Sunday, August 1, 2010

Siapa yang di benarkan "berpolitik" ?

1. Walaupun rakyat ditawarkan dengan kenaikan harga barang seperti minyak dan gula tetapi tawaran yang dibuat sebenarnya secara tidak langsung adalah membebankan rakyat. Secara tidak langsung cukai GST yang kononnya ditangguhkan perlaksanaannya telah beroperasi dengan kenaikan harga barang tersebut.

2.Ini belum disentuh soal Saman Ekor yang telah membebankan ribuan rakyat kerana dari walaupun ianya bertujuan mendidk penggunaan jalan raya, tp dari segi perlaksanaanya ada yang perlu di perbaiki. Bayangkanlah ada sesuatu tempat kawasan yang had lajunya sekitar 60km/jam tp keadaan jalan yang lebar dan selamat, kadang2 had laju tersebut memang tidak relevan. Lebih saja had laju, pasti kena saman.

3. Masalah yang melanda rakyat tersebut akhirnya tertutup seketika isunya apabila kerajaan menawarkan peluang kepada Guru di Gred DG41 untuk berpolitik. Isu ini hanya di perkatakan sehingga ramai yang mengeluarkan pandangan bersetuju dan sebaliknya. Hatta si Kairy Jamaluddin pun mencadangkan agar ruang berpolitik ini di luaskan terhadap pernsyarah-pensyarah dan pelajar universiti.

4. Nampaknya UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional seolah-olah ingin menjadi hero dalam keadaan rakyat dibebani untuk kenaikan harga barang, mereka cuba beralih isu terhadap golongan yang di benarkan berpolitk.Isu ini hangat di perdagangkan yang sebenarnya masih wujud kepentingan politik terhadap sesebuah pihak sahaja.

5. Kadang-kadang kita hairan siapakah sebenarnya yang dibenarkan berpolitik?dan apakah istilah sebenar berpolitik? nampak perkara itu remeh tetapi disitulah ada suatu perkara yang seolah-olah memperpodohkan rakyat tentang politik itu sendiri. berpolitik atau memimpin parti politik?

6. Adakah memang benar sebelum ini guru-guru tidak berpolitik? dan adakah golongan profesional lain pun tidak berpolitik? jadi politik ini milik siapa? rungkaian persolan ini adakan cuba di hujah pada catatan akan datang. Cumanya apa tidak boleh dinafikan adalah memang ada golongan profesional terutama guru yang berada dalam politik samaada di kem kerajaan mahupun pembangkan. Ini memang tidak disanggah lagi. Bagi kita mana-mana yang layak memilih, mereka sebenarnya memang telah berpolitik!