama merampas kedudukan nombor satu dunia dari Brazil.Tahniah kepada Sepanyol kerana kejayaan kali ini menjadi penawar seketika krisis ekonomi yang melanda negara mereka.

Saturday, July 10, 2010

Sepanyol atau Belanda?


1. Tumpuan seluruh dunia terhadap Afrika Selatan akan berakhir awal pagi nanti. Si Paul (sotong kurita meramalkan Spanyol bergelar juara.Difahamkan sehingga kini "tekaan" si Paul tidak pernah salah setalah hampir 7 perlawanan berlalu termasuk perlawanan tempat ketiga yang di menangi oleh German juga tepat berdasarkan "tekaan" si paul tersebut. Tetapi hakikatnya itu semua kebetulan dan tiada istilah "kesaktian" yg ada pada sotong tersebut.

2. Sifirnya sangat mudah untuk perlawanan malam ini. Mana pasukan yang bermain dengan baik, strategi tersusun dan permainan berkumpulan yang rapi akan berjaya memperoleh gol dan berjaya menjulang Piala dunia di bumi Afrika pada kali ini.

3. Difahamkan hampir setiap tempat mengadakan tayangan siaran langsung pada esok pagi dan tidak dapt menafikan lagi bahawa Piala Dunia sebenanrya mempunyai aura tersendiri. Hatta ada Markaz-markaz yang turut serta mengadakan tayangan tersebut dan ini merupakan suatu pendekatan baru dalam memanfaatkan mekanisme mendekati rakyat.

4. Menonton piala Dunia tidak salah tetapi ijtihad dibeberapa tempat dalam memanfaatkan kemeriahan Piala dunia ini harus dipuji.Mungkin inilah peluang terbaik untuk benar-benar memobilasi gerak kerja dakwah kepada seluruh masyarakat. Siapapun yang menang pada pagi nanti, yang pasti kemenangan Islam itu sendiri adalah suatu yang akan pasti.....InsyaAllah