Tuesday, June 28, 2011

utusan akhbar penuh hasutan !!!

dua, tiga bulan ini aku menjadi pembaca tegar utusan.aku tahu akhbar mmg penuh adu domba,berbunyi hasutan dan sangat bersifat perkauman. kesimpulan mudah. Akhbar ini boleh dibaca tapi jangan dipercaya.

Sedar atau tidak, satu usul yg diterima sebulat suara ketika muktamar PAS ke 57 memerlukan komitmen daripada seluruh ahli Parti Islam Semalaysia (PAS) itu. Usul yg mengkehendaki mereka yg bergelar ahli PAS hadir beramai-ramai menjayakan himpunan aman bersih yg dijadualkan 9 Julai ini.

Tarikh yang dicadangkan semakin hampir dan ada lebih kurang sebulan untuk membuat persipan tersebut. Sejarah himpunan bersin 2007 akan dijadikan panduan supaya lebih ramai pendukung keamanan dan demokrasi yang pulih hadir dlm himpunan tersebut.

Jelasnya hampir setiap hari ada sahaja laporan Polis yang dibuat kononya beranggapakn itu adalah satu himpunan yg boleh mencetuskan keganasan dan keselamatan negara. Pelbagai alunan palu dgendangkan dari pelbagai badan yg melabelkan dengan pelbagai nama. tapi umunya masyarakat kenal bahawa tidak mustahil umNO adalah tunjasng utama nak menggagalkan himpunan tersebut.

psyarwar yg digunakan mampu menggusarkan ratusan ribu peserta yang mungkin akan hadir sekiranya hampir setiap hari dikala dada akhbar mahupun berita utama memaparkan seolah2 suatu keganasan hendak dijalankan. Namun, semangat kental ini harus diperkuatkan sekiranya ada timbul rasa ketakutan menghadiri himpunan tersebut.

Maka dengan itu semangat spiritual dlm konteks kerohanian perlu dijelmakan menjelang hari-hari menghadiri himpunan tersebut. Jelas di sini menreka yang menentang di luar sana tidak memahami apa sebenarnya tuntutan bersih ttp skdr cuba berlagak hero supaya himpunan itu akan di gagalkan.

perhitungan hari demi hari perlu di perkasakan. umumnya jelaskan kepada masyarakat apakah tuntutan bersih. himpunan bersih umpama cara terakhir dlm menzahir tuntutan yang kita bawa. saya yakin setiap peserta yang hadir tidak terlintas pun ingin mewujudkan kekacauan ( melainkan SB2). Anak2 muda yg hadir pasti inginkan keamanan.

yakinlah bahawa bersih 2.0 mampu berjalan dgn aman dan sempurna.InsyaAllah

Tuesday, June 7, 2011

lama tidak menulis..

artikel ringkas terakhir yg ku tulis menyentuh tntg kejantuhan kerajaan zalim di Tunisia. Momentum kebangkitan anak muda itu merebak keseluruh negara timur tengah.Mesir, Jordan UAE, Libya dan terkini Syiria terus di bangkitkan dengan gelombang melawan Pemerintah yg zalim.

Sifirnya mudah, negara-nagara yang terkena tempias kebangkitan tersebut hambit majoritinya adalah memimpin dari kalangan agama seakidahku tetapi bentuk pemerintahan tidak melambangkan pemerintahan Islam.Yang berda di atas dan juak2nya terus kaya raya dan berada dlm golongan marhain terus dlm kemiskinan.

Menjadikan kekuasan bukan suatu bentuk amanah tetapai tempat mangaut keuntungan bukan adalah prinsip atau garis panduan dlm sesebuah kerajaan yg ditunjangi oleh Islam. Oleh itu, tidak heranlan kini mungkin masanya mereka terkena tempias pemerintahan yg tidak bercirikan Islam tersebut.

Kehadiran jutaan umat di dataran Tahrir tidak boleh disembunyikan lg menandakan bukti rakyat bersungguh menolak pemerintahan yg zalim. bukan sekadar berhimpun, malahan dataran tersebut menjadi saksi jutaan umat bersujud menunaikan solat 5 waktu sehari semalam menandakan kejatuhan regim yg sedia ada InsyaAllah mendapat redha Allah S.w.t.

teruskan kebangkitan, wahai anak muda !!!