Friday, March 20, 2009

Rakyat boleh berfikir

Alahai Ali Rustam, Bercakap Macam Orang Tak Sekolah!

Siaran berita TV3 jam 8.00 malam sebentar tadi menyiarkan satu berita menarik dari Melaka. Ianya mengenai penghantaran memorandum oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka ke Pejabat Ketua Menteri selepas solat Jumaat petang tadi yang meminta Ali meletak jawatan Ketua Menteri. Juga dipaparkan dalam TV3 bagaimana selepas penghantaran memorandum itu, kereta yang membawa Timbalan Ketua AMK Melaka itu diserbu dan dibaling dengan objek menyerupai batu oleh penyokong-penyokong Ali yang berdemonstrasi membantah penghantaran memorandum itu. Wah, UMNO Melaka merusuh lagi, kata saya kepada isteri di sebelah! Akhir sekali disiarkan juga komen Ali Rustam terhadap penghantaran memorandum itu.

Memandangkan berita ringkas itu sangat menarik perhatian saya, saya cuba mencari berita lanjut dalam beberapa akhbar online, sama ada milik pemerintah, pro-pembangkang atau berkecuali, malangnya saya tidak menemuinya. Mungkin beritanya ada terselit di mana-mana, tapi saya tidak terperasan mengenainya.

Yang menarik perhatian saya dalam siaran berita dari Melaka itu ialah pertama, cara UMNO Melaka menghadapi situasi yang menyentuh ketua mereka. Sebelum ini mereka merusuh di PWTC, lepas itu merusuh di depan pejabat SPRM Melaka dan kini merusuh di pejabat Ketua Menteri pula. Dulu mereka kata ‘demonstrasi bukan budaya kita’, tapi kini bila terkena batang hidung sendiri slogan itu sudah ditukar kepada ‘demonstrasi perlu jika kami yang kena’.

Yang kedua, saya tertarik kepada komen Ali yang berkata gesaan beliau meletak jawatan merupakan satu gimik politik pembangkang yang tidak perlu dilayan. Dia seterusnya berkata mengapa Lim Guan Eng yang pernah dipenjarakan boleh menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dan mengapa Anwar Ibrahim yang juga pernah dipenjarakan boleh menjadi Ketua Pembangkang.

Saya tergelak sehingga tersembur keluar kopi pahit dimulut mendengar komen Ali itu. Lawak sungguh Ali Rustam, cakap macam budak pendek akal! Memang benar Lim Guan Eng pernah masuk penjara kerana membela budak perempuan Melayu 14 tahun yang dikatakan diperkosa oleh Rahim Thamby Chik. Tetapi Lim Guan Eng telah membayar harga ‘kesalahan’nya membela budak perempuan itu dengan meringkuk 18 bulan dalam penjara. Begitu juga dengan Anwar yang telah membayar harga ‘kesalahannya’ dengan meringkuk di penjara selama 7 tahun.

Ali Rustam pula didapati bersalah oleh partinya sendiri, tetapi sudahkah dia membayar harga kesalahannya dengan meringkuk di penjara seperti Guan Eng dan Anwar? Jika Ali hendak menyamakan takdirnya dengan Guan Eng dan Anwar mudah saja: rujuk kes ini ke mahkamah dan jika di dapati bersalah masuklah beberapa tahun dalam penjara. Selepas keluar, beliau bolehlah jadi Ketua Menteri semula. Jika Ali berani berbuat demikian, barulah dia boleh menyamakan dirinya dengan Guan Eng dan Anwar.

Benar kata isteri saya: Ali Rustam bercakap macam orang tak sekolah!

http://pendikargunung.blogspot.com

0 comments: