Wednesday, October 29, 2008

terima kasih mahasiswa UTHM

Terima kasih terhadap rakan2 mahasiswa yang memberikan komen dan pandangan dalam kepimpinan saya dalam sesi 2007/08. Sama ada saya mengenali rakan-rakan secara rapat atau tidak , anda semua adalah sahabat saya kerana anda yang memberi undi kepada saya sehingga terpilihnya saya dalam mewakili anda semua. Buat masa ini,saya tidak dapat memberi jawapan sebaik mungkin seperti mana yang prihatin bertanyakan progress dan tindakan dalam tugas yang di amanahkan.

Untuk permulaanya,hayatilah lagu yang akan saya tujukan ini sebagai jawapan awal saya selaku seorang yang dhaif dalam kepimpinan dan dalam masa yang sama sebaga seorang mahasiswa sama seperti anda semua. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuan 4BFB, anta semua adalah "teman" saya walaupun terlalu banyak usikan dan gurauan dari anda..


Maafkan Teman

Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak
yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tak diundang

Bertahun kita melangkah bersama
Sela cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda janji pada agama
Kitakan terus mara
Biarpun badai yang datang melanda

Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
Segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati
Ingin dilepaskan beban ini

Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada
Janji kita yang dibina

Semoga bersama kitakan dirahmati
Oh teman....

1 comments:

.:Khalifatun Khairiah:. said...

"Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
Segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati
Ingin dilepaskan beban ini"

Salam..ana terpanggil untuk memberi komen..amanah memang berat untuk dilaksana untuk memuaskan hati semua pihak. Mungkin kita rasa apa yang dibuat sudah memadai, tapi masih ada pihak yang tak berpeluang sama2 merasa usaha yang dijalankan.

Kita manusia yang lemah kadang cepat mengaku kalah dengan tohmahan manusia..

Apa yang penting betulkan niat..
Melakukan sesuatu Lillahi Ta'ala..
bukannya hendak membangga diri, mendabik dada - "Lihatlah dunia, ini semua hasil usaha aku!"

'Perjuangan itu tidak mengharapkan balasan dan populariti'

Mudah2an dikurniakan kekuatan untuk terus memacu perjuangan di muka bumi sebagai khalifah Allah

.:muhasabah bersama:.