
Hampir 12 hari kedua permata hati ku berada di tanah suci.Alhamdulillah mereka di beri kesempatan daripada jutaan umat Islam menjadi tetamu Allah dalam Ibadah haji pada tahun ini. Semoga di beri kekuatan fizikal dan rohani dalam melaksanakan ibadah haji kali ini.Walaupun berjauhan, ketahuilah bahawa dikaulah permata hatiku dulu,kini dan selamanya....
Monday, November 9, 2009
Permata hati...
Thursday, November 5, 2009
Aku kembali menulis...

Hampir tiga bulan aku tidak menulis dalam ruangan ini.Seolah-oleh ruangan ini benar-benar tidak bermilik. Roh menulis juga telah hilang dalam sementara waktu ini.Tidak menulis bukan bermakna aku tidak cakna dengan isu semasa tetapi mungkin jua sebabkan kelemahan pihak ku. Namun aku akan kembali mencurahkan idea sama ada mengupas isu semasa mahupun berkongsi ilmu demi manfaat bersama. Sudah tiba masanya aku kembali menulis….
Monday, August 24, 2009
One Malaysia ?
Rasanya semua rakyat Malaysia telah maklum dengan slogan 1Malaysia ini. Pembaca berita pun memulakan mukadimahnya dengan ucapan salam 1Malaysia.Saya tidak ingin mengupas panjang akan konsep 1Mlaysia tersebut.Mungkin terlalu awal untuk di kajikan sehingga pada suatu hari saya menerima YM dari teman lama yang minta pandangan berkaitan One Malaysia = One Israel.
Spontan saya jawab bahawa lontaran idea itu agak berat dan saya tidak mengiyakan mahupun menafikannya.Tetapi setelah cuba mencari dan mencari dalam jaringan internat, pelbagai yang saya temui.
www.wikipedia.org/wiki/One Israel
www.oneisraelfund.org
www.onejerusalem.org
Adakah ini kebetulan???mari sama-sama kita rungkai persoalan ini.
Wednesday, August 19, 2009
Saturday, August 15, 2009
Friday, August 14, 2009
Al-fatihah kepada mereka yg "pergi tak kembali"
Di hari meniti kehadiran Ramadhan pada kali ini, pelbagai pekhabarab si terima terhadap insan-insan yang "pergi tak kembali" buat selamanya. Awalnya di kejutkan dengan pemergian Allahyarham Ust Hamdan (YB Pengkalan Pasir) yang meletakkan jentera Parti Islam bersedia dalam menghadapi pilihanraya kecil yang di jadualkan pada 18hb Ogos ( penamaan calon) dan 25hb Ogos( hari mengundi). Sehingga artikel ini di tulis juga, sudah di beritakan hampir 55 orang menjadi korban virus influenza A H1N1. Peningkatan angka korban juga merupakan suatu yang membimbang dalam usaha menangani wabak ini dari terus merebak.
Seterusnya adalah pemergian insan yang paling hampir dengan Ayahanda ku iaitu kematian bondanya yang tercinta pada pagi selasa 11 Ogos pada jam 9.20 pagi. Pemergian nendaku yang menjangkau usia hampir 85 tahun itu membuat seluruh sanak saudara berasa sebak atas pemergiannya. Perjalanan terakhir Allahyarhamah nenda tercinta.
Selang beberapa hari selepas pemergian nenda tercinta, ikon nasyid tanah air iaitu Allahyarham ustaz Asri pula di panggil menghadap Ilahi ketika dalam rakaman sebuah rancangan bersempena Ramadhan nanti. Pemergiannya mengingatkan kita terhadap bait-bait lirik lagu "pergi tak kembali " yang menyetuh semua jiwa umat islam. Lagu itu kembali sebagai peringatan bersama bahawa kematian adalah suatu yang pasti dan setiap manusia akan pasti merasainya.
Di doakan agar seluruh insan yang di panggil menemui ilahi agar di tempat bersama-orang-orang yang soleh. Kepada yang masih bernyawa, ingatlah bahawa perkhabaran maut itu akan tiba masanya dan tidak akan dilewat atau di percepatkan walaupun sesaat masanya.
Al-fatihah...
Friday, July 3, 2009
Tiada lagi Islam Hadhari
Tidak terlewat sekiranya saya mengucapkan selamat datang kepada seluruh mahasiswa baru ke UTHM pada sesi kali ini. Di fahamkan hampir 1900 mahasiswa baru berjaya mendaftar dan ini merupakan suatu rekod pendaftaran kemasukan baru teramai pada sesi ini.
Tetapi sekiranya di amati dalam keadaan sedar atau tidak apabila TIADA sesi penerangan berkaitan Islam Hafhari adalah yang tentatif wajib dalam mana-mana minggu haluan siswa sebelum ini di kampus.Renungkanlah..

