Friday, November 14, 2008

NC baru ziarah kediaman mahasiswa.

Inilah cerita yang dapat saya kongsikan bila mana Naib Cencelor baru menziarahi kediaman mahasiswa tanpa asrama pada malam rabu lepas. Kebetulan kediaman mahasiswa yang di ziarahi merupakan rakan seangkatan sewaktu berkhidmat sebagai jawatankuasa kolej kediaman melewar sesi 06/07. Di sini dapat saya coretkan apa yang di ceritakan oleh beliau dan sesungguhnya ziarah tersebut adalah sesuatu yang tidak di sangkakan. Mujurlah kehadirannya selepas waktu isya’ dan kebetulan sahabat saya ini baru pulang dari solat isya’ berjemaah di surau berhampiran. Jika tidak, mungkin Naib canselor dan beberapa pegawai tidak sempat bersapa dengan tuan empunya rumah tersebut.


Selain naib canselor, ziarah dari pegawai universiti turut di iringi oleh pengetua pelajar tanpa asrama dan ketua penolong pendaftar pejabat hal ehwal pelajar dan felo. Alhamdulillah dalam beribu-beribu pelajar yang menginap di luar asrama (kalau tidak silap saya bilangannya) rumah sahabatku lah yang mereka lawati. Memang sungguh perihatin pihak universiti yang sanggup menziarah kerumah tersebut.

Lawatan yang di jalankan pada malam kelmarin mungkin dapat di jadikan pemangkin kepada staff dan felo pelajar tanpa asrama agar lebih prihatin menziarah rumah mahasiswa-mahasiswi yang lain. Sekurang-kurangnya mereka dapat memantau pergaulan yang bagi saya agak bebas apabila ada sesetengah mahasiswa yang study di rumah rakan yang berlainan jantina dan sebagainya. Walaupun kadang-kadang kelibat mereka yang study bersama berada di luar anjung rumah, tetapi pada natijahnya tindakan mereka adalah salah dan di khuatiri menjadi fitnah kepada jiran setempat.

Justeru, kepada rakan-rakan mahasiswa yang yang berstatus pelajar tanpa asrama, tidak mustahil rumah anda di ziarahi oleh pegawai tanpa asrama universiti hatta Dato’ Naib Cancelor sendiri pada masa akan datang. Oleh itu, sila pastikan rumah anda :
1. Elakkan study di rumah yang bukan sejantina.(walaupun sekadar di halaman rumah)
2. Pastikan rumah sentiasa dalam keadaan kemas dan teratur.
3. Elakkan membuat perkara-perkara tidak berfaedah di dalam rumah.
4. Pastikan cd,dvd video yang tdak bermanfaat di jauhkan dari rumah anda. kawal penggunaan internet (yang menggunakan steamix) di rumah sewa anda.
5. Perbanyakkan memiliki kuliah-kualiah agama yang menceritakan bab aqidah, ibadah dan sebagainya untuk mendekatkan kita dengan Allah.

Kesimpulannya,pihak universiti sebenarnya sayangkan anda semua. “Mereka umpama ayahanda dan bonda yang sentiasa merisaui tingkah laku anaknya yang tinggal berjauhan”.Oleh itu, Janganlah mengganggap keperihatinan mereka suatu masalah tetapi sebagai sesuatu bentuk kasih sayang dalam membentuk kita menjadi generasi muda yang menjadi harapan agama, bangsa dan negara.


Firdaus
Mantan mpputhm 07/08
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM).

1 comments:

john said...

wah.. alangkah baeknyer kalo pepimpin pelajar uthm pun buat macam tu.. turun padang lawat kawasan pengundi sekali sekala.... apa boleh buat nasi dah jadik bubur.. kita tungguu je lar, mpp tahun depan.. mungkin ader perubahan kut.....

Eh, ader yang terasa ke?? Sape makan cili, insyallah, ALLAH izinkan lidah dier rasa pedas....