Friday, April 3, 2009

Sempurnalah sudah teori R.A.H.M.A.N


Setelah selesai majlis angkat sumpah pada pagi tadi, maka dengan rasminya YAB Dato' seri Najib Bin Tun Abd Razak di lantik sebagai Perdana menteri Malaysia yang ke enam. Dangan itu lengkaplah teori R.A.H.M.A.N yang di isi oleh Najib sebagai perdana menteri ke enam tersebut. Di imbas kembali bekas-bekas perdana menteri Malaysia yang sebelum ini di mulakan dengan Tunku Abd Rahman (R), Tun Abd Razak(A), Tun Hussein Onn (H) saterusnya Tun Mahathir(M) sebelum di pegang oleh Tun Abdullah (A) sehingga melepaskan jawatannya pada pada 2hb April.

Tahniah dan syabas di atas tangungjawab yang perlu di pikul oleh kepimpinan negara yang baru ini. Kemunculan banting dan bena yang terpampang wajah YAB Dato' Seri Najib telah menghiasi keseluruhan jalan di kampus UTHM sedikit memeranjatkan. Slogan "peneraju perubahan" yang terpampang bersama setiap banting di universiti di harapkan bukan sekadar paparan semata-mata. Dan saya menjangkakan bahawa UTHM adalah IPTA yang pertama meraikan pemilihan YAB Dr Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru itu.

Penerimaa YAB Dato' Seri Najib di masa negara bakal menghadapi krisis ekonomi adalah suatu cabaran awal bagi perdana menteri yang ke enam ini. Ianya sekilas seperti Barack Obama yang mengambil alih kerusi Presiden Amarika Syarikat di waktu ekonomi dunia tengah bergelora. Walaubagaimanapun di harapkan segala pandangan serta tomahan terhadap perdana menteri baru khususnya berkaitan isu Altantunya dan pembelian Kapal selam harus di tangani dengan bijak. Ini kerana melibatkan orang nombor satu negara yang secara tidak langsung mencerminkan keadaan negara ini.

Kita bukanlah hakim dalam menilai sesuatu kesalahan atau isu yang berlaku masa kini. Tetapi saya sependapat dengan saranan daripada Timbalan Presiden Pas iaitu Ustaz Nasaruddun Mat Isa supaya kerajaan Malaysia amnya di bawah kepimpinan baru menyaman atau mendakwa mana-mana akhbar luar negara yang melaporkan berita berkaitan isu ini. Dengan itu, imej perdana menteri yang baru ini dapat di bersihkan dengan penafian perkara tersebut. Dan sekiranya di pihak kerajaan dan YAB Dato' Seri Najib masih lagi berdiam diri tanpa membuat tindakan mendakwa mana-mana akhbar luar tersebut, maka seolah-olah apa yang di laporkan itu adalah benar dan ini boleh membawa imej negatif kepada perdana menteri sendiri amnya dan malaysia sendiri khasnya.

1 comments:

v said...

Eh.. kenapa pm 1st kena ambik nama second dier? yang laen ambik nama 1st je..

so.. asal2 lagi, teori rahman dah xboleh nak pakai.. huhuhu

gagal