Saat Marcos berkuasa, Imelda ikut ambil bagian dalam pemerintahan -- sesuatu yang tak dilakukan istri-istri presiden Filipina sebelumnya, Dominasi first lady ini bahkan dinilai melebihi kekuasaan suaminya sebagai presiden. Karena itu cap diva politik pun melekat pada mantan ratu kecantikan Filipina ini.

Imelda Marcos yang dikenal dengan julukan 'Kupu-kupu Besi' adalah simbol perlakuan korupsi luar biasa pada masa pemerintahan suaminya, Ferdinand Marcos. Dia gila belanja -- berlian, barang mewah, dan gedung-gedung indah nan mahal.

Imelda dikabarkan punya koleksi permata terbesar di dunia. Sekali belanja di New York atau Roma, Imelda menghabiskan uang 5 juta dollar. Imelda bahkan punya 3.000 pasang sepatu, yang beberapa di antaranya dilapisi emas untuk membungkus dua kakinya.

Tak heran, tahun 2009 lalu nama Imelda masuk dalam daftar “the greediest people of all time” atau orang terakus sepanjang sejarah versi majalah Newsweek. (wm)
_____________________________________________________________

Leïla dikenali sebagai seorang wanita yang bercitarasa tinggi; meminati kereta mewah, pakaian berjenama dan suka membeli belah di Dubai. Beliau dilahirkan pada 20 Julai 1957 dalam keluarga sederhana dan merupakan anak perempuan tunggal daripada 11 org adik beradik.

Leïla mendapat pendidikan formal setakat peringkat rendah dan seterusnya bekerja sebagai pendandan rambut. Beliau berkahwin dengan Zine el Abidine pada 1992 dan dikurniakan tiga orang anak. Dua penulis Perancis ada menulis sebuah buku "La regente de Carthage" yang memperincikan salahlaku rasuah Leïla dalam pentadbiran Tunisia.

Leïla juga merupakan Pengerusi Basma iaitu organisasi kebajikan yang berperanan untuk membantu golongan kurang upaya mendapatkan pekerjaan. Pada Julai 2010, beliau menubuhkan SAIDA dengan tujuan membantu dan menyokong pesakit-pesakit barah di Tunisia.

Dalam tempoh menjawat pelbagai posisi istimewa ini, Leïla kerap hadir menyampaikan ucapan dalam acara-acara rasmi kerajaan. Selain mengiringi suami dalam lawatan rasmi ke luar negara, Leïla juga kerap mewakili suaminya serta berucap dengan membaca teks ucapan suami.

Leila Trabelsi ini amat lah gila untuk menjadi First Lady. Si Leila Trabelsi ini amatlah gian kepada glamour dan amatlah berahi untuk melihat mukanya di kaca tv. Saban minggu Leila Si First Lady ini akan turun ke Paris untuk mendandan rambut dan memotong kuku.

Mengikut surah wikileaks yang menangkap surat rahsia Pak Duta Amerika Robert Godec ke Rumah Puteh yang telah memocorkan kesah bagaimana Leila Si First Lady ini sering menghantar kapal terbang khas ke Monaco untuk membeli ais krim yang digemarinya. Leïla Ben Ali membawa lari 1.5 tan jongkong emas bernilai £35juta sejurus selepas digulingkan.

___________________________________________________________

Siapa lagi kalau bukan Rosmah Mansor, wanita yang senantiasa mendampingin Najib walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jarang benar kita melihat Rosmah, meninggalkan Najib hatta dalam majlis-majlis rasmi sekalipun. Malahan kita juga selalu melihat kelibat beliau ketika majlis sidang media ataupun ketika Najib menyampaikan hadiah dan cenderahati di atas pentas.

Rosmah seolah-olah menbayangi Najib. Sikap beliau yang senantiasa disisi Najib membuatkan ramai yang mengganggap bahawa beliau “queen control”. Apapun hanya Najib sahaja yang tahu sikap sebenar isteri kesayangannya itu.

April lalu ketika mengikuti Najib ke pameran Biotech di Boston, Rosmah singgah ke Los Angeles, untuk membeli belah pakaian, kasut dan alat-alat mekapnya. Di Boston, Rosmah kuat berbelanja. Setelah meninjau toko-toko kelas atasan, Rosmah memaklumkan kepada pegawai iringan, beliau memerlukan 15 buah kereta untuk membawa beg-beg barangan yang dibelinya," katanya.

Sewaktu misi kerajaan ke Jepun, Rosmah tinggal bersama Najib di President Suite, Hotel Imperial Tokyo dengan keluasan bilik tersebut ialah 3,000 kaki persegi, tetapi keesokan hari Rosmah mendakwa tidak dapat tidur kerana mendapat tahu ada bilik yang lebih luas iaitu 4,000 persegi daripada bilik yang diduduki bersama suaminya itu.

Demi memuji dan ‘memuja’ isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Kerajaan Negeri Sembilan didakwa membelanja sejumlah RM45,786.00 membeli iklan di sebuah akhbar arus perdana.

Akhbar New York Times memaparkan dua muka iklan Rosmah. Kajian menganggarkan harga pengiklanan untuk satu muka penuh akhbar New York Times adalah di antara RM580,000 dan RM740,000 dan dibayar menggunakan wang pembayar cukai rakyat malaysia.

www.tranungkite.net

0 comments: