Friday, April 3, 2009

Kelab Iqra berpolitik?


Pada 4 April ini akan di adakan kejohanan futsal antara masjid di sekitar Sri Gading anjuran Pusat Islam UTHM.Apa yang menariknya adalah kejohanan tersebut di jalankan untuk merebut piala Dato’ Naib Cancelor UTHM serta menawarkan hadiah berupa wang ringgit untuk pasukan pemenang.

Program yang melibatkan pejabat Pusat Islam UTHM sebagai penganjur utama turut mengundang pemuda UMNO dan Kelab Iqra beserta JTPI sebagai penganjur bersama. sebagai selah seorang ahli sahabat Iqra, saya berpendirian bahawa kelab Iqra telah lari daripada landasannya jika ia benar sebagai kelab yang non partisan.

Justeru itu, saya berasa kesal dengan kepimpinan Kelab Iqra yang seolah-olah tidak mengetahui undang-undang dan dalam masa yang sama menjalinkan sesuatu hubungan dengan parti politik. Maka sebelum ini ura-ura yang Kelab Iqra seolah-olah mewakili parti politik pembangkang terjawab dengan jalinan kerjasama dalam suatu penganjuran program dengan pemuda UMNO. Persoalannya adakan Kelab Iqra merupakan sayap UMNO di kampus ini?


Akta universiti dan kolej universiti (pindan) 2009

2) Suatu pertumbuhan badan atau kumpulan pelajar universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan boleh mempunyai apa-apa penggabungan, persekutuan atau urusan lain dengan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sama ada iadi dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam

atau di luar Malaysia, selain—
(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;


FASAL 3 - Asas & Tujuan
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.

Apa pun persoalannya, saya tetap berpendirian bahawa tindakan yang di buat oleh Kelab Iqra dan Jawatankuasa Pusat Islam adalah menyalahi AUKU dalam pindaan 2009. Oleh itu, SAYA MENCABAR agar Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM mendakwa presiden Kelab Iqra dan JTPI dalam penganjuran program tersebut di bawah AUKU.

Tetapi sekirangnya tiada tindakan yang di ambil, kita dapat simpulkan bahawa penganjuran program tersebut adalah sah walaupun sebenarnya jelas melanggar AUKU. Oleh itu, untuk membuktikan kelab Iqra dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik, molek sekiranya Kelab Iqra menganjurkan program yang sama dengan parti politik yang berbeza.Bersediakah wahai kepimpinan kelab Iqra'?



3 comments:

v said...

please jgn nak provok sape2... kalo dah nak jadik alumnai tu... faham2 je lar... biar kami tentukkan perjalanan kami sendiri.. terima kasih atas komen saudara..

faizal zainol said...

kepada firdaus :

bagi saya tindakan melibatkan parti politik dlm Universiti, adalah satu tindakan berani ..

mungkin mereka cuba mewujudkan satu provokasi.. bagi saya ini satu pendekatan bijak utk "menghentam AUKU" melalui tindakan...

kalau boleh selepas ini "mereka" wajar mnjemput MIC, MCA dan PPP, keadilan.. dan semua sekali main FUTSAL sama2..

mungkin ada baiknya kita perlu "persetankan" undang2 AUKU.. teruskan aktiviti libatkan gerakan politik selagi ada peluang, dan ruang... inilah cara yang terbaik sbgai mahasiswa utk memprotes AUKU...

kalau boleh di UTHM ini kita tubuhkan je parti keadilan cawangan UTHM, parti UMNO cawangan UTHM.... inilah simbol sebuah universiti yg demokratik .. kalau UTHM berani buat!! tahun depan maybe kita jadi universiti No 1 kat Malaysia...hahaha

_____________________________


kepada v :

mohon jgn matikan hujah dgn meletakkan noktah (dgn mengaitkan sesuatu yg tiada kaitan dgn isu dan hujah - alumni etc)..

walaupun saya tak setuju dgn artikel ini, tetapi kita wajar hormati pendapat beliau, boleh jadi pendapat dia benar, boleh jadi pendapat dia salah...
klau dia benar alhamdulillah,
klau dia salah, telah jadi tanggungjawab kita untuk perbetulkannya..

SriKanDi said...

Ini satu pendekatan yg bijak dan berani..teruskan kritikan sprt ni..Mahasiswa Power!!