kenapa la Syabas ni suka sangat kacau kerajaan negeri. bagi peluang Pakatan rakyat memerintah, tahulah kami nak uruskan..urm tp atas kesedaran rakyat, jom berhimpun pada ahad di masjid negara...ayuh rakyat selangor...b

dah lama xtgok bola tengah2 mlm ni.entah cm mane tergerak gak nk tgok liverpool main..lg2 nk lawan dgn si chelsea 2..duk la kt kedai makan smapai jam2.30 pg.....pergh yg penting liverpool menang.tp dlm bola sepak ni, mcm2 strategi ada.wlaupun the red mcm terumbang ambing je awal liga ni, tp motivasi kt player 2 penting.tup2 menang dgn chelsea.fuh..sbb 2 aku terdetik nk tgok mlm td.pasukan teratas lwn pasuksn ke tgga 16..mcm2 andai beb. tp x mustahil yg bawah 2 akan kalahkan yg atas.sat lg leh try aplikasikan strategi 2 dlm bermasyarakat...tunggu
Tinggal beberpa jam lg Pas dan umNO mencatur strategi terakhir sebelum hari mengundi esok. Nampak umNO berkempen dgn bersungguh2 utk menang di Galas ni.TV jgn citer la, penuh dgn kempen2 dari satu pihak je..dah mcm dia sorg je yg bertanding...
tup2 Pengarah pilihanraya Pas declare bg inesiatif RM250 kepada pengundi yg balik mengundi.Ternganga umNO.dah komen, tp dia pun mcm..............Last2 SPR lah yg bersuara.Mcm2 la komen.Langgar akta la, xle sogok la, ni pancing undi la dan blablabla...
Fuh kelakar tengok SPR lebih melalak dr umNO.xtau la tang mana yg dipanggil sogokan 2.Ingat lg masa kt Hulu Selangor, Pok Jib siap bg cek besar lg (cecah juta rasanya) kt sebuah sekolah cina..xda pulak SPR melalak.SPR oh SPR
Pape pun tabik kat Pengaraj jentera Pas. Kenyataan berani tntg inisiatif bg pengundi yg balik mengundi sgt berani..suka gak dgr stetmnt yg berbunyi "kita bukan panci undi, lgpun kita tidak tau apa yg mereka undi.kita cuma bg inesiatif suh balik mengundi"...(lebeh kurang mcm ni 2 la).
Terduduk umNO.xbrani nk ckp pape.Pas2 nak2 dkt mengundi rahmat dr Allah atas perjuangan Pas ni, 3 org asal masuk Islam...perh jentera Pas bukan wat kerja2 election je,tp dlm masa sama agenda dakwah ttp berjalan..nak tunggu unMO, xjadi la gayanya.Dah nama pun muallaf, jd tok guru pun bg la pitih sbgai zakat. Asnaf beb mst layak dapat pitih.terkejut beruk lg umNO.skali lg SPR jd juru cakap depa...xtau lah nak respon mcm mana..tp itulah kejahilan umNO.diorg xtau kot senarai 8org penerima zakat..
apapun keputusan esok, selamat bekerja kpd semua jentera2 Pas.bekerja dgn lebih bersemangat sbb sebenarnya Pas dah menag moral di Galas..Allahu Akhbar
dah lama rasanya x menulis..idea banyak tp mcm x berkesempatan...hampir 2 bulan gak la.last artikep pun berkaitan mahasiswa dan berpolitik...urm nampaknya dlm AGM pemuda umNO kali ni, bangkit lg isu 2...siap minta AUKU di mansuhkan...xtaulah ikhlas ke x.Lepas 2 gambar siswa terlibat raptai umNO, ada peluang la AUKU nak mansuh.
Tapi depa kena ingat, cara rakyat berpolitik dah berubah...kawasan bandar totally dah berubah..sapa pandai tadbir, xda tiris wang itu yg depa pangkah...tp belah2 kampung ni kena kerja keras skit..Sampai tahap kalau kayu pun jd wakil umNO, mgkin umNO boleh menang..kesalahan bukan atas org kampung tp mgkin maklumat xsampai....penerangan harus berjalan, biaq org kg pilih sendiri sapa pandai tadbir.............
1. Walaupun rakyat ditawarkan dengan kenaikan harga barang seperti minyak dan gula tetapi tawaran yang dibuat sebenarnya secara tidak langsung adalah membebankan rakyat. Secara tidak langsung cukai GST yang kononnya ditangguhkan perlaksanaannya telah beroperasi dengan kenaikan harga barang tersebut.
2.Ini belum disentuh soal Saman Ekor yang telah membebankan ribuan rakyat kerana dari walaupun ianya bertujuan mendidk penggunaan jalan raya, tp dari segi perlaksanaanya ada yang perlu di perbaiki. Bayangkanlah ada sesuatu tempat kawasan yang had lajunya sekitar 60km/jam tp keadaan jalan yang lebar dan selamat, kadang2 had laju tersebut memang tidak relevan. Lebih saja had laju, pasti kena saman.
3. Masalah yang melanda rakyat tersebut akhirnya tertutup seketika isunya apabila kerajaan menawarkan peluang kepada Guru di Gred DG41 untuk berpolitik. Isu ini hanya di perkatakan sehingga ramai yang mengeluarkan pandangan bersetuju dan sebaliknya. Hatta si Kairy Jamaluddin pun mencadangkan agar ruang berpolitik ini di luaskan terhadap pernsyarah-pensyarah dan pelajar universiti.
4. Nampaknya UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional seolah-olah ingin menjadi hero dalam keadaan rakyat dibebani untuk kenaikan harga barang, mereka cuba beralih isu terhadap golongan yang di benarkan berpolitk.Isu ini hangat di perdagangkan yang sebenarnya masih wujud kepentingan politik terhadap sesebuah pihak sahaja.
5. Kadang-kadang kita hairan siapakah sebenarnya yang dibenarkan berpolitik?dan apakah istilah sebenar berpolitik? nampak perkara itu remeh tetapi disitulah ada suatu perkara yang seolah-olah memperpodohkan rakyat tentang politik itu sendiri. berpolitik atau memimpin parti politik?
6. Adakah memang benar sebelum ini guru-guru tidak berpolitik? dan adakah golongan profesional lain pun tidak berpolitik? jadi politik ini milik siapa? rungkaian persolan ini adakan cuba di hujah pada catatan akan datang. Cumanya apa tidak boleh dinafikan adalah memang ada golongan profesional terutama guru yang berada dalam politik samaada di kem kerajaan mahupun pembangkan. Ini memang tidak disanggah lagi. Bagi kita mana-mana yang layak memilih, mereka sebenarnya memang telah berpolitik!

Demam piala dunia telah berlalu.Umumnya peminat diseluruh dunia telah mengetahui jaringan Inesta pada masa tambahan menjulang Sepanyol selaku Piala Dunia dan dalam masa yang sama merampas kedudukan nombor satu dunia dari Brazil.Tahniah kepada Sepanyol kerana kejayaan kali ini menjadi penawar seketika krisis ekonomi yang melanda negara mereka.

1. Tumpuan seluruh dunia terhadap Afrika Selatan akan berakhir awal pagi nanti. Si Paul (sotong kurita meramalkan Spanyol bergelar juara.Difahamkan sehingga kini "tekaan" si Paul tidak pernah salah setalah hampir 7 perlawanan berlalu termasuk perlawanan tempat ketiga yang di menangi oleh German juga tepat berdasarkan "tekaan" si paul tersebut. Tetapi hakikatnya itu semua kebetulan dan tiada istilah "kesaktian" yg ada pada sotong tersebut.
2. Sifirnya sangat mudah untuk perlawanan malam ini. Mana pasukan yang bermain dengan baik, strategi tersusun dan permainan berkumpulan yang rapi akan berjaya memperoleh gol dan berjaya menjulang Piala dunia di bumi Afrika pada kali ini.
3. Difahamkan hampir setiap tempat mengadakan tayangan siaran langsung pada esok pagi dan tidak dapt menafikan lagi bahawa Piala Dunia sebenanrya mempunyai aura tersendiri. Hatta ada Markaz-markaz yang turut serta mengadakan tayangan tersebut dan ini merupakan suatu pendekatan baru dalam memanfaatkan mekanisme mendekati rakyat.
4. Menonton piala Dunia tidak salah tetapi ijtihad dibeberapa tempat dalam memanfaatkan kemeriahan Piala dunia ini harus dipuji.Mungkin inilah peluang terbaik untuk benar-benar memobilasi gerak kerja dakwah kepada seluruh masyarakat. Siapapun yang menang pada pagi nanti, yang pasti kemenangan Islam itu sendiri adalah suatu yang akan pasti.....InsyaAllah